JustForex

Wednesday, 10 April 2019

AKU, CANDY B COMPLEX, MAHKAMAH DAN KKM

Bila aku tengok facebook yang KKM telah berjaya merampas Candy B complex bernilai 1 juta ++, kepala aku terus trigger kes aku 2017 dan disahkan selesai pada 2018, tahun lepas.

Korang boleh refer link ni untuk previous pos aku berkenaan candy B. Previous Entry

Kisahnya bermula, aku seorang dropship hanya jual barang yang supplier update sama ada yang baru atau lama. Tak kisah la skincare ke, supplement ke semua aku tibai. Antara top produk yang aku jual pada masa itu di 11 street adalah Vimax. Boleh dikatakan laku keras la, untung pada masa itu 1 botol almost Rm 20. Sebulan dapat la Rm 1000. Aku start berniaga di 11 street bulan Julai 2017. Selepas kejayaan Vimax (aku tak tau pun produk tu pun kene banned) , aku cuba la upload juga Candy B ni. Namun sales sendu je. 

Nak di jadikan cerita, satu hari ni order masuk untuk candy B. Aku check dengan supplier A, no stock (refer supplier A dulu sebab murah sikit) berbanding supplier B yang harga sedikit mahal. Bila dah tak ada stock, aku pun macam nak cancle order tapi tak tercancle dek kerana supplier B ada stock. Silap aku dekat situ yang mana bila supplier A tak ada stock, aku tak payah la order dengan orang lain kan, terus je la cancle order, bagi customer refund. Nak buat macam mana, dah tertulis nasib aku tak berapa baik, customer yang beli tu adalah orang KKM sendiri.


Ni supplier aku. Mesti ada yang kenal based on gambar dia kan 


Ni nama pegawai KKM yang membeli produk ni di atas talian. Pembelian dia sangat details tau dan akan di gunakan di mahkamah nanti semasa pendakwaan. Oh, diorang ni guna CDM machine transfer ke akaun 11 street. Guna alamat rumah dan bukan alamat office. Penghataran pada 13 September 2017 dan serbuan ke rumah aku di buat selepas seminggu. Cepat wei. Datang pula after 6.00pm dan bukan waktu office hour bersama polis. Fuhh macam nak serbu kilang dadah. Tak apa lah dah kerja dieorang kan.

So bila pegawai ni datang serami 3 orang pada mula nya dan lagi seorang akan datang bersama polis. Just perkenalkan diri dan ada tunjuk produk kita jual serta minta izin nak masuk dalam rumah untuk check, Pada masa itu abang aku ada, jadi dia allowed pegawai tu masuk by right kita ada hak kalau tak nak bagi mereka masuk kerana mereka sepatutnya bawa surat geledah tau. Abang aku pun kerja penguatkuasa jadi nak memudahkan kerja je.

Bila masuk tu, aku bagi tau yang aku just dropship, barang dekat rumah pun tak ada melainkan produk Shaklee dengan marykay yang mana sah-sah ada KKM. Mulanya macam dieorang tak nak teruskan tapi bos dieorang insist nak juga kan, maka dieorang ambik statement je dan tiada sebarang rampasan.Kalau ada rampasan aku rasa lagi haru nak kene bayar banyak. Pegawai KKM ni nak juga kau mengaku yang produk tu kau punya, tapi aku tak mengaku pun yang aku punya melainkan aku jual sahaja itu pun kalau ada demand. Kalau tak ada demand aku tak jual. Time tu pegawai KKM perempuan yang ambik statement dia tanya macam mana kau buat order, pakai phone apa, guna laptop mana ( ni pun die nak ambik buat bukti ) tapi tak ambik pun sebab aku tak cakap laptop aku rosak dan tak ada dah conversation antara aku dengan supplier. ( dieorang tak ambik la) melainkan korang jual online di fb, ataupun customer thru whatsapp mungkin phone korang akan kene ambik sebagai bahan bukti.

Lama juga la statement ni (dekat 2 jam) di ambil dan last sekali dieorang minta aku delate produk yang dalam shop ( tak ada kkm) dan kes aku ni dia akan submit dulu dan kalau di syaksi bersalah memang naik court dan kene denda . (pegawai tu ada inform on that day ) Dieorang ada cakap juga kes ni dalam 3-6 bulan akan dapat result tapi bagi aku surat aku dapat hujung Julai 2018. Kes aku di sebut pada 30 Julai. Tempoh untuk aku buat preparation tak sampai seminggu tau.


Surat saman pun  dah lunyai. Lepas dapat surat ni aku call pegawai di talian sebab nak tau berapa duit yang perlu aku bawa semasa tarikh sebutan. Oh ya, kalau korang tak bayar korang tak dapat IC korang. Ada pihak polis dekat situ.



