JustForex

Thursday 16 May 2019

RESEPI SAMBAL SOTONG KEMBANG SIMPLE

Sempena bulan ramadhan ni, aku nak share la beberapa resepi yang telah aku masak.

Pertama kalinya aku nak share resepi sotong kembang masak sambal simple.

Sotong kembang ni korang boleh beli dekat pasar raya. Kalau yang tak kenal, sotong ni juga orang letak dalam yong tau fu. Aku xpernah lagi masak sotong kembang ni. So ini la kali pertama ye.

Resepi ada di bawah ni. 🌷

Sotong
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili giling
Sos tiram
Garam
Kicap
Daun limau purut.

Bawang merah, bawang putih dan halia korang blend ataupun tumbuk bagi halus.

Tumiskan dengan minyak sampai naik bau lepas tu masukkan cili giling. Masak sampai pecah minyak. Masukkan sos tiram. Gaul seketika dan masukkan air, garam & sedikit kicap untuk menggantikan gula. Bila menggelegak, masukkan sotong dan daun limau purut. Biar seketika dan matikan api.

Tadaaa. Dah siap.

Aku masak memang tak ada sukatan. Memang main campak je.Bawang, halia semua sesedap rasa je. Masakan aku mostly memang tak letak gula. Kalau masak sambal aku akan letak kicap je nak gantikan dengan gula.

Ni la rupa sotong sambal aku. Sebenarnya sotong ni korang masak kejap je dalam 3-5 minit je. Macam aku masak lama sikit jadi sotong jadi kecik dan sedikit liat. 


Ni la rupa sotong kembang.

No comments:

Post a Comment