JustForex

Thursday, 27 June 2019

RESEPI LAKSA MEE





1st time aku rasa Laksa mee ni adalah dekat dengan rumah kawan aku. Orang perak. Mula-mula ingat tak sedap almaklumlah kuah dia tu macam kuah singgang ikan. dah la aku ni kureng sikit dengan singgang ikan ni tapi fuhh...sedap weii tak sangka. Maka aku google la resepinya.

Resepi ada dekat bawah tau


sape suka mee pangkor..org lumut confirm taw menu ni
Bahan A
1. laksa mee
Bahan B ( sup ketam/sup udang lipan/sup ikan)
Terpulang pd citarasa masing2...
Untuk sup
1.ikan kembung
2.daun sup
3.bawang putih
4.bawang merah
Bahan C
sayur
1.kacang panjang
2.bawang putih
Bahan D
Udang
Untuk sambal
Cili giling
Bawang merah
Bawang putih
Belacan yg dibakar
Asam keping
Cara-cara Memasaknya:
Membuat kuah
Ikan kembung rebus bersama asam keping dan garam..angkat ikan perisi ambil isi ikan..(kdg2 terpulang ada yg letak seko ikan yg dipotong dua..)dah letak semula dalam rebusan td.
Bahan yg tumis darat td masukkan..dan masuk daun sup.letak garam dan gula sikit. Siap kuah ala2 sup Ikan kembung
Panaskan minyak (tumis darat)
Masukkan bawang Putih yg diketuk dan bawang merah dihiris halus tumis sehingga garing (masukkan dlm kuah sup)
Membuat sayur
Kacang pjg potong halus
Panaskan minyak(minyak sikit je)
Masukkan bawang putih yg diketuk (ada org buh lobak masin..)sy juz buh garam sedikit..
Goreng sekejap je.jgn sampai kacang pjg layu..
Membuat sambal
Panaskan minyak
Masukkan cili yg dah blend
Goreng sehingga garing ,masuk bawang putih yg dibelah dua..(sambal hampir masak lenyek bawang putih yg dibelah td utk aroma bertambah naik baunye) masuk sedikit belacan yg dibakar td.masuk asam keping..dan Cili dah hampir masak masuk isi udang...Masukkan garam ,gula dan secukup rasa.
Rebus mee seperti biasa dan hidangkan
credit : Lina Alias‎




Tuesday, 25 June 2019

RESIPI LAKSA KUAH LEMAK/SIAM





BAHAN-BAHAN ULAM:

-kacang panjang
-timun
-tauge
-pucuk janggus/putat
- bunga kantan
- cabai burung/cili padi (kalau kuah buat x pedas)
-lain-lain ulam yg disukai...


BAHAN-BAHAN KUAH:

- 4 labu bawang besar(*)
- 1 labu bawang putih (*)
- 1 inci halia (*)
- 1 inci lengkuas (*)
- 1inci kunyit hidup (*)
- 2 sudu besar rempah kari ikan
- 2 batang serai (yg lebih nnti ketuk masuk dlm kuah)
-cili padi/cabai burung (laksa siam ni kena pedas, xnak pedas letak sikit je)(*)
-cabai kering ( dalam 10 tangkai)(*)
- belacan ikut suka(*)
- ikan sardin/selayang rebus isi & tulang kisar mcm nk buat kuah laksa biasa tu..(*)
-santan 1/2 kilo ( ikut citarasa lemak masing2)
- asam keping
- laksa kering halus ( laksa siam ni kena yang halus ye baru ada aura siam dia tu) tp kalau takda laksa yang biasa pun boleh...(gambar ada disertakan)



CARA-CARA MASAK:
1. Semua bahan bertanda (*) dikisar.
2. Panaskan minyak dan tumis semua sekali bahan kisar tadi hingga naik minyak.
3. Masukkan air rebusan ikan tadi
4. Kemudian, masukkn isi ikan rebus yang dah siap dikisar.
5. Masukkan bunga kantan
6. Tunggu hingga kuah mendidih dan masukkan santan, asam keping & serai yg diketuk, kacau perlahan2 supaya santan tidak berketul.
7. Akhir sekali perasakan kuah anda ikut selera masing- masing. Kak watie tambah garam, sedikit aji no moto dan serbuk pati ayam/ikan bilis.
8. Siap untuk santapan...senang ja kan.

Selamat mencuba.

Credit : Asmawati mohd Shukor

Monday, 24 June 2019

KENAPA MARYKAY DEKAT LAZADA DAN SHOPEE MURAH ?

Hi korang,

terima kasih kerana melawat blog aku yang tak seberapa ni.

Ada yang tanya kenapa marykay dekat Lazada dan shopee ni murah berbanding beli dekat BC?
Fake ke?

