Antara tajuk yang hot adalah ASB Loan. Aku pernah share entry berkenaan dengan confession berkenaan dengan ASB loan ni. Jom lah korang baca sendiri.
Korang baca dan nilaikan sendiri. aku bukan expert pun
Minggu lepas saya planning nak buat ASB loan, sebab orang kata ASB loan ni bagus
dan ibarat kita buat push saving. So saya pun pergi lah ke branch RHB nak tanya
mengenai ASB loan ni. Banker beri penerangan kepada saya bla bla, then I pun ok
and suruh dia proceed untuk buat permohonan loan ASB RM100k. Bulan2 dalam RM531.
Selepas seminggu I tunggu status permohonan, dia kata masih dalam proses. I pun
banyak masa free dekat office. I try buat kira2 berapa dividen yang I akan dapat.
Surprisingly, I rasa tak berbaloi pun buat loan berbanding simpanan sendiri.
Cara macam mana nak kira dividen, boleh cuba google. Disini saya cuma summarize
kan je. Lets say dividen tahun 2019 declare 7.00% dan bonus 0.25%. Hasil dividen
untuk simpanan RM100K ialah RM6645.83 (Baki awal Januari ialah RM0, sbb baru
buka ASB akaun).
Ok baiklah, jika kita buat ASB Loan sebanyak RM100k, setiap bulan kita perlu bayar
kepada bank sebanyak RM531 (mengikut jadual pembayaran RHB dengan interest
4.9% utk 30 tahun). RM531 x 12 = RM6372. Untung ASB kita adalah RM6645.83
(hasil dividen) – RM6372 (jumlah yg dibayar kepada bank) = RM273.83
Seterusnya, jika kita membuat simpanan sendiri sebanyak RM531 setiap bulan.
Hasil dividen kita ialah RM211.74
Cuba lihat balik, pulangan hasil dividen ASB loan dgn ASB simpanan sendiri tiada
jurang yang banyak pun, hanya beza RM62.09 sahaja. Bukan seperti yang diuar2
kan oleh agent ASB, jika kita membuat simpanan sendiri, dividen hanya dapat
RM211.74. Tapi jika buat ASB loan anda boleh dpt RM6,645.83. Hakikatnya, kita
dah ada simpanan ASB sebanyak RM6372 + RM211.74 = RM6583.74. Anda fikir-
fikirkan lah ye, huhu.
Katakan lah jika ASB declare dividen tahun 2019 ialah 6.50% dan bonus 0.50%
(seperti tahun 2018). Hasil dividen untuk simpanan RM100K ialah RM6416.67
(Baki awal Januari ialah RM0, sbb baru buka ASB akaun).
Jika kita buat ASB Loan sebanyak RM100k, setiap bulan kita perlu bayar kepada
bank sebanyak RM531 (mengikut jadual pembayaran RHB dengan interest 4.9%
utk 30 tahun). RM531 x 12 = RM6372. Untung ASB kita adalah RM6416.67
(hasil dividen) -RM6372 (jumlah yg dibayar kepada bank) = RM44.67
Manakala, jika kita membuat simpanan sendiri sebanyak RM531 setiap bulan.
Hasil dividen kita ialah RM204.44
Wow, untung simpanan lebih banyak dari loan. Loan untung hanya RM44.67,
tetapi simpanan untungnya ialah RM204.44! So, saya decide untuk cancel buat
ASB loan, dan membuat simpanan sendiri. Malah saya juga bebas dr hutang.
Kiraan ini adalah atas pemahaman saya sahaja. Jika ada yg lebih arif, boleh
perbetulkan saya semula jika saya salah.
Sekian, Terima Kasih.
– Lavender
Bagi aku ASB loan ni ada baik-buruknya. Antanya adalah interest. macam member aku buat ASB
loan 120k, tapi aku tengok balance loan dia dalam 400k++ macam tu, itu pun dah lebih 6 bulan dia bayar. ( lupa berapa puluh tahun dia buat). Tak semestinya korang bayar sampai berpuluh tahun pun, sampai masa yang sesuai korang boleh surrender je.
ASB loan adalah satu komitmen yang bagus untuk korang especially mereka yang borus dan susah nak menyimpan secara konsisten. Sebelum korang buat apa-apa better research terlebih dahulu
No comments:
Post a Comment