JustForex

Wednesday 17 April 2019

TRIP 6D5N KOH LIPE - LANGKAWI PART 1 (DAY 1)

Saat blog ni di tulis, aku tengah transit dari putrajaya ke kl sentral. Saja je nak try.

Perjalanan aku bermula 11/04/2019 dari rumah aku, Batu caves ke Kl sentral dengan menaiki grab jam 9.00 pm. Pada mulanya aku plan nak ambik train dari gombak ke Kl sentral seterusnya menaiki klia transit ke putrajaya dan ke klia tapi plan berubah bila aku pilih untuk ambik grab ke dan naik bas ke klia 2.

Grab : Rm 15 ( Batu caves - Kl sentral)
Skybus : Rm 12 ( Kl sentral - Klia 2 )

So total : Rm 27 instead of rm 65 ( tak termasuk tol ) kalau ambik grab. Sangat sesuai untuk mereka yang nak jimat. Dan juga korang kene sacrify masa la sikit. Aroubd 2 jam macam tu. Kalau ambik grab direct korang just jimat 1 hour je.

Untuk skybus, korang boleh beli tiket di kaunter je.

Perjalanan aku dari rumah jam 9.00pm dan tiba di kl sentral dalam pukul 9.20pm. Planning nya aku nak naik bas jam 10.00pm, tapi bila aku sampai je dekat bawah, bas sudah tersedia menunggu.

Just beli tiket dekat kaunter dan naik bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Nak tidor pun tak sempat.

Flight aku boarding pukul 5.40am, ingatkan nak booking hotel je tapi macam membazir pula. Apa tak nya korang duk lepak dekat foodcourt sembang-sembang sikit dah pukul 3.00am. Kalau nak check in hotel, rasa tak berbaloi kan 😂. Kalau lelaki tak tau la perempuan ni lain sikit. Hahahahahaha.

Aku buka topik pasal business je boleh sembang sampai 5 jam. Tak kisah pun siap pakej mata cerah lagi tau.

Bff aku ambik flight dari kota bharu ke kl jadi sementara aku tunggu dia sampai, jalan-jalan dekat mall klia 2 tu walaupun dah banyak kedai tutup. Last-last aku pergi je duduk dekat foodcourt. Korang cari la port yang tak ada orang, at least tak kacau mereka yang nak makan.



Pekena nasi lemak dengan kopi panas dulu. Baru syok nk bersembang 


Ada beberapa kedai yang still buka, senang cite korang tak akan lapar la kan. Actually dekat klia 2 tu ada tempat kalau korang nak tidur ataupun korang boleh pilih untuk tidur secara gelangan di kawasan depanture tu je. Aku pun terkejut bila tengok ramai je orang tidor dekat depanture tu.




Gate ni kalau tak silap aku buka jam 4.00am. Dah ramai orang menanti gate buka. Tak perlu risau sebab nya ramai je orang dekat sini. 


Boarding time 5.20 am



Selamat menaiki pesawat 😜


Tak dapat tengok sunrise 
Aku suka ambil port tepi tingkap salah satu sebab adalah view dan yang ke dua saiz badan aku ni tak boleh duduk tengah-tengah, kesian dekat orang lain sempit 😂. Free seat yang air asia bagi tu seat aku tengah-tengah mau tak bernafas aku nanti.





Bila dah sampai muka kembali ceria, sempat je tidur-tidur ayam dalam flight. Tambah tenaga bila sampai dekat Langkawi.

Kami transit half di Langkawi, plan asal nak pergi chenang untuk sewa motor pergi jalan-jalan dan kebetulan driver grab yang ambik kami tu offer half day tour di Langkawi. Half day tour Rm 60 . Bagai mengantuk di sorongkan bantal, kiteorang terus grab tour tu. Aku lupa nak ambik nombor driver grab kalau tak boleh la korang hire dia je. 

Spot pertama yang kiteorang pergi adalah 

ROTI CANAI BLACK PAPER

Tapi aku makan roti canai telur, roti kosong dan juga kopi panas manakala linda (bff aku) dia makan roti canai black paper




Total breakfast : Rm 10.80 dan roti canai black paper Rm 6

Selepas perut keyang, kami pergi ke dataran lang. 4 tahun lepas dah datang langkawi tapi tak pernah sampai dekat dataran lang ni. Makanya kami ambil gambar je la dekat sini. Cuaca agak panas dan tak boleh nak lepak lama-lama.










Lepas dataran Lang, kami ke taman burung. Dekat sana ada entry fee. Kami tak masuk taman burung dan hanya pilih option untuk masuk dekat cat studio. Entry fee Rm 5. Lepak dekat situ 1 jam pekena aircond 😂












Kucing sini tak friendly sangat at least boleh la sentuh. Kene pujuk-pujuk sikit .

