JustForex

Friday, 21 June 2019

ENTY LAPUK : TRIP TO CAMERON HIGHLAND

Hai gaiss

Ni aku baru nak share trip aku last year ke Cameron Highland bersama sahabat aku. Walaupun trip ni dah lama namum aku tetap gigih nak share juga


DAY 1


pagi- pagi gerak dari rumah aku, Batu Caves ke Cameron Highland melalui Tapah sebabnya kami nak singgah dekat Bharat tea










ada entry fee tapi aku dah lupa berapa. Lepas tu dekat sini ada service untuk naik pickup. Kami jimat kos dan pilih jalan kaki je sambil menikmati pemandangan ladang teh.

Dekat sini pun ada cafe, korang boleh la nak minum teh or makan terlebih dahulu. Price pun standard je. Masa kami datang ni ramai tourist dari middle east.


Persinggahan kedua adalah Taman Agroteknologi Mardi.

Cantik la untuk ambik gambar bahagian depan je. 

Dalam-dalam tak menarik tak ada apa pun.









Kami sempat la beli aiskrim strawberry untuk hilangkan dahaga.


Next station menikmati scone dekat KHM Taman sedia. Rupanya kedai scone ni dekat homestay yang pernah aku menginap dulu. Sebelah je. Dulu sekadar tempat tanam strawberry je. Sekarang dieorang dah buat cafe. 



1 set untuk 2 orang ye. Jangan tamak macam aku dengan Linda. last2 kiteorang tapau bawak balik 1 set sebab nya order 2 set dan agak muak 


Kami menginap di sini. Murah dan ada free breakfast 




Bilik kecik je. Nak solat memang susah sikit tapi jangan risau sebanya mereka ada provide surau. Walaupun bilik kecik, namun cleaning service setiap hari tau. So korang tak perlu risau la bilik berselerak.




Untuk dinner, kiteorang makan steambot "n" grill dekat Restoran Taman abang. Sesuai sangat dengan cuaca yang sejuk pastu makan yang panas-panas. Fuhhh

DAY 2


Hari ke dua aku bermula dengan breakfast dekat hotel. Simple breakfast je. Ok la kan. Bilik pun murah, jimat kos kan. Breakfast ni wajib untuk kau makan banyak-banyak sampai boleh tahan sehingga tengah hari.  Lepas breakfast kami bergerak ke BOH tea centre, Sungai Palas sebabnya nak makan kek dan coffee. Wajib untuk korang pergi seawal mungkin ye untuk elak jem, Jalan nak ke sana pun agak kecik dan tak smooth.






Masa kami sampai ni, orang pun dah ramai, port yang best pun dah kene ambik. Tak apa la kan, still dapat gambar sudah. 

Lepas settle makan kek dan minum teh, kami gerak ke mossy forest. Actually tak plan pun, tapi kami tetap redah dengan kereta.

Psst: Trip ni agak bahaya sikit kalau driver tak mahir sebab jalan dia pun tak cantik. nak naik pakai kereta sendiri mohon korang berhati-hati. alhamdulillah kami berjaya sampai ke sana dengan selamat.











Naik guna Axia je 😋😋


jangan lupa ambik gambar dekat sini ye. view cantik gile in real. 

Bila ada muka aku, buruk je gambar ni. so aku tak letak la gambar aku dengan view yang superb ni. 😔😔😔

Nak naik sini, better naik dengan ranjer. Lagi selamat. 


Next stop adalah Lavender garden. Tempat ni pun dah banyak improvement dah. So berbaloi bayar sebabnya location pun cantik je.



wajib cuba soft ice cream ni 










dekat garden ni aku cuba ice cream dengan cheese kek. ok la not bad




antara service yang ada dekat sana adalah ambik gambar buat kenangan 


Lepas puas ambik gambar maka kami singgah la dekat next stop iaitu pasar brinchang untuk beli ice cream


Boleh cuba kalau korang nak 


Lepas jalan-jalan, pergi lunch + dinner dekat Tanah rata dan balik berehat dekat bilik je.

DAY 3



Ni la heavy breafast aku untuk hari itu. Makan sampai kenyang sebelum check out


Bangunan putih tu golf club. 



So bergambar dulu sebelum balik. Untuk korang yang stay area tanah rata dan nak cari cenderahati yang murah boleh datang sini. Dekat kawasan sini ada sorang auntie yang jual cenderahati dengan harga yang lebih murah berbanding dengan korang beli dekat Brinchang. 

Balik kami ikut Simpang Pulai sebab nak ke Ipoh. Jadi korang boleh la singgah sini. 
Cuba kek ataupun beli coklat


Sangat menarik dan harga pun menarik u'alls








Lepas makan korang boleh la bergambar ye. Lokasi nak bergambar pun cantik.








Maka berakhirlah trip aku 3 hari 2 malam di Cameron Highland. Setelah beberapa kali datang Cameron, ini lah kali pertama aku cover beberapa lokasi di Cameron.

Psst : Buat mereka yang food lover ataupun food hunting, better korang check dulu sama ada restaurant tu ada halal cert ke tak ye. Maaf ye, time aku pergi ni main bedal je 😐😐😐 

Next time aku akan lebih berhati-hati dalam membuat pilihan dan bukan follow trend je tapi kalau korang nak makan, makan je la sebab ini adalah hak individu












No comments:

Post a Comment