JustForex

Saturday, 30 March 2019

PULUT KUNING RICE COOKER DAN RENDANG DAGING SIMPLE

Sambil-sambil duk buat entry trip hatyai, alhamdulillah dah siap, sempat la aku memasak dan menggodek cari resepi nak masak rendang daging simple. Ingat rendang daging tu aku nak makan dengan nasi himpit je, tapi tergodek pula pulut kuning. Maka jadi la pulut kuning versi masak dengan rice cooker. Meh aku share sikit


Inilah rupa lunch aku bersama suami tengah hari tadi.

Aku share je resepi yang masih ligat dalam kepala aku ni ha. Bagi yang nak cuba-cuba masak rendang boleh je pakai resepi aku ni. Olehan daripada google ❤️

Stail aku masak memang tak reti nak sukat, tapi main agak-agak je tau.

Daging - potong dan sejat
Bawang merah - 1 biji yang besar. Orang panggil bawang besar. Tapi aku still panggil bawang merah. Tapi jenis besar 😂
Bawang putih - 3-4 ulas je
Serai - 5-6 batang
Halia - suka hati
Lengkuas - suka hati

Semua yang ni korang blend sekali kecuali daging. Kalau blend sekali jadi daging burger pulak.

Panaskan minyak, tumis bahan kisar + cili giling (jangan cili boh nanti tak sedap) + serbuk kunyit. Kalau korang ada yang raw  kunyit + cili kering korang boleh blend sekali je. Aku guna yang express sebab tak ada 😁

Biasa aku tumis sampai pecah minyak baru masukkan daging. Gaul sekali. Dah nampak macam daging kecut, aku masukkan santan dan garam Aku suka tambah air pastu aku biar je sampai kering. Bila dah nak masak, aku masukkan  daun limau purut nak bagi wangi, asam keping dan juga kerisik. Gaul rata dan biarkan . Kalau korang nak kering, bagi kering baru tutup api  Aku suka jenis ada kuah. Bila aku rasa dah masak baru tutup.

Aku masak memang tak suka letak gula, ajinamoto. Kalau buat masak merah aku suka letak kicap sikit. Tapi rendang aku xletak langsung. Makan je macam tu 😅


Nak masak pulut kuning dengan menggunakan rice cooker senang je. Basuh beras tambah garam dan serbuk kunyit nak bagi kuning dan masak. Make sure air tu sikit je. Biasa kalau masak nasi aku guna ukuran 1 ruas jari, bila masak pulut guna separuh ruas sahaja. Masak macam biasa. Bila dah masak korang gaul bersama dengan santan (sukatan suka hati )  pastu on balik rice cooker. Gaul dekat dalam periuk yang sama je. Tak perlu nak ubah-ubah.  Masak macam biasa je. Dah siap.. 


Rasa memang lain la sebab rendang simple je kan. Kalau x cukup bahan pun main redah je. 

Pulut sedikit lembik tapi ok la. Sedap

Kalau teringin sangat nak makan, ni je la caranya. 

Selamat mencuba gaisss ♥️♥️


JALAN-JALAN CARI MAKAN HATYAI FINAL

Alhamdulillah selesai juga menulis entry ke hatyai ni.

Full day trip sangat memenatkan dan aku enjoy giler. Kalau ramai-ramai best la. Kalau berdua cam tu, trip biasa-biasa or makan-makan je la.

Untuk breakfast hari terakhir ni, kami pergi makan di restoran kelantan. Walking distance je. Sebab orang review best dan murah dan bagi aku, biasa je. ( belah pagi mungkin). Lain orang lain citarasanya dan kita tak boleh pukul rata.  Kemungkinan ke dua adalah mungkin dah lewat sangat ( 9.00am) makanan best dah banyak habis.


Nasi kerabu putih. Nanti kalau ada peluang nak cuba pergi makan tengah hari manaa tau kene dengan selera. 

Ok sepanjang 3 hari aku dekat sana, ni la driver tuktuk yang aku guna tu



Apon ( ye la kot ejaan) 
0850813513

Korang boleh contact dia. Mahal sikit tapi service tip top.  Total untuk whole day trip dengan half day thb 1600. Termasuk la free dan extra time. Tuktuk merah ( orang cakap mahal. Tapi tak sure sebab apon la orang yang pertama approach aku masa day 1) 


Balik tu kiteorang naik tuktuk ke padang besar. Di sini berlaku salah faham yang mana tuktuk hanya boleh hantar sampai border je dan.bukan sampai train station. 

