JustForex

Thursday, 2 May 2019

TRIP 6D5N KOHLIPE-LANGKAWI PART 2 ( DAY 2)

Ni baru aku nak sambung part 2 setelah sekian lama.

Actually kebanyakkan gambar dah hilang sebabnya aku pergi repair phone lepas tu phone aku lock sampai aku tak boleh buka. Password yang aku selalu guna pun tak boleh nak on. Bila aku nak factory reset keluar error last sekali aku cuba guna google untuk unlock phone tapi tak berjaya then lastly aku erase data pun xdapat. Memang dah give up dan esoknya plan nak bawa balik pergo kedai untuk format. Aku redho untuk hilangkan semua data dalam phone termasuklah gambar-gambar aku.


So nasib baik untuk trip ni, aku banyak guna phone bff aku ( phone aku problem time tu tak boleh on) untuk trip koh lipe ni selamat la, untuk trip sabah aku, goneeeee !!! 😥😥😥

Panjang pula entry melalut aku ni. Untuk day 2 , kami banyak buat aktiviti free and easy je. Bangun pagi breakfast roti je lepas tu kami pergi jalan-jalan dekat sunset beach. Lepak dekat situ sampai petang.

Sunset beach ni sangat cantik untuk korang nak snorkeling berbanding lagi 2 pantai iaitu pattaya beach dan sunrise beach. Oh by the way, dekat sunset beach ni ada chalet princess thailand tau.







Nasib baik aku sempat upload dekat Ig. Jadi still ada kenangan. Ni je la yang aku mampu bagi dekat korang ye 😅

Balik terus lunch dekat Sara sea seafood. Makan nasi goreng pineapple dengan jus pineapple. Seingat aku total makan lunch je 160 thb.




 Nasi goreng pineapple 80thb


Pineapple juice 80 thb

Harga dekat sini agak standard sebagai contoh kalau nasi goreng 100thb, maka juice 60thb.  Kalau korang versi nak jimat just order nasi goreng then beli air mineral. 

Aktiviti petang pula kami pergi mandi pantai dekat pattaya beach.  Kami tak makan dinner just beli kudapan je. Nak tunjuk pun tak boleh. Gambar tak ada. Sedihh😭😭

Aku continue next entry nanti

No comments:

Post a Comment