JustForex

Tuesday, 18 June 2024

18 JUNE 2024

 Last update blog ini tahun 2021


Lama betul tak update ni.

Hahahahha 😬


Saturday, 9 October 2021

REVIEW PENAPIS AIR CUCKOO ICON

 Rata-rata rumah zaman sekarang ni, dah ada penapis air dan syarikat penapis air utama iaitu cuckoo atau coway dah keluarkan model-model yang mampu milik di mana sewa bulanan pun rendah. Bawah RM 70 pun dah boleh dapat. 

.

.

Actually jimat masa banyak bila pakai penapis air ni. Apa tak nya, tak perlu lagi nak rebus