Kalau korang nak selesa better naik van putih berbanding tuktuk rasanya harga sama. 1000THB kalau tak silap. Dari border ( thailand & malaysia) nak ke KTM naik kereta Rm 10 per head. 

Korang boleh call abang Mail. Nanti dia akan datang jemput. KTM ke hatyai Rm 20 rasanya. Aku pun dah lupa

Abang Mail
Thai : 084-9643594
Whatsapp : +6684-9643594

Kalau bagi aku yang nak cepat je, memang option mahal. Sikit je la yang akan aku pilih melainkan naik tuktuk ke border. Tu tak selesa. Open air 😂😂

Dekat sini aku nak cerita macam mana aku kenal abang mail? 

Masa dekat border thailand, nak cop passport keluar aku orang pertama dalam group tu pergi mengadap imi thai.  Aku pelik bila dia tanya : by when? Or by when? Masa aku tak faham tu, dia tanya sapa driver. Aku cakap la " no driver. Come with tuktuk" so dia repeat soalan yang sama. Last sekali ayat dia macam minta cari driver. 

So someone panggil driver, tapi driver tak nak datang dan minta orang lain handle, orang tu pula panggil abang mail tu. Aku pun tak pasti apa yang dia cakap dalam Thai, pastu abang mail suruh keluar. Consider settle bila dia cop passport member aku yang terakhir tu. Bukan main dia hold member aku tu. 

Long story to short, rupanya dia nak duit. Biasa driver yang akan bayar dan driver van akan siap collect dari penumpang. (based on abang mail). Patut la bila aku tengok yang datang dengan kereta dia akan cari driver.  Padahal terang-terang dah tulis " NO TIPS". 

Masa aku naik train tak ada la exprience kes macam ni. Kalau aku tau, awal-awal lagi dah letak Rm 2 dalam passport. Aku tanya member aku yang pernah pergi dengan trip 1 bas pun tak ada imi minta tips dan mungkin dieorang dah deal awal-awal. 

Pengajaran yang boleh di ambil adalah, jangan lupa letak duit dalam passport. Ambik ke tidak itu lain cerita. 

So korang yang nak pergi hatyai thru land, memang kene bersiap sedia sebarang kemungkinan. Duit jangan lupa selit. Trauma aku di buatnya 😂😂😂

Apa-apa pun hatyai best. Nanti nak pergi lagi cari makan 😍


JALAN - JALAN CARI MAKAN HATYAI PART 8

Selesai sudah shopping , kembali ke tuk-tuk nak ke hentian seterusnya iaitu Asean night market tapi bila tengok jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Trip kami akan berakhir jam 6.00 petang yang mana jam 6 tu kami sudah kembali ke hotel.

Maka, gamble la kan tanya driver tuk tuk sama ada boleh ke bagi free extra time .kami nak ke Asean night market dan alhamdulillah boleh. Aku kesian sebenarnya tapi bila driver sendiri cakap ok, maka on je la. Alhamdulillah.




Tak banyak yang aku snap melainkan gambar makanan.

Overall, daripada korang pergi floating market baik korang datang sini tau. Lagi murah dan lagi banyak pilihan. Ada tempat makan dan juga shopping. Banyak choice lagi.

Sebelum aku lupa, masa aku datang sini lagu kebangsaan Thailand berkumandang dan semua orang stop dan berdiri. Aku assume rakyat thailand la sampai aku pun stop sekali. Naik segan. Diam dan menghormati lagu. Hopefully malaysia pun boleh buat macam tu 😍😍

Dah settle semua, kami kembali ke hotel dan malam tu nak merasa la massage ni. Kami balik mandi dan driver tuktuk tolong hantar dekat tempat massage yang dia recomend. Bagi aku situ totally suck dan mahal. Urut tak rasa best pun. Lagi best tempat massage yang aku pergi sebelum ini. Walaupun sakit namun terbaik.

Yang paling tak best siap mintak tips. Itu sebenarnya aku big NO. Tak sedap nak tips bagai.


Foot massage tu 200thb je. Kalau dari Lee garden korang cross je street. Situ banyak. At first place aku expect murah sini tapi bila tengok rate 😅😅 dan ingatkan special lagi la. Rupanya 😂😂😂

Next time kalau korang datang, pergi je cari sendiri ataupun tengok rate macam ni terus je keluar. 

Kedai yang korang pantang nampak dekat sini adalah 7E. Asal nampak je mesti nak masuk. 



Burger ni viral, tapi korang perlu hati-hati. Jangan salah pilih yang pork sebab dieorang letak sekali. 


