Breakfast pun dekat bilik je. Habiskan roti yang di beli dekat Langkawi sebelum nya dan tengah hari baru lah kami keluar mencari makan.
Lunch dekat Tasneem halal food. Location on the way nak ke sunrise beach. Dekat sini aku makan meggi celup ( saja nak test mana sedap berbanding dengan malaysia) dan juga pulut mangga. Air kiteorang dah siap-siap tapau dekat 7e. Ingat nak makan pulut ayam tapi dah lewat sangat, jadi sold out. Abang tu cakap kalau nak makan pulut ayam kene datang pagi-pagi. Based on tekak aku, megi celup dia lain ( kuah black paper) so memang bukan selera aku tapi pulut mangga sedap. Harga standard
Lepas lunch kami jalan-jalan di kawasan sekitar, redah resort yang cantik area sunrise maka terhasil lah gambar di bawah ini.
Kawasan persisiran pantai sunrise beach ni kami redah. Alang-alang nak jalan kan. Tak rugi kalau korang spend time untuk explore tempat ni.
Odw balik, kami singgah ke sunset beach. Nak tengok sunset la katakan. Jalan kaki bukan main jauh lagi tup tup sampai sana aku sakit perut. Ya allah memulasnya sampai nak naik tuktuk balik bilik. Luckily jumpa brother yang nak tunggu sunset ni ( mulanya aku ingatkan dia driver tuktuk tapi dia pekerja resort kawasan yang terdekat) dia yang tunjukkan aku tandas area situ. Fuhh legaaa weii tak jadi balik. Dah la jauh nak jalan kaki balik.
Penantian amatlah berbaloi dengan menikmati keindahan sunset.
Aku kalau nak nak tengok sunrise susah sikit, kalau sunset ok. Hahahhaa. Habis je sunset ni, kalau nak balik korang tak payah takut walaupun kawasan sana agak gelap sebabnya memang tuktuk akan datang pickup. Korang sanggup ataupun tak je nak bayar 50thb. Yang jalan kaki pun ramai. Just follow je.
By the way lokasi dia dekat-dekat je. Ambik lah masa untuk explore.
Balik dari tengok sunset, kami pergi survey tempat massage. Dekat sini kos massage 300thb berbanding dengan dekat hatyai 200thb . Kiteorang dapat makcik-makcik kira otai la kan. Fuhhh sedap giler dieorang urut sangat berbeza dengan yang muda urut. Sakit dan sedap. Hulurlah tips andai kata korang berpuas hati dengan service 😍
Untuk dinner kami makan dekat Sara sea seafood. Dan di sebabkan esoknya dah nak balik, aku tak lupa beli manisan dekat sana. Nasib aku baik sebabnya akak tu dah nak tutup kedai. Kalau aku mengidam lagi, mau kene redah koh lipe lagi sekali 😆😆
If korang ada pertanyaan boleh la komen dekat bawah ye 😊
Entry terakhir akan aku update lagi. Just stay tune
No comments:
Post a Comment