Aku belanja korang gambar ye 😋😋
Selepas habis segala gaya demi mengambil sesebuah gambar, kami bergerak ke next destination iaitu sleeping buddha.
Driver tuktuk bawa kami naik feri untuk menyeberang sungai. Macam feri penang tu.tapi 1 tingkat je. Aku tak expect pun belah songkhla ada feri. Gambar pula tak ada nak tunjuk dekat korang. Nanti kalau ke Songkhla boleh request dengan tuktuk nak experience naik feri. Mana la tau kot-kot dapat.
Dekat sini pun ada floating market mostly tak halal. Nak beli pun was was. Aku tak ambik gambar banyak sangat pun sebab ni tempat agama buddha kan. Kang salah pose nanti di kecam menghina. So gambar-gambar yang tak sepatutnya berada di media sosial memang tak boleh upload ye. Demi menjaga keharmonian.😘😘
Actually korang boleh minta driver tuktuk bawa pergi masjid tapi di sebabkan aku tak tau maka kiteorang tak singgah.
Settle dekat sleeping buddha, kiteorang request untuk ke khlong hea floating market lagi sekali walaupun semalam dah pergi kerana baju yang kiteorang plan nak pakai last day tu tak cukup satu padahal kira dah betul.
Dekat sini timing memainkan peranan penting sebab next station adalah Asean Night Market.
Plan asal dalam 10-15 minit je sebab nak pergi claim balik baju je, alik-alik sejam juga woiiii. Hahahhaa.
Guna landmark ni andai kata masih belum berubah.
Rata-rata kedai lain tak nak bagi murah melainkan kedai ni
Antara yang wajib korang beli kalau datang hatyai
Di sebabkan entry ni panjang dah, aku continue part 8 dekat next entry.
No comments:
Post a Comment