Kalau korang tau, depan Lee garden plaza ada pasar malam yang buat korang rambang mata walaupun tak beli. Antaranya :




Ha, udang ni. Boleh menggangu tau. Aku tak beli pun sebab tak teringin pun nak makan. Andai kata satu hari nanti teringin baru beli. Harga mengikut saiz. Boleh tahan la. 

Hotel kiteorang selama 2 malam ♥️





Menggoda gila. 


Banyak gambar yang aku tak ambik. Kalau ambik nanti mimpi susah nak kene pergi sana. 

Ok dah habis. Nak. Wrap up dekat next entry. 

See you there 😊😊






JALAN - JALAN CARI MAKAN HATYAI PART 7

Selepas lunch, driver tuktuk bawa kiteorang pergi aquarium dan di sebabkan tak ada apa-apa yang kiteorang nak dekat situ, kami terus bergerak ke next location which is Dragon statue.

Aku belanja korang gambar ye 😋😋














Selepas habis segala gaya demi mengambil sesebuah gambar, kami bergerak ke next destination iaitu sleeping buddha.

Driver tuktuk bawa kami naik feri untuk menyeberang sungai. Macam feri penang tu.tapi 1 tingkat je. Aku tak expect pun belah songkhla ada feri. Gambar pula tak ada nak tunjuk dekat korang. Nanti kalau ke Songkhla boleh request dengan tuktuk nak experience naik feri. Mana la tau kot-kot dapat.










Dekat sini pun ada floating market mostly tak halal. Nak beli pun was was. Aku tak ambik gambar banyak sangat pun sebab ni tempat agama buddha kan. Kang salah pose nanti di kecam menghina. So gambar-gambar yang tak sepatutnya berada di media sosial memang tak boleh upload ye. Demi menjaga keharmonian.😘😘

Actually korang boleh minta driver tuktuk bawa pergi masjid tapi di sebabkan aku tak tau maka kiteorang tak singgah.

Settle dekat sleeping buddha, kiteorang request untuk ke khlong hea floating market lagi sekali walaupun semalam dah pergi kerana baju yang kiteorang plan nak pakai last day tu tak cukup satu padahal kira dah betul.

Dekat sini timing memainkan peranan penting sebab next station adalah Asean Night Market. 

Plan asal dalam 10-15 minit je sebab nak pergi claim balik baju je, alik-alik sejam juga woiiii. Hahahhaa.




Guna landmark ni andai kata masih belum berubah. 

Rata-rata kedai lain tak nak bagi murah melainkan kedai ni 





Antara yang wajib korang beli kalau datang hatyai


Di sebabkan entry ni panjang dah, aku continue part 8 dekat next entry. 













Friday, 29 March 2019

JALAN-JALAN CARI MAKAN HATYAI PART 6

Adoi banyak betul dugaan nak menulis ni

Baru nak sambung part 6.

Ok lah tanpa membuang masa, aku sambung entry part 6 ni.

Selepas kiteorg ambik gambar semua, terus cepat-cepat naik tuktuk dan pergi ke Chang Puak Camp. Senang cite tempat gajah. Tak jauh pun dari 3D tu. Dekat sini lama melepak sebab ada aktiviti. Gajah je tak naik sebab kesian dekat gajah.

Aku just upload picture sahaja ❤




Antara aktiviti yang ditawarkan :



1. Menembak


2. Memanah





3. Bergambar dengan gajah.





Dan macam-macam lagi aktiviti. Gajah dekat sini memang di latih, tapi korang boleh nampak macam mana dieorang control gajah tu bagi behave. Kesian 😰😰


Persinggahan seterusnya adalah Mermaid beach. Tempat yang kene bom tu end of December. Alhamdulillah keadaan terkawal dan orang ramai je dekat sana.

Meh aku belanja gambar 😁














Kalau sampai thailand ni, bab makan tak perlu risau kerana kedai makan banyak. Either halal or tak itu sahaja.

Member- member aku, asyik tapau ais krim kelapa je.

Oh, sini ada aktiviti menunggang kuda, tapi aku dah lupa bayar berapa. Kalau nak merasa boleh je 😊

Dah habis half day, 3 tempat je. Maka driver tuk tuk bawa kami makan. Dekat je dengan mermaid beach tapi tak sure kalau jalan kaki tu jauh ke tak 😂😂

Kali ni aku pergi, sumpah tomyam sedap giler dan puas hati.



Semua dah kelaparan sebab pagi tu makan dimsum je 😂😂



Sementara menanti driver tuktuk, maka kami bergambar la dulu 😁



Entry half day aku berakhir di sini dulu. Nanti esok aku sambung another half day punyer journey ok.

Stay tune 😍😍