JustForex

Friday, 31 May 2019

PEKEBUN BANDAR. PERKONGSIAN DARIPADA PUAN SITI FATIMAH

Best kan kalau ada kebun mini macam ni lebih-lebih lagi dekat bandar besar.

Berikut adalah kebun mini Puan Siti Fatimah yang mana telah dikongsikan semula oleh Ilham Media di fb page mereka.






















p/s : teringat zaman dulu-dulu. Bercucuk tanam dekat belakang rumah je. Alangkah bestnya kalau dapat duduk rumah bawah lagi, dengan laman yang besar, boleh la bercucuk tanam.

Friday, 24 May 2019

TERBARU : 12 PRODUK KOSMETIK YANG DI KESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual:



3rd Series Yanko Whitening Cream Night Cream


5th Series Yanko Whitening Cream Night Cream


7th Series Yanko Whitening Cream Night


 Clair De Lune - P.Tuberose Day Cream


Clair De Lune - S.Involucrata Night Cream


Dnars Nien Cream


Glow Glowing N Glow


Glow Glowing T Treatment


VSL Beauty Care Toner A


VSL Beauty Care Toner B


Dolly Glow Miracle Treatment Cream


Dolly Glow Luminous Night


Produk produk kali ini bukan sahaja mengandungi Merkuri, tretinoin dan hydroquinone malah turut dicampur dengan ANTIBIOTIK.
Bayangkan ada produk krim malam yang dicampur dengan 5 jenis antibiotik yang berbeza dalam satu rumusan.
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.
Nasihat kami, kalau dah tahu brand tersebut sudah beberapa kali pernah dikesan oleh KKM mengandungi racun berjadual, jangan beli, jual dan guna produk keluaran brand tersebut. Jadilah pengguna bijak!


Sumber : Public Health Malaysia

Seller aku nak pesan sikit, mungkin founder, stokis, agen akan cakap barang yang ada racun berjadual ni fake tapi aku tak tahu kesahihan sama ada wujud tak kilang yang buat fake ni. Cukup lah dengan pengalaman terdahulu aku , maka aku sudah dapat nilaikan. Buat korang yang masih jual produk ni ataupun mana-mana produk yang tak ada kkm, maka korang perlu berhati-hati. 1 kaki korang dah dalam mahkamah wei dan sudah siap sedia nak bayar saman. Kalau boleh elak, korang elakkan la menjual produk yang sah merbahaya demi masa depan dan poket bank korang juga ok

Thursday, 16 May 2019

RESEPI SAMBAL SOTONG KEMBANG SIMPLE

Sempena bulan ramadhan ni, aku nak share la beberapa resepi yang telah aku masak.

Pertama kalinya aku nak share resepi sotong kembang masak sambal simple.

Sotong kembang ni korang boleh beli dekat pasar raya. Kalau yang tak kenal, sotong ni juga orang letak dalam yong tau fu. Aku xpernah lagi masak sotong kembang ni. So ini la kali pertama ye.

Resepi ada di bawah ni. 🌷

Sotong
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili giling
Sos tiram
Garam
Kicap
Daun limau purut.

Bawang merah, bawang putih dan halia korang blend ataupun tumbuk bagi halus.

Tumiskan dengan minyak sampai naik bau lepas tu masukkan cili giling. Masak sampai pecah minyak. Masukkan sos tiram. Gaul seketika dan masukkan air, garam & sedikit kicap untuk menggantikan gula. Bila menggelegak, masukkan sotong dan daun limau purut. Biar seketika dan matikan api.

Tadaaa. Dah siap.

Aku masak memang tak ada sukatan. Memang main campak je.Bawang, halia semua sesedap rasa je. Masakan aku mostly memang tak letak gula. Kalau masak sambal aku akan letak kicap je nak gantikan dengan gula.

Ni la rupa sotong sambal aku. Sebenarnya sotong ni korang masak kejap je dalam 3-5 minit je. Macam aku masak lama sikit jadi sotong jadi kecik dan sedikit liat. 


Ni la rupa sotong kembang.

SELAMAT HARI GURU / HAPPY TEACHERS DAY


Happy teachers day to all teachers in whole world ❤


Thursday, 9 May 2019

SHOPPING PERCUMA DI LAZADA DENGAN HANYA CREATE GROUP ?

Hai guys,

Hari ni aku nak cerita sikit berkenaan dengan group play di Lazada yang mana korang boleh dapat coupun membeli belah secara percuma dengan bermain " group play" di apps lazada.

Ok macam mana cara nya?

1. Kene ada apps lazada. Kalau tak ada korang boleh register. Yang 1st time nak join korang pergi join group orang lain dulu, nt akan dapat voucher Rm 7 tau 😁😁 kalau join awal-awal rugi la voucher tu.