Next kiteorang gerak ke makam mahsuri. Sana pun ada entry free dan di sebabkan banyak tempat yang boleh cover dalam tu, kami decide untuk ambik gambar je dan tak masuk dalam






Sini lah lokasi yang terakhir sebelum ke telaga harbour ❤

So bagi mereka yang transit dekat langkawi at least half day, ada option untuk korang selain pergi check in hotel dan tidur. Oh lupa nak bagi tau, hotel transit korang boleh dapat di tempat kereta kabel. Cuma nanti nak pergi ke telaga harbour tu korang kene ambik grab ataupun jalan kaki. Jauh juga la 😅

Kami gerak ke telaga harbour jam 12.15 tengah hari. Sebab pukul 12.30 dah nak check in. Sampai sana ,isi white card dan pergi print tiket. Pukul 2 balik ke terminal dan beratur untuk pengesahan imigresen. Tak perlu dah nak jalan ke bangunan sebelah nak cop passport. Step macam korang nak naik cruise. Hehehehe

Dekat telaga harbour tu korang boleh la pergi ambik gambar di sekitar luar je. Dalam tak boleh masuk.





Tepat jam 2.30pm waktu malaysia, feri jalan. Agak cepat juga la process clearance tu. Dan aku rasa kalau korang naik flight pagi dari KL , 7.30am sampai Langkawi boleh terus ke telaga terminal untuk ambik feri yang 9.30am tu. Kiteorang tak ambik takut tak sempat nak clearance sebab tak tau kan. Bila dah ada experience macam ni, kira ok la. Dah tau.



Ha, ni la bot kami 😃😃


Tiket ni print dekat kaunter lepas isi white card. 

Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Dek kerana kepenatan dan tak tidur  maka aku collapse dalam feri. Sedar pun bila dah nak sampai. Kami turun dekat pattaya beach. Arrival ada 2 tempat iaitu pattaya beach ( peak season) dan sunrise beach ( low season) 



Ok dah selamat sampai. Dan tunggu untuk collect dan cop passport. Dekat sini nama korang akan di panggil. Pergi cop passport,  dan bayar national park fee 200thb ( 5 hari) kalau stay 7 hari kene bayar lagi 200thb ye. 
Slip tu korang kene simpan kerana kalau pergi snorkeling boatman akan minta. Kalau tak ada kene bayar lagi 200thb.
Semua tu korang just complete dalam 1 tempat je. Tak perlu risau. 

Feri akan berhenti dekat tengah laut dan nanti long tail akan pickup ( free) untuk hantar korang ke pantai. Jarak dekat je. Beg korang nanti dieorang akan tolong angkut letak dekat sebelah imigresen. Settle semua ambik beg dan gerak ke chalet / hotel. 


Dekat koh lipe tak ada jeti tau, kalau dulu korang turun dalam air, tapi sekarang dah ada mini jetty jadi tak perlu dah korang basah kasut / seluar turun dari long tail. 


Disebabkan aku tak ambik gambar benda ni, maka aku cari dekat google je. 

Tiket jadi telaga terminal ke koh lipe adalah Rm 233 per pax di beli secara online. Kalau tak silap aku dekat area chenang ada jual tiket ke koh lipe siap pakej airport transfer lagi. Rm 210 kalau tak silap.  Contact aku tak ambik. 

Sambung cerita tadi, lepas settle semua, ambik bag dan gerak ke chalet.Kami menginap di Gipsy 2 Bungalow area walking street Rm 519 untuk 5d4n. Jadi bila bahagi 2 maka Rm 259.50 sorang.  Chalet ni tak ada la bajet sangat pun at least selesa walaupun basic je. Semestinya toilet dalam bilik. 

Kalau google nampak macam scary tapi sebenarnya tak ada pun. Biasa je. 








Area walking street dan dekat kalau nak cari makan. Itu paling penting. Bilik pun bersih. Oh ya, sini kalau korang tak request nak kemas bilik ke, nak tukar towel ke, dieorang tak akan masuk untuk tukar ye. 
Bilik kipas je. 

Sampai bilik, rehat jap mandi lepas tu keluar pergi cari makan. Macam biasa la, tidak sah kalau ke Thailand kalau tak masuk 7e.

Singgah 7e beli susu pisang. Tak sure sama ada harga sama ataupun harga lain. Aku tak ingat nak snap gambar masa dekat hatyai hari tu. Yang penting halal. 



Untuk lunch + dinner kami makan di Sri Lipe. Sini banyak je kedai halal yang ada logo halal ye. Kalau kedai approach kata halal aku tak pergi pun. Yang ada logo halal tulis pakai marker pen pun aku x masuk. Unless printed 😂. Aku ada perasan satu kedai ni, sebelum ni tak ada tanda halal, malam last sebelum aku balik dandan tepek halal. Tak sure la betul-betul halal ke tak. 







Ini harga makanan dekat sana. Agak pricey la untuk 1st day kan. Kalau korang nak jimat better order nasi goreng ataupun nasi putih je. Tak perlu tambah telur sebabnya too pricey. 

Nasi putih dengan telur dadar thb 100 manakala nasi putih sahaja thb 30. Telur dekat sana mahal kot. Sensetive items. 




Semua sedap. Sesuai dengan harga. Potion pun besar. 

Apa yang kami makan adalah. Tomyam, nasi putih telur dadar, kerabu glass noodle, air kelapa dan green tea. Total thb 860. Hari pertama makan besar sebab lapar 😂

Perut dah kenyang, jalan dekat walking street tengok sunset. 





Cafe de lipe ni lokasi untuk imigresen. Dekat je dengan walking street. Kalau sewa chalet dekat walking street korang jalan kaki je, kalau ambik tuktuk thb 50 sorang. 

Maka berakhirlah pengembaraan day 1 aku. 
Next entry aku sambung yang day 2.





No comments:

Post a Comment