Baru nak sambung part 6.
Ok lah tanpa membuang masa, aku sambung entry part 6 ni.
Selepas kiteorg ambik gambar semua, terus cepat-cepat naik tuktuk dan pergi ke Chang Puak Camp. Senang cite tempat gajah. Tak jauh pun dari 3D tu. Dekat sini lama melepak sebab ada aktiviti. Gajah je tak naik sebab kesian dekat gajah.
Aku just upload picture sahaja ❤
Antara aktiviti yang ditawarkan :
1. Menembak
2. Memanah
3. Bergambar dengan gajah.
Dan macam-macam lagi aktiviti. Gajah dekat sini memang di latih, tapi korang boleh nampak macam mana dieorang control gajah tu bagi behave. Kesian 😰😰
Persinggahan seterusnya adalah Mermaid beach. Tempat yang kene bom tu end of December. Alhamdulillah keadaan terkawal dan orang ramai je dekat sana.
Meh aku belanja gambar 😁
Kalau sampai thailand ni, bab makan tak perlu risau kerana kedai makan banyak. Either halal or tak itu sahaja.
Member- member aku, asyik tapau ais krim kelapa je.
Oh, sini ada aktiviti menunggang kuda, tapi aku dah lupa bayar berapa. Kalau nak merasa boleh je 😊
Dah habis half day, 3 tempat je. Maka driver tuk tuk bawa kami makan. Dekat je dengan mermaid beach tapi tak sure kalau jalan kaki tu jauh ke tak 😂😂
Kali ni aku pergi, sumpah tomyam sedap giler dan puas hati.
Semua dah kelaparan sebab pagi tu makan dimsum je 😂😂
Sementara menanti driver tuktuk, maka kami bergambar la dulu 😁
Entry half day aku berakhir di sini dulu. Nanti esok aku sambung another half day punyer journey ok.
Stay tune 😍😍
No comments:
Post a Comment