JustForex

Friday, 21 June 2019

REVIEW SERVICE FOOD PANDA

Hai, assalamualaikum dan selamat sejahtera buat readers sekalian.

Since duduk di area batu caves ni, service penghantaran selain daripada mcd dan dominos amatlah senang untuk dapat, tak macam dulu dah yang mana hanya mengharapkan order online daripada facebook pastu perlu tunggu beberapa jam untuk seller buat delivery.

Tapi sekarang tak lagi. Kalau dah bosan makan mcd dan dominos, aku ada lah pilihan lain kan lebih-lebih lagi kalau aku tak masak bekal untuk mr husband jadi waktu tengah hari aku terpaksa cari alternative lain untuk isi perut ni. Kalau tak ada pilihan sangat baru aku masak 😋😋😋.

Panjang pula celoteh aku kali ni, padahal nak update pasal service je.

Food panda ni aku pernah pakai dulu masa aku kerja dekat mont kiara tahun 2015 time tu service tak meluas macam sekarang la dan dieorang still servive dan bila mereka cover area batu caves aku pun turut gembira sebabnya banyak juga restaurant yang dieorang cover tapi grab food tak cover.

Untuk kali ni aku order nasi ayam penyet dari dapur penyet. Location dekat je giant batu caves. Buat apa nak bazir masa aku siap-siap dan start enjin kereta semata-mata nak keluar makan je sekiranya boleh gunakan service hantar makanan kan?



Korang just pilih je menu yang korang nak order tu


Yang final price akan jadi macam ni. Kalau ada promotion code boleh add, jadi murah la sikit kan

Masukkan nama, no phone dan alamat penghantaran. Nak senang korang just sign up je. Cepat

Paling best korang boleh pilih sama ada nak bayar cash, credit or debit ataupun online banking. Sesuai sangat la bagi yang tak ada cash kan tapi nak makan


Lepaa settle korang just place order sahaja.


Dah siap confirm order, nanti korang akan dapat confirmation macam ni.


Dalam masa 22 minit korang akan terima makanan yang korang order. Ni estimated time mengikut jarak restaurant dengan lokasi korang. Semakin jauh, lambat sikit la dapat.


Boleh track status tau. Tu yang best. Senang nak standby tak ada la deliveryman sampai korang tengah tidur.


Yang best kali ni, tinggal 8 minit lagi, order dah sampai. Sangat pantas buat kerja ni
 😍😍😍

Lets me show you rupa makanan aku dapat.






Ni la yang aku order. Highly recomended untuk korang order thru delivery ataupun dine in. Sedap. ☺☺

Bila makan laju-laju aku tak dapat menikmati rasa makanan tu. So nanti kene order lagi sekali.

Rating aku 5 star 



No comments:

Post a Comment