Nope, Marykay produk yang jual dekat Lazada dan shopee ni original je, yang jual pun BC marykay juga, cuba jual secara Illegal la.

Kenapa dieorang jual murah?

1. Tak ada consultation : Biasanya mereka tak akan guide korang la. Nak beli just beli je, tak ada nak consult macam-macam ni. Kalau tak sesuai dengan skin, nasib la

2. Tak ada 90 days satisfaction guarantee : Satisfaction guarantee ni BC marykay wajib bagi dekat korang, andai kata mereka tak bagi sila report dekat HQ. Make sure ada resit ye. 90 days satisfaction guarantee merangkumi andai kata korang pakai pastu tak sesuai, boleh return bagi dan BC marykay wajib refund anda. Kalau beli dekat lazada/ shopee tak sesuai, tanggung la sendiri.

3. Tak ada service : Mostly yang jual dekat Lazada dan shopee ni dieorang just jual semata-mata, service memang tak ada, Follow up lagi lah. So kalau korang nak service better beli dengan BC je

Aku rasa dah cukup la 3 point yang aku bagi ni dekat korang. Semua atas korang sama ada nak beli online ataupun dengan bc je

Kalau korang nak beli dengan harga murah sikit, boleh la contact aku. Insha allah akan dapat tapi tak ada la semurah dekat shopee Lazada tu.

WUJUD KAH PRODUCT MARY KAY FAKE DALAM PASARAN MALAYSIA?

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua readers

Entry kali ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak ye. Sama ada yang masih hidup ataupun meninggal dunia.

Sebut je nama produk marykay, rata-rata orang sudah kenal dengan produk ini. Namun apa yang menjadi sedikit masalah adalah kekeliruan masyarakat berkenaan dengan ketulenan produk itu sendiri.


Dear Mary Kay Friends/Customers,
Please be informed that Mary Kay Malaysia DOES NOT authorize the sales of our products through online store and reseller websites such as Lazada, 11street, Shopee, etc. To ensure the quality and safety of the products and to fully enjoythe Mary Kay personalized services, please purchase Mary Kay product ONLY from Mary Kay Independent Beauty Consultants. We wish to remind you on below risks of purchasing from the unauthorized selling platform: -
1. The product may have already expired.
2. The product may be kept in very bad storage condition before
shipping to you.
3. The product may not be brand new product.
4. You may receive counterfeit product.
5. You may have skin reaction after using the product if you used it without professional advice from our Independent Beauty Consultants.
Please visit our official website www.marykay.com.my [1] or call our customer service team at 03-77117500 if you are not able to reach our Independent Beauty Consultants.

Mengikut laman Facebook official Mary Kay Malaysia pada  7 September 2018 sebarang penjualan melalui ecommerce platform adalah tidak di benarkan sama sekali.

So berbalik pada point no 4. You may receive counterfeit product.

Based on my personal experience yang bergelumang dengan produk marykay ni, aku boleh jamin yang marykay dekat Malaysia ni semua original dan tak ada fake pun even korang beli dekat ecommerce platfom. Kalau beli dengan wording cina tu, dan seller from oversea, korang telah beli produk yang khas untuk negara China dan beware ingredient mungkin tak sama tau. Apa yang kilang sana letak pun kita tak tau sebab tu la, yang masuk dekat malaysia hanya accessories made in China manakala produk skincare ataupun make up kilang di Dallas texas while Melacep produk ( whitening ) made in Korea.

Boleh ke beli dekat ecommerce tu?

Jawapan aku boleh je tapi sanggup ke korang tanggung risiko sendiri? Antaranya dalah produk tak sesuai dengan kulit korang. Dah beli 1 set, tiba-tiba breakout teruk? Beli lipstik tiba-tiba bibir bengkak? (dek kerana skin sensetif )So dengan sapa korang nak refer? Seller dekat ecommerce tu confirm la tak akan bagi korang refund kan? Kalau refer dengan seller yang offline ni ( BC) mesti dieorang akan cakap barang fake ! tak ke nanya tu. Lepas tu confirm la korang kene beli another produk kan. Dah rugi dekat situ. Yang beli sebelum ni tak sesuai dengan kulit. Korang nak beli dekat ecommerce tak salah, tapi atas risiko sendiri la. Hq tak akan bertanggungjawab tau. Even akan ada certain BC pun tak akan layan korang sebab mereka memang dah tau, bagi consultation end up beli dengan kawan. ( bukan dengan kawan tapi beli dekat Lazada) 

Ni aku nak remind sikit dekat BC di luar sana, please la korang jangan spread news yang bukan-bukan pasal fake produk ni, Apa tak nya, bila customer dapat produk tak sama dengan previous produk, mereka akan terus assume produk tu fake padahal produk sama tapi production lain-lain menyebabkan ada sedikit kelainan pada produk. Namun HQ pun tak inform. Aku pernah je dapat produk yang biasa aku pakai tapi kualiti out sikit. Sebagai contoh Foundation, aku pernah je dapat yang tulisan dekat kotak tak ada tau. Ni kalau customer dapat confirm terus cop fake. 