Bagi kes aku ni, pegawai KKM cakap just bawa dalam 3k. Pastu pandai-pandaila merayu pada hakim nak kurangkan denda ok.



Ni hasil labtest dari produk yang aku jual iaitu Candy B Complex. Dekat sini fake atau original hanya lab test sahaja yang dapat menentukan. Kalau orang cakap aku jual fake, supplier aku ni trusted kot. agak-agak la fake. memang sah la produk tu beracun. tak payah nak tertipu dah la.


Keadaan dalam mahkamah, dalam ni banyak kes dan bukan kes kau je dan bukan juga macam drama tv 3 unless kes berat la. Ni mahkamah majistret je.

Bila pertuduhan di bacakan, ada sorang pembantu hakim akan tunjuk semua bukti dan tanya sama ada kau mengaku bersalah ke tak. Lepas tu, lawyer KKM akan masuk campur dan baca hujah serta bagi bahan bukti kepada hakim. (dia buat kerja dia la kan, siap minta hukuman yang setimpal la. Hadoii lantak kau la janji settle) .Ni baru nampak macam kes dalam tv tu.Nak je aku cepuk-cepuk kepala dia. Lepas tu hakim akan tanya ko nak merayu tak. Time ni ko goreng la cakap tak keje ke, ko tak tau ke yang paling penting ko kene cakap ko menyesal. Oh,sebelum mahkamah bersidang, lawyer tu akan cari ko dulu dan tanya sama ada mengaku bersalah atau tak. aku nak cepat je, terus cakap ngn dia nak ngaku bersalah je. terus settle tapi kalau korang nak fight pun boleh tapi letih la. Lagi satu buat apa nak bazir duit, kalau banyak duit tak apa la.

Better jangan tipu la sebab memang dieorang prepare dari A sampai Z tau. Ni lawan goverment bukan lawan founder pun. Dieorang boleh access akaun korang dengan 11 street tu. Kihkihkih. Kalau founder mintak details korang, mampus 11 street tak layan.

Taraaaa...maka aku dijatuhkan hukuman Rm 2000 ataupun kene penjara.......yang tu aku tak ambik port. Lepas settle just cakap terima kasih dan lega. Ko tunggu je dekat belakang, nanti pegawai polis dalam mahkamah tu akan bagi ko slip untuk kau pergi bayar dekat mesin pastu bawak naik balik bagi resit dan ko akan dapat balik IC ko tadi. Aku lupa pula tanya incase kalau tak mampu bayar macam mana. Bayar bukan dekat kaunter tapi macam mesin ATM. Advance tau tak sangka pulak. nampak sangat tak pernah jejak mahkamah.


Slip ni ko scan dekat mesin, nanti akan keluar details. payment by cash, cheque ataupun bank transfer. Mula-mula aku mati-mati ingat ATM rupanya mesin bayar denda.


Ko bawak resit ni, tunjuk dekat pegawai bertugas dan dieorang akan clearkan nama dalam sistem. Fuhh lega bila dah settle. Walaupun  ranap Rm 2000. 

Lepas kes rumah aku kene rush tu, aku dah stop jual apa-apa supplement dah. Lama juga aku trauma wei sampai takut nak buka pintu. Huhuhuhu. Tapi sekarang alhamdulillah dah semakin stabil .

Aku nak pesan dekat seller-seller online ni tak kira la dropship ke apa, tapi main focus aku pada dropship sebab income kecik je, sekali kene beribu mana nak cekau, korang hati-hati la better check dulu yang tak ada KKM,yang dah kene banned oleh KKM better korang tak payah jual walaupun founder ataupun agen korang cakap yang kene banned tu fake sebab nanti yang kene korang bukan dieorang, yang bayar saman pun korang even yang top seller produk pun jangan la jual. Kita pun tak tau bila masa kita akan kene so better korang berjaga-jaga dan beringatlah.

Oh ye, kalau yang tak ada NOT kkm pun, andai kata kene, korang pun akan naik mahkamah. Macam aku cerita dekat atas, kronologi tetap ada asal ada bahan kes je. Nak jual pun pilih produk je jangan main jual je. Tu je pesanan ikhlas dari aku.

Kenapa aku buat sharing ni, salah satu sebab nak bagi tau yang KKM never stop ok. Tunggu masa je nak rush 

Sebab kedua adalah bila tak ada yang share in details macam mana kene, berapa kene, prosedur macam mana. So bagi yang first time kene , at least korang ada idea macam mana nak prepare. ( haru nak cari modal kalau last minute wei).

Itu sahaja yang aku nak share, kalau ada nak berkongsi boleh la komen dekat bawah ye.

Semoga usaha korang di permudahkan 

No comments:

Post a Comment