JustForex

Tuesday, 16 April 2019

TRIP 6D5N LANGKAWI - KOH LIPE

Alhamdulillah, selesai sudah trip aku dan bff aku ke Koh lipe, Thailand.

Actually benda ni kami dah plan 3 tahun, and finally terlaksana jua ❤

Orang cakap, koh lipe ni maldives of Thailand tapi bagi aku biasa-biasa je dan tak di nafikan memang cantik pantai dia especially kalau korang menapak di sunset beach. Dekat situ air jernih dan tenang untuk melakukan aktiviti snorkeling berbanding belah pattaya beach ataupun sunrise beach.

Aku rasakan entry kali ni pun agak panjang sebab nya aku nak share activity dan juga food hunting aku sepajang dekat sana.

Actually masa aku pergi ni memang kene dengan date sambutan songkran dan kami sebenarnya tak tau pun. Masa booking pun tak ada pula hotel letak note yang sambutan songkran dan setahu aku kerajaan thailand canclekan sambutan songkran ni.

Ibarat orang mengantuk di sorongkan bantal, tapi malangnya tak sempat join pun. Hohohoho. Kalau ikut cerita asal, bff aku nak pergi sana sorang diri, tapi dek kerana aku dah plan dengan dia sebelum ni, alangkah tak best kalau dia pergi seorang diri.

So aku minta izin dengan suami aku nak join sekali, maka jadilah aku ke koh lipe ni.

Terus booking tiket klia -langkawi. Nasib baik murah juga la,Rm 113 return dek kerana seat tak best makanya aku add on set. So ticket below Rm 150. Luggage aku tak ada sebab handcarry je.






Bagpack tu just backup andai kata beranak 😂. Alhamdulillah sikit je beranak pun. Beli buah tangan untuk anak buah dengan coklat dekat langkawi je sikit buat suami tersayang ❤

Ok lah see you dekat next entry dan selamat membaca 😜


Follow my ig :hikarinur

No comments:

Post a Comment