Aku tau korang geram dengan seller dekat e-commerce, tapi benda ni akan terpalit sekali dekat seller-seller lain tau. Sakit hati bila customer tanya, original ke? Jadi satu hal pula nak educate customer ni. Yang tulisan tebal.tulisan kecik, tu semua aku dah jumpa. Tak payah nak buat andaian fake bagai.

Dekat sini, daripada korang duk mention pasal fake produk, baik la educate kenapa kene beli dengan BC offline ni. 

  • Cerita pasal warranty 90 hari ( buyer boleh claim money dengan seller, while seller boleh claim produk dengan HQ)
  • Cerita juga pasal consultation ( seller guide buyer sampai skin dia ok)
  • Cerita juga pasal service ( bagi service tip top dekat buyer)
Sebagai kesimpulan nya. 

MARYKAY PRODUK MALAYSIA TAK ADA FAKE !!!

Friday, 21 June 2019

REVIEW SERVICE FOOD PANDA

Hai, assalamualaikum dan selamat sejahtera buat readers sekalian.

Since duduk di area batu caves ni, service penghantaran selain daripada mcd dan dominos amatlah senang untuk dapat, tak macam dulu dah yang mana hanya mengharapkan order online daripada facebook pastu perlu tunggu beberapa jam untuk seller buat delivery.

Tapi sekarang tak lagi. Kalau dah bosan makan mcd dan dominos, aku ada lah pilihan lain kan lebih-lebih lagi kalau aku tak masak bekal untuk mr husband jadi waktu tengah hari aku terpaksa cari alternative lain untuk isi perut ni. Kalau tak ada pilihan sangat baru aku masak 😋😋😋.

Panjang pula celoteh aku kali ni, padahal nak update pasal service je.

Food panda ni aku pernah pakai dulu masa aku kerja dekat mont kiara tahun 2015 time tu service tak meluas macam sekarang la dan dieorang still servive dan bila mereka cover area batu caves aku pun turut gembira sebabnya banyak juga restaurant yang dieorang cover tapi grab food tak cover.

Untuk kali ni aku order nasi ayam penyet dari dapur penyet. Location dekat je giant batu caves. Buat apa nak bazir masa aku siap-siap dan start enjin kereta semata-mata nak keluar makan je sekiranya boleh gunakan service hantar makanan kan?



Korang just pilih je menu yang korang nak order tu


Yang final price akan jadi macam ni. Kalau ada promotion code boleh add, jadi murah la sikit kan

Masukkan nama, no phone dan alamat penghantaran. Nak senang korang just sign up je. Cepat

Paling best korang boleh pilih sama ada nak bayar cash, credit or debit ataupun online banking. Sesuai sangat la bagi yang tak ada cash kan tapi nak makan


Lepaa settle korang just place order sahaja.


Dah siap confirm order, nanti korang akan dapat confirmation macam ni.


Dalam masa 22 minit korang akan terima makanan yang korang order. Ni estimated time mengikut jarak restaurant dengan lokasi korang. Semakin jauh, lambat sikit la dapat.


Boleh track status tau. Tu yang best. Senang nak standby tak ada la deliveryman sampai korang tengah tidur.


Yang best kali ni, tinggal 8 minit lagi, order dah sampai. Sangat pantas buat kerja ni
 😍😍😍

Lets me show you rupa makanan aku dapat.






Ni la yang aku order. Highly recomended untuk korang order thru delivery ataupun dine in. Sedap. ☺☺

Bila makan laju-laju aku tak dapat menikmati rasa makanan tu. So nanti kene order lagi sekali.

Rating aku 5 star 



ENTY LAPUK : TRIP TO CAMERON HIGHLAND

Hai gaiss

Ni aku baru nak share trip aku last year ke Cameron Highland bersama sahabat aku. Walaupun trip ni dah lama namum aku tetap gigih nak share juga


DAY 1


pagi- pagi gerak dari rumah aku, Batu Caves ke Cameron Highland melalui Tapah sebabnya kami nak singgah dekat Bharat tea










ada entry fee tapi aku dah lupa berapa. Lepas tu dekat sini ada service untuk naik pickup. Kami jimat kos dan pilih jalan kaki je sambil menikmati pemandangan ladang teh.