2. Log in apps dan create group. Ada 2 option sama ada korang nak join group orang lain ataupun korang nak buat group sendiri. Kalau join group orang lain akan dapat Rm 0.50 once group tu complete ataupun korang akan dapat banyak sikit , yang ni tak ada amount yang khusus kalau korang create group sendiri. Korang di beri masa 48 jam untuk form group


Macam ni la caranya. Korang just cari another 3 dan boleh cash out dah 😊


Yang ini aku join group orang lain, jadi akan dapat Rm 0.50 je la.


Korang tengok amoun yang aku sendiri jadi leader. Banyak juga wei. Kumpul-kumpul buat beli topup ataupun shopping dekat Lazada tu je


Yang di bawah ni, amount yang aku dah redeem.buat beli topup 😁







So, buat korang yang nak berjimat cermat dan juga rajin la, boleh la cuba method ni. Benda free kan buat apa nak bayar 😂

See you dekat next entry 







Sunday, 5 May 2019

SkINCARE YANG SELAMAT UNTUK IBU HAMIL

Ok gais, aku scroll facebook pagi ini dan terbaca lah pasal ni. Rata-rata ibu yang bila di sahkan hamil, mereka akan mula menjuahkan diri daripada sebarang skincare. Tak tau la korang, tapi mostly aku yang aku jumpa memang macam ni. So aku share post daripada #skinholic by Syiro semoga dapat membantu korang sedikit sebanyak. Banyak tips berkaitan skin dekat page dia. Korang boleh la baca-baca dekat sana.






Oh by the way, ramai yang anggap paraben tu paling teruk. Tapi sebenarnya paraben ada yang safe. So jangan cepat terpengaruh dengan mereka yang nak jual produk mereka dengan mengatakan paraben tu tak selamat😜😜

Credit to : skinholic by shiro

Saturday, 4 May 2019

TRIP 6D5N KOH LIPE - LANGKAWI ( FINAL )

Makanya, berakhirlah entry untuk trip ni. Aku akan buat rumusan pada akhir entry.

Flight kami boarding 7.20am dekat Langkawi dan seawal jam 5.30am kami dah perlu berada di airport. Mulanya cuak juga sebab risau takut tak ada grab, dan bila tanya beberapa driver grab, soalan mereka adalah sama iaitu tak perlu risau sebab grab ada bila-bila masa. Dan alhamdulillah memang ada. So korang tak perlu risau pun. Memang ada yang standby.

Sampai dekat airport gate tak buka lagi. Aku ingatkan gate akan buka sejam awal malangnya tak. Gate buka jam 7.00am luckily, kiteorang masih que di depan. Orang agak ramai la. Aku pun tak pasti macam mana dieorang managed last minute macam ni. Mau kecut perut kalau aku que belah-belah belakang tu.

Selamat sampai di Klia 2 jam 9.00++ am, breakfast dulu dekat foodcourt sebelum berangkat balik.

Kali ni aku cuba klia transit dan bukan bas. Tapi rupanya kos lagi mahal berbanding aku ambik bas dan next ambik grab balik rumah.

Total perbelanjaan selama 7d6n sebab 1 malam dekat klia2 adalah sebanyak Rm 1274.05 yang ni belum termasuk dengan masuk 7E dan beli manisan dekat walking street untuk aku la. Kalau linda tu kos dia lain la sikit sebab dia dari kota bharu. Anggaran dalam Rm 1500 all in aku rasa ok la kot. Kalau tengok balik perbelanjaan dekat koh lipe tak sampai 400 pun.

Flight ticket return : Rm 133.80
Gipsy 2 bungalow : Rm 259.80
The village, langkawi : Rm 36
Tiket feri : Rm 233
Grab batu caves - kl sentral : Rm 15
Kl sentral - klia2 ( bus) : Rm 12
Late dinner klia 2 : Rm 20

Grab airport to pantai chenang : Rm 5
Langkawi half day trip : Rm 30
Breakfast : Rm 4.80
Cat studio : Rm 5
Mineral water and bread :  Rm 5.25

Koh lipe marine fee : Thb 200

Tuktuk arrival to chalet : Thb 50
Simkad 5 day unlimited: thb 175
Dinner at sri lipe restaurant : thb 430

Breakfast at roti mina : Thb 90
Hot coffee : 30
Roti with banana nutella : 60


Lunch at sara sea seafood : Thb 160
Pineapple fried rice :80
Pineapple juice :80

Snokling : thb 550
Tips :thb 50

Bung roon seafood : thb 530

Tasneem - thb 130

Sara sea dinner : Thb 180
Green curry chicken :100
Plain rice : 30
Stir fry morning glory :50

Massage :thb 350
Tips: thb 100

Grab : telaga terminal - the village Rm 8.5
Lunch :13.25
Cable car : Rm 35
Sewa motor: Rm 10
Minyak : Rm 2

Dinner : hafizi restaurant

Nasi goreng padprik seafood :rm 12
Telur dadar : rm 4

Grab : the village - airport rm 4.5
Klia 2 - putrajaya central : 9.40
Putrajaya -kl sentral : rm 14
Kl sentral -gombak :rm 3.40
Gombak - batu caves :rm 9

Rm : rm 884.70
Thb : 2995 @ Rm 389.35

Trip ni memang kiteorang bermewah-mewahan sikit 😂. Kalau secara bajet aku rasa less than Rm 1000 je. Mungkin next time boleh buat trip bajet. Itu pun kalau ada yang nak join la.

