JustForex

Wednesday, 19 June 2019

REVIEW BURGER MCD :SPICY KOREAN BURGER

Hi korang semua, kali ni aku nak review spicy korean burger oleh mcd ni. Aku tak pasti sama ada tahun yang sebelumnya aku pernah try ke tak. Tapi laki aku dia cakap dia pernah try la yang sebelum ni dan honestly review dia cakap yang lepas lagi sedap.

So bagi aku yang first time try ni, jawapan aku tak pedas pun " not spicy " at all ok!  Mungkin nak semua rasa kot sebab tu dieorang kurangkan spicy tu. Maybe next time mcd boleh usahakan untuk bagi variation kepedasan mengikut apa yang customer suka.

Harga seperti bawah, kalau meal tu ada kentang dan juga air 😊

Spicy burger only :  Rm 14.62
Medium value meal : Rm 17.88
Large value meal : Rm 19.39


Apa yang aku tak boleh blah dengan iklan dekat malaysia adalah gambar display dengan real picture macam 50% or less je yang sama.  Memang sendu la jawabnya




Ni lah rupa burger yang aku dapat.

Daging besar tapi sayang sayur punya la kedekut gile nak letak. Ni boleh kira berapa urat je. 

Harap mcd dapat improve la sikit kualiti makanan sebabnya bukan murah. Siap bayar delivery charges lagi tau 😂

Overall aku suka juga la burger ni, walaupun tak kenyangkan perut aku kalau nak dibandingkan dengan range burger mcd yang lain. Spicy bagi aku tak langsung.

Oh lupa nak bagitau yang spicy burger ni ada yang ayam dan juga daging.


No comments:

Post a Comment