Dekat sini pun ada cafe, korang boleh la nak minum teh or makan terlebih dahulu. Price pun standard je. Masa kami datang ni ramai tourist dari middle east.


Persinggahan kedua adalah Taman Agroteknologi Mardi.

Cantik la untuk ambik gambar bahagian depan je. 

Dalam-dalam tak menarik tak ada apa pun.









Kami sempat la beli aiskrim strawberry untuk hilangkan dahaga.


Next station menikmati scone dekat KHM Taman sedia. Rupanya kedai scone ni dekat homestay yang pernah aku menginap dulu. Sebelah je. Dulu sekadar tempat tanam strawberry je. Sekarang dieorang dah buat cafe. 



1 set untuk 2 orang ye. Jangan tamak macam aku dengan Linda. last2 kiteorang tapau bawak balik 1 set sebab nya order 2 set dan agak muak 


Kami menginap di sini. Murah dan ada free breakfast 




Bilik kecik je. Nak solat memang susah sikit tapi jangan risau sebanya mereka ada provide surau. Walaupun bilik kecik, namun cleaning service setiap hari tau. So korang tak perlu risau la bilik berselerak.




Untuk dinner, kiteorang makan steambot "n" grill dekat Restoran Taman abang. Sesuai sangat dengan cuaca yang sejuk pastu makan yang panas-panas. Fuhhh

DAY 2


Hari ke dua aku bermula dengan breakfast dekat hotel. Simple breakfast je. Ok la kan. Bilik pun murah, jimat kos kan. Breakfast ni wajib untuk kau makan banyak-banyak sampai boleh tahan sehingga tengah hari.  Lepas breakfast kami bergerak ke BOH tea centre, Sungai Palas sebabnya nak makan kek dan coffee. Wajib untuk korang pergi seawal mungkin ye untuk elak jem, Jalan nak ke sana pun agak kecik dan tak smooth.






Masa kami sampai ni, orang pun dah ramai, port yang best pun dah kene ambik. Tak apa la kan, still dapat gambar sudah. 

Lepas settle makan kek dan minum teh, kami gerak ke mossy forest. Actually tak plan pun, tapi kami tetap redah dengan kereta.

Psst: Trip ni agak bahaya sikit kalau driver tak mahir sebab jalan dia pun tak cantik. nak naik pakai kereta sendiri mohon korang berhati-hati. alhamdulillah kami berjaya sampai ke sana dengan selamat.











Naik guna Axia je 😋😋


jangan lupa ambik gambar dekat sini ye. view cantik gile in real. 

Bila ada muka aku, buruk je gambar ni. so aku tak letak la gambar aku dengan view yang superb ni. 😔😔😔

Nak naik sini, better naik dengan ranjer. Lagi selamat. 


Next stop adalah Lavender garden. Tempat ni pun dah banyak improvement dah. So berbaloi bayar sebabnya location pun cantik je.



wajib cuba soft ice cream ni 










dekat garden ni aku cuba ice cream dengan cheese kek. ok la not bad




antara service yang ada dekat sana adalah ambik gambar buat kenangan 


Lepas puas ambik gambar maka kami singgah la dekat next stop iaitu pasar brinchang untuk beli ice cream


Boleh cuba kalau korang nak 


Lepas jalan-jalan, pergi lunch + dinner dekat Tanah rata dan balik berehat dekat bilik je.

DAY 3



Ni la heavy breafast aku untuk hari itu. Makan sampai kenyang sebelum check out


Bangunan putih tu golf club. 



So bergambar dulu sebelum balik. Untuk korang yang stay area tanah rata dan nak cari cenderahati yang murah boleh datang sini. Dekat kawasan sini ada sorang auntie yang jual cenderahati dengan harga yang lebih murah berbanding dengan korang beli dekat Brinchang. 

Balik kami ikut Simpang Pulai sebab nak ke Ipoh. Jadi korang boleh la singgah sini. 
Cuba kek ataupun beli coklat


Sangat menarik dan harga pun menarik u'alls








Lepas makan korang boleh la bergambar ye. Lokasi nak bergambar pun cantik.








Maka berakhirlah trip aku 3 hari 2 malam di Cameron Highland. Setelah beberapa kali datang Cameron, ini lah kali pertama aku cover beberapa lokasi di Cameron.

Psst : Buat mereka yang food lover ataupun food hunting, better korang check dulu sama ada restaurant tu ada halal cert ke tak ye. Maaf ye, time aku pergi ni main bedal je 😐😐😐 

Next time aku akan lebih berhati-hati dalam membuat pilihan dan bukan follow trend je tapi kalau korang nak makan, makan je la sebab ini adalah hak individu