So kalau korang ada apa-apa nak tny boleh tinggalkan jejak je. Insha allah nanti aku reply

TRIP 6D5N KOH LIPE-LANGKAWI PART 5 ( DAY 5 )

Selepas 4 hari di koh lipe, tibanya masa untuk mengundurkan diri. Kami check out jam 8.30 am dan terus ke tempat check in ( same place masa arrival ) tapi kali ini jalan kaki melalui walking street je. Masa datang naik tuktuk 50thb. Jam 9.00am waktu Thailand kaunter buka dan masa ni korang kene check in. Orang yang jaga tu akan collect passport korang dan bagi nombor. Nanti jam 10.00am waktu thailand, kaunter imigresen akan buka untuk clearance , passport immigresen akan kutip dan nanti atas bot dieorang akan bagi compare dengan masa datang (malaysia), staff dekat jetty akan collect passport korang dan masa arrival ( koh lipe) staff akan panggil nama korang ( wajib tunjuk tiket balik ) ,bagi passport dan buat clearance di imigresen thailand.



Once clearance, bila bot dah sampai staff akan minta korang tunggu dekat 1 tempat dan nombor korang akan di panggil, ambik beg / luggage bawa naik long tail (transit ) ke feri. Perjalanan 1 jam 45 minit. So tidur je la kan. Sampai di Langkawi, clearance dekat sini lama sikit. Perlu beratur macam biasa.kiteorang naik awal, maka jadi orang terakhir keluar.

Sampai di Langkawi jam 2.00 ptg, ambik grab terus ke chalet (the village langkawi ) dekat dengan laman padi. Chalet bajet je tapi ok la basic dan selesa. Self service breakfast lagi tau.


Sebagai contoh je ni. Tempat hang baju xde melainkan ampaian dekat luar. 1 katil king dan 1 katil single dalam bilik. Tak kisah la kan sebabnya kiteorang just nak tidur je dan bukan stay dalam bilik pun.

Lepas check in, rehat jap lepas tu keluar pergi sewa motor. Jalan-jalan dekat street tu je. Sewa motor half day Rm 20. Motor tip top dan 2 helmet. Lepas ambik motor kami terus pergi cari laksa dekat tepi airport tu. So dapat la makan laksa, bihun sup, abc, cendol dan pasembor dengan harga less then rm 30. ( gambar tak ada, aku erase data dalam phone)

Perut dah kenyang maka beraktiviti la kami pada hari itu.

Naik cable car ingatkan nak tgok view tapi boleh nampak kabus je 😂



Aku takut sebenarnya, macam - macam terlintas dalam fikiran ni ha




Ni masa kiteorang turun still berkabus 

Lepas turun kiteorang habiskan masa dekat 3d art museum je. Tu pun ambik gambar cepat-cepat sebab dah nak tutup.


























Berbaloi untuk korang masuk dekat sini. Aku tak boleh imagine macam man la kalau cuti sekolah korang nak ambik gambar cantik-cantik. Mesti beratur panjangkan

Perjalanan seterusnya adalah ke kuah. Beli coklat. Apa yang xleh blah adalah, perjalanan kali ni lama giler. Rasanya dulu macam dekat je tapi kali ni jauh bukan main lagi nak ke pekan kuah. Last sekali buka waze dan akhirnya sampai.

Selepas beli coklat. ( sikit je tak banyak sebab handcarry je takut lebih berat ) kami berangkat balik, hantar motor cari t-shirt untuk anak buah dan kami dinner di restaurant rafizi ramli. Order nasi goreng seafood dengan telur dadar. Fuhh telur dadar yang besar dekat malaysia Rm 4 je berbanding dekat koh lipe 100thb tapi kecik 😂. Risiko tinggi nak bawa masuk kot sebab tu mahal. Overal aku rasa harga dekat pantai Chenang sedikit pricey sebabnya aku beli maggo blend lebih Rm 10 padahal tak kaw pun letak ice cube lagi bukan 100 blend. Not worth for money. Sadiss baik beli air mineral je.

Aku plan next year pergi celebrate anniversary dekat Langkawi tapi bila tengok environment yang baru ni, baik aku pergi tempat lain. Tak macam yang kiteorang pergi tahun 2015. Semak je nampak location. Serabut je nampak tambah-tambah lagi  kedai ikan bakar pun dah tak nampak kedai arab banyak. Macam aim foreign berbanding local.