JustForex

Wednesday, 10 April 2019

CARA EXCHANGE KASUT NIKE ROSAK

Ok kali ni aku nak share cara exchange kasut nike korang yang rosak ketika masih dalam tempoh warranty ( 3 bulan beli dekat kedai, wajib ada resit dan 2 tahun beli online)

Ceritanya macam ni, bulan Januari 2019 aku beli la kasut nike air force 1 dekat outlet nike di sunway pyramid sebagai hadiah birthday untuk husband aku dan hanya pakai pada bulan march masa kami pergi vacation dekat sabah which is dari 10/03 -14/03 itu pun beberapa kali je pakai. End up koyak 😂😂😂. Lahai frust wei walaupun tak mahal mana pun tapi original tu expectation aku memang high quality la even aku beli kasut bata yang tak sampai Rm 100 tu pun tahan setahun kot.



Ni design kasut laki aku.



Ni selepas kejadian. Koyak dekat yang jahit tu. So aku tak puas hati la, padahal boleh je pergi jahit namun nak juga check sama ada cover warranty ke tak. So aku google, maka jumpa lah yang Nike ada bagi 2 years warranty 

 "Any footwear returns that arrive more than 2 years after the manufacturing date (found on the tag inside of the shoe) will be returned without inspection. Products Nike determines in its sole discretion to be free of any material or workmanship flaws "

So aku terus email nike us la kot (ada dekat website) dan bagi semua detail la kan. Oh ye itu uk punyer nanti bila dia reply email ko, nanti dia akan mintak contact yang malaysia punye. Tanya cs. Aku kalau bab call ni malas sikit sebab tak reti nak explain so aku prefer email, jadi klik link email malaysia rupanya email tu tu untuk asia punya.

Almost 2 weeks berbalas email, dia minta aku contact store yang aku purchase sebab lain store lain prosedur. So aku call store tu dan dia inform yang warranty hanya 3 bulan dari tarikh pembelian. Then aku tanya lagi, aku beli bulan 1 so sekarang bulan 3 ( masa aku call ), still cover warranty ke tak? Dia cakap tak cover sebabnya itu dah consider 3 bulan tapi bila kau kira based on purchase date, itu batu 2 month ++.

So aku drop email lagi sekali dekat Nike Asia , inform this issue la kan. Siap bagi conversation between aku dengan nike us yang mengatakan warranty 2 years then tambah sikit la yang aku cakap aku purchase ni as a birthday gift ( mana tau dieorang nak tolong kan ), so memang dia get back dekat aku mintak semua details termasuklah resit ( masa tu aku dah buang resit , korek balik dalam tong sampah), credit card transaction sebagai bukti pembelian in case tak ada resit ( luckily aku guna credit card dan bukan cash ), gambar kasut yang defect tu  dan juga kene cerita sikit macam mana defect tu. So aku submit la kan, dalam 4-5 hari baru dia reply dan tanya soalan lain. " kenapa store tak bagi return padahal masih belum 3 bulan ", aku just reply cakap tak tau, aku just follow apa dia cakap la kan. Ok xpe, cs promise nak refer this case dekat respective outlet.

Aku mulanya dah redho, cakap ngan laki aku kalau tak boleh tukar nanti pergi jahit je la. Tapi tak sangka la selang 2 hari ada call dari Nike sunway minta aku pergi sana dan tukar yang baru. Alhamdulillah rezeki. Malu sebenarnya tapi nak buat macam mana 😆😆😆

Hari ahad minggu lepas. Aku dah selamat tukar kasut yang baru. Same price. Frust sikit sebabnya kasut yang aku beli bulan 1 dah turun harga. Hohoohoh. Tinggal rm 275 je instead of rm 389. Tak sampai 3 bulan dah drop banyak. Margin besar ni 😁😁



Tadaaa dah dapat kasut baru. Thanks to Lee ( sunway pyramid staff yang call aku) dan staff yang entertain aku dan laki aku time ni. Lupa nak ambik nama dia. Walaupun ko pergi return kasut namun service dieorang still tiptop weii. Tak ada la nak layan ko macam nak tak nak je.

Opss lupa exchange hanya boleh jika normal items je. Promotion price tak boleh.
Beli dekat store ( 3 bulan , wajib simpan resit ) , online 2 tahun. Ni aku tanya staff Nike.

Aku rasa ramai yang tak tahu sebabnya bila aku search memang tak jumpa yang dekat malaysia. Oversea banyak la.  Dan korang jangan expect original ni kualiti tiptip ( bila kene dekat diri sendiri baru tau) at least korang pun kene tau hak sebagai pengguna 😄😄

Nanti nak tukar just pergi tanya store janji ada resit dan juga masih dalam tempoh warranty.

Special thanks to Nike.com / Nike asia dan juga staff nike sunway pyramid. Im so happy 😍

No comments:

Post a Comment