JustForex

Saturday 30 March 2019

JALAN - JALAN CARI MAKAN HATYAI PART 8

Selesai sudah shopping , kembali ke tuk-tuk nak ke hentian seterusnya iaitu Asean night market tapi bila tengok jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Trip kami akan berakhir jam 6.00 petang yang mana jam 6 tu kami sudah kembali ke hotel.

Maka, gamble la kan tanya driver tuk tuk sama ada boleh ke bagi free extra time .kami nak ke Asean night market dan alhamdulillah boleh. Aku kesian sebenarnya tapi bila driver sendiri cakap ok, maka on je la. Alhamdulillah.




Tak banyak yang aku snap melainkan gambar makanan.

Overall, daripada korang pergi floating market baik korang datang sini tau. Lagi murah dan lagi banyak pilihan. Ada tempat makan dan juga shopping. Banyak choice lagi.

Sebelum aku lupa, masa aku datang sini lagu kebangsaan Thailand berkumandang dan semua orang stop dan berdiri. Aku assume rakyat thailand la sampai aku pun stop sekali. Naik segan. Diam dan menghormati lagu. Hopefully malaysia pun boleh buat macam tu 😍😍

Dah settle semua, kami kembali ke hotel dan malam tu nak merasa la massage ni. Kami balik mandi dan driver tuktuk tolong hantar dekat tempat massage yang dia recomend. Bagi aku situ totally suck dan mahal. Urut tak rasa best pun. Lagi best tempat massage yang aku pergi sebelum ini. Walaupun sakit namun terbaik.

Yang paling tak best siap mintak tips. Itu sebenarnya aku big NO. Tak sedap nak tips bagai.


Foot massage tu 200thb je. Kalau dari Lee garden korang cross je street. Situ banyak. At first place aku expect murah sini tapi bila tengok rate 😅😅 dan ingatkan special lagi la. Rupanya 😂😂😂

Next time kalau korang datang, pergi je cari sendiri ataupun tengok rate macam ni terus je keluar. 

Kedai yang korang pantang nampak dekat sini adalah 7E. Asal nampak je mesti nak masuk. 



Burger ni viral, tapi korang perlu hati-hati. Jangan salah pilih yang pork sebab dieorang letak sekali. 


Kalau korang tau, depan Lee garden plaza ada pasar malam yang buat korang rambang mata walaupun tak beli. Antaranya :




Ha, udang ni. Boleh menggangu tau. Aku tak beli pun sebab tak teringin pun nak makan. Andai kata satu hari nanti teringin baru beli. Harga mengikut saiz. Boleh tahan la. 

Hotel kiteorang selama 2 malam ♥️





Menggoda gila. 


Banyak gambar yang aku tak ambik. Kalau ambik nanti mimpi susah nak kene pergi sana. 

Ok dah habis. Nak. Wrap up dekat next entry. 

See you there 😊😊






No comments:

Post a Comment