JustForex

Monday, 25 March 2019

JALAN-JALAN CARI MAKAN KE HATYAI 2019

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga mood nak update blog ni.

Apa tak nya, nanti nak kene update blog berkenaan percutian ke negeri di bawah bayu, Sabah 😊😊

Last aku update blog adalah hujung bulan 1 yang mana odw balik dari hatyai ke kl. Ingatkan time tu mood ada, rupanya hauukkk.

Ok lah tanpa buang masa, meh aku cerita sikit pasal percutian kami yang mana mengambil masa selama 3d2n 25th - 27th Jan 2019.

Ambik bas khamis malam dan tiba di thailand pada jumaat pagi. Bas cukup selesa bagi aku kalau nak compare dengan Ets sbbnya Ets tak tutup lampu 😂. Kalau sesiapa yang jenis membuang, wajarlah korang naik Ets ye.

Kos Rm 550 all in. Breakfast (3x), lunch (3x) dinner (2x) termasuk grab ke TBS & KL Sentral (return)


Transport :
Konsotium ( TBS - Hatyai ) : Rm 62
Return by ETS ( Padang besar - KL sentral) Rm 103.

Main transport kami dkt sana adalah tuktuk. Kalau korang berdua better naik grab je lagi murah. Aku hari tu ber 8, jadi kos jadi murah.

Actually ni kali kedua aku pergi hatyai,  kali pertama bulan mei 2018. 1 malam je. P cari makan pastu balik.  Dan ada kisah nya yang tersendiri termasuklah yang ni 😁. Nanti aku kongsikan.

 Di sebabkan apa yang aku experience di Phuket, maka aku mengambil keputusan untuk tukar duit di Malaysia je. Lagi untung kalau nak di bandingkam dengan di Thai.

Tips di malaysia : cari rate yang rendah
Tips di thailand : cari rate yang tinggi

Sebab apa, amount yang aku tukar di malaysia, dekat thailand korang akan dapat lagi sikit. Maka dekat situ korang akan rugi


Aku snap siap-siap nombor siri duit. Takut nanti jadi apa-apa kan. Boleh la argue tu duit kita 😅


Sementara menanti yang lain,maka selfie la dulu kan 😂


Beli tiket siap-siap online, pergi print je dekat kaunter. Senang & pantas.

Bas ni drop kiteorg depan Lee garden dan bukan dekat Border Danok.

Bas berenti kejap dekat pekan bukit kayu hitam untuk refresh. Nak solat nak membuang di persilakan sebelum meneruskan perjalanan.

Time ni driver bas akan collect passport untuk di isikan white card. Nanti just beratur sahaja.


Eksited bila sampai sini. Almaklumlah first time 😆


Alhamdulillah border malaysia kejap je. Orang tak ramai walaupun 2 kaunter je buka. Namun dekat border Thai ramai woii.

Sejam juga la beratur. Ada yang ikut express, tapi xsure tu macam mana. Seperti melalui border padang besar, yang ni pun tak selit duit celah passport 😅. Hari bekerja kot.

** gambar aku tak snap. Sorry 🙏🙏 **


Ok la korang , aku buat entry lain lain.

Panjang sangat tak best lak korang nak baca.

No comments:

Post a Comment