JustForex

Friday, 24 May 2019

TERBARU : 12 PRODUK KOSMETIK YANG DI KESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual:



3rd Series Yanko Whitening Cream Night Cream


5th Series Yanko Whitening Cream Night Cream


7th Series Yanko Whitening Cream Night


 Clair De Lune - P.Tuberose Day Cream


Clair De Lune - S.Involucrata Night Cream


Dnars Nien Cream


Glow Glowing N Glow


Glow Glowing T Treatment


VSL Beauty Care Toner A


VSL Beauty Care Toner B


Dolly Glow Miracle Treatment Cream


Dolly Glow Luminous Night


Produk produk kali ini bukan sahaja mengandungi Merkuri, tretinoin dan hydroquinone malah turut dicampur dengan ANTIBIOTIK.
Bayangkan ada produk krim malam yang dicampur dengan 5 jenis antibiotik yang berbeza dalam satu rumusan.
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.
Nasihat kami, kalau dah tahu brand tersebut sudah beberapa kali pernah dikesan oleh KKM mengandungi racun berjadual, jangan beli, jual dan guna produk keluaran brand tersebut. Jadilah pengguna bijak!


Sumber : Public Health Malaysia

Seller aku nak pesan sikit, mungkin founder, stokis, agen akan cakap barang yang ada racun berjadual ni fake tapi aku tak tahu kesahihan sama ada wujud tak kilang yang buat fake ni. Cukup lah dengan pengalaman terdahulu aku , maka aku sudah dapat nilaikan. Buat korang yang masih jual produk ni ataupun mana-mana produk yang tak ada kkm, maka korang perlu berhati-hati. 1 kaki korang dah dalam mahkamah wei dan sudah siap sedia nak bayar saman. Kalau boleh elak, korang elakkan la menjual produk yang sah merbahaya demi masa depan dan poket bank korang juga ok

No comments:

Post a Comment