Full day trip sangat memenatkan dan aku enjoy giler. Kalau ramai-ramai best la. Kalau berdua cam tu, trip biasa-biasa or makan-makan je la.
Untuk breakfast hari terakhir ni, kami pergi makan di restoran kelantan. Walking distance je. Sebab orang review best dan murah dan bagi aku, biasa je. ( belah pagi mungkin). Lain orang lain citarasanya dan kita tak boleh pukul rata. Kemungkinan ke dua adalah mungkin dah lewat sangat ( 9.00am) makanan best dah banyak habis.
Nasi kerabu putih. Nanti kalau ada peluang nak cuba pergi makan tengah hari manaa tau kene dengan selera.
Ok sepanjang 3 hari aku dekat sana, ni la driver tuktuk yang aku guna tu
Apon ( ye la kot ejaan)
0850813513
Korang boleh contact dia. Mahal sikit tapi service tip top. Total untuk whole day trip dengan half day thb 1600. Termasuk la free dan extra time. Tuktuk merah ( orang cakap mahal. Tapi tak sure sebab apon la orang yang pertama approach aku masa day 1)
Balik tu kiteorang naik tuktuk ke padang besar. Di sini berlaku salah faham yang mana tuktuk hanya boleh hantar sampai border je dan.bukan sampai train station.
Kalau korang nak selesa better naik van putih berbanding tuktuk rasanya harga sama. 1000THB kalau tak silap. Dari border ( thailand & malaysia) nak ke KTM naik kereta Rm 10 per head.
Korang boleh call abang Mail. Nanti dia akan datang jemput. KTM ke hatyai Rm 20 rasanya. Aku pun dah lupa
Abang Mail
Thai : 084-9643594
Whatsapp : +6684-9643594
Kalau bagi aku yang nak cepat je, memang option mahal. Sikit je la yang akan aku pilih melainkan naik tuktuk ke border. Tu tak selesa. Open air 😂😂
Dekat sini aku nak cerita macam mana aku kenal abang mail?
Masa dekat border thailand, nak cop passport keluar aku orang pertama dalam group tu pergi mengadap imi thai. Aku pelik bila dia tanya : by when? Or by when? Masa aku tak faham tu, dia tanya sapa driver. Aku cakap la " no driver. Come with tuktuk" so dia repeat soalan yang sama. Last sekali ayat dia macam minta cari driver.
So someone panggil driver, tapi driver tak nak datang dan minta orang lain handle, orang tu pula panggil abang mail tu. Aku pun tak pasti apa yang dia cakap dalam Thai, pastu abang mail suruh keluar. Consider settle bila dia cop passport member aku yang terakhir tu. Bukan main dia hold member aku tu.
Long story to short, rupanya dia nak duit. Biasa driver yang akan bayar dan driver van akan siap collect dari penumpang. (based on abang mail). Patut la bila aku tengok yang datang dengan kereta dia akan cari driver. Padahal terang-terang dah tulis " NO TIPS".
Masa aku naik train tak ada la exprience kes macam ni. Kalau aku tau, awal-awal lagi dah letak Rm 2 dalam passport. Aku tanya member aku yang pernah pergi dengan trip 1 bas pun tak ada imi minta tips dan mungkin dieorang dah deal awal-awal.
Pengajaran yang boleh di ambil adalah, jangan lupa letak duit dalam passport. Ambik ke tidak itu lain cerita.
So korang yang nak pergi hatyai thru land, memang kene bersiap sedia sebarang kemungkinan. Duit jangan lupa selit. Trauma aku di buatnya 😂😂😂
Apa-apa pun hatyai best. Nanti nak pergi lagi cari makan 😍
No comments:
Post a Comment