Once clearance, bila bot dah sampai staff akan minta korang tunggu dekat 1 tempat dan nombor korang akan di panggil, ambik beg / luggage bawa naik long tail (transit ) ke feri. Perjalanan 1 jam 45 minit. So tidur je la kan. Sampai di Langkawi, clearance dekat sini lama sikit. Perlu beratur macam biasa.kiteorang naik awal, maka jadi orang terakhir keluar.
Sampai di Langkawi jam 2.00 ptg, ambik grab terus ke chalet (the village langkawi ) dekat dengan laman padi. Chalet bajet je tapi ok la basic dan selesa. Self service breakfast lagi tau.
Sebagai contoh je ni. Tempat hang baju xde melainkan ampaian dekat luar. 1 katil king dan 1 katil single dalam bilik. Tak kisah la kan sebabnya kiteorang just nak tidur je dan bukan stay dalam bilik pun.
Lepas check in, rehat jap lepas tu keluar pergi sewa motor. Jalan-jalan dekat street tu je. Sewa motor half day Rm 20. Motor tip top dan 2 helmet. Lepas ambik motor kami terus pergi cari laksa dekat tepi airport tu. So dapat la makan laksa, bihun sup, abc, cendol dan pasembor dengan harga less then rm 30. ( gambar tak ada, aku erase data dalam phone)
Perut dah kenyang maka beraktiviti la kami pada hari itu.
Naik cable car ingatkan nak tgok view tapi boleh nampak kabus je 😂
Aku takut sebenarnya, macam - macam terlintas dalam fikiran ni ha
Ni masa kiteorang turun still berkabus
Lepas turun kiteorang habiskan masa dekat 3d art museum je. Tu pun ambik gambar cepat-cepat sebab dah nak tutup.
Berbaloi untuk korang masuk dekat sini. Aku tak boleh imagine macam man la kalau cuti sekolah korang nak ambik gambar cantik-cantik. Mesti beratur panjangkan
Perjalanan seterusnya adalah ke kuah. Beli coklat. Apa yang xleh blah adalah, perjalanan kali ni lama giler. Rasanya dulu macam dekat je tapi kali ni jauh bukan main lagi nak ke pekan kuah. Last sekali buka waze dan akhirnya sampai.
Selepas beli coklat. ( sikit je tak banyak sebab handcarry je takut lebih berat ) kami berangkat balik, hantar motor cari t-shirt untuk anak buah dan kami dinner di restaurant rafizi ramli. Order nasi goreng seafood dengan telur dadar. Fuhh telur dadar yang besar dekat malaysia Rm 4 je berbanding dekat koh lipe 100thb tapi kecik 😂. Risiko tinggi nak bawa masuk kot sebab tu mahal. Overal aku rasa harga dekat pantai Chenang sedikit pricey sebabnya aku beli maggo blend lebih Rm 10 padahal tak kaw pun letak ice cube lagi bukan 100 blend. Not worth for money. Sadiss baik beli air mineral je.
Aku plan next year pergi celebrate anniversary dekat Langkawi tapi bila tengok environment yang baru ni, baik aku pergi tempat lain. Tak macam yang kiteorang pergi tahun 2015. Semak je nampak location. Serabut je nampak tambah-tambah lagi kedai ikan bakar pun dah tak nampak kedai arab banyak. Macam aim foreign berbanding local.
No comments:
Post a Comment