JustForex

Tuesday, 26 March 2019

JALAN-JALAN CARI MAKAN HATYAI PART 3

Continue part 3.

Aku terpaksa splitkan ikut hari, so senang nak baca kan.

Kalau mixed everything jadi maklumat tu tak sampai.

Dah plan itineary cantik.

Lepas check in, masuk bilik rehat jap. Ingat nak terus pergi breakfast + lunch sekali kan, alik-alik tengok jam baru jam 9.00am waktu Thailand. So rehat la jap sementara nak tunggu pukul 10.00am

Plan pagi tu nak pergi makan di Kai Tod Decha ( open 10.30 am waktu Thai & ke Nora Plaza). Depan hotel dah ada tuktuk yang menunggu pelanggan tau. So korang tak yah risau pasal transport. Just plan tempat je.

Kai Tod Decha tu walking distance je. Korang boleh jalan kaki dan tak perlu nak naik tuktuk ataupun grab unless korang malas. Tak berbaloi la kalau bayar. Luckily kami dapat free sebabnya dah booking tuktuk untuk perjalanan ke floating market dan whole day trip untuk keesokkan harinya.

Masing-masing muka excited dapat naik tuk-tuk


Ni kedainya. Aku tak ambik pula gambar depan kedai ni. So just cari gambar dekat google.  Kalau jalan kali korang boleh guna google maps ataupun waze je.  Kalau tuktuk, bagi tau je dekat driver.




Masing-masing tengah menanti makanan







Kami ambik nasi, ayam 2 bekas, sup , somtam, air teh . Sedap gilerrrrr tak terkata. Udang besar giler. Total lunch kiteorang memang lebih bajet. Hahahahaha. 

Lunch je total : 2415 thb / 8 person

Tapi puas hati giler sebab sedap. Walaupun mahal tapi berbaloii

Balik tu kiteorg jalan kaki sebab nak cari Nora plaza tapi tak jumpa 😂😂. Apa yang jumpa adalah watson. Maka bertapaklah kami di watson. Dan dekat situ juga aku jumpa shampoo pentene detox yang best tu. Yang lain duk beli mask. Sebab murah 😅

Waktu petang kami pergi ke floating market dan dinner di Klong hea steambot buffet yang viral tu.

Yang tu aku sambung di part 4 ok.

No comments:

Post a Comment