JustForex

Saturday, 30 March 2019

PULUT KUNING RICE COOKER DAN RENDANG DAGING SIMPLE

Sambil-sambil duk buat entry trip hatyai, alhamdulillah dah siap, sempat la aku memasak dan menggodek cari resepi nak masak rendang daging simple. Ingat rendang daging tu aku nak makan dengan nasi himpit je, tapi tergodek pula pulut kuning. Maka jadi la pulut kuning versi masak dengan rice cooker. Meh aku share sikit


Inilah rupa lunch aku bersama suami tengah hari tadi.

Aku share je resepi yang masih ligat dalam kepala aku ni ha. Bagi yang nak cuba-cuba masak rendang boleh je pakai resepi aku ni. Olehan daripada google ❤️

Stail aku masak memang tak reti nak sukat, tapi main agak-agak je tau.

Daging - potong dan sejat
Bawang merah - 1 biji yang besar. Orang panggil bawang besar. Tapi aku still panggil bawang merah. Tapi jenis besar 😂
Bawang putih - 3-4 ulas je
Serai - 5-6 batang
Halia - suka hati
Lengkuas - suka hati

Semua yang ni korang blend sekali kecuali daging. Kalau blend sekali jadi daging burger pulak.

Panaskan minyak, tumis bahan kisar + cili giling (jangan cili boh nanti tak sedap) + serbuk kunyit. Kalau korang ada yang raw  kunyit + cili kering korang boleh blend sekali je. Aku guna yang express sebab tak ada 😁

Biasa aku tumis sampai pecah minyak baru masukkan daging. Gaul sekali. Dah nampak macam daging kecut, aku masukkan santan dan garam Aku suka tambah air pastu aku biar je sampai kering. Bila dah nak masak, aku masukkan  daun limau purut nak bagi wangi, asam keping dan juga kerisik. Gaul rata dan biarkan . Kalau korang nak kering, bagi kering baru tutup api  Aku suka jenis ada kuah. Bila aku rasa dah masak baru tutup.

Aku masak memang tak suka letak gula, ajinamoto. Kalau buat masak merah aku suka letak kicap sikit. Tapi rendang aku xletak langsung. Makan je macam tu 😅


Nak masak pulut kuning dengan menggunakan rice cooker senang je. Basuh beras tambah garam dan serbuk kunyit nak bagi kuning dan masak. Make sure air tu sikit je. Biasa kalau masak nasi aku guna ukuran 1 ruas jari, bila masak pulut guna separuh ruas sahaja. Masak macam biasa. Bila dah masak korang gaul bersama dengan santan (sukatan suka hati )  pastu on balik rice cooker. Gaul dekat dalam periuk yang sama je. Tak perlu nak ubah-ubah.  Masak macam biasa je. Dah siap.. 


Rasa memang lain la sebab rendang simple je kan. Kalau x cukup bahan pun main redah je. 

Pulut sedikit lembik tapi ok la. Sedap

Kalau teringin sangat nak makan, ni je la caranya. 

Selamat mencuba gaisss ♥️♥️


No comments:

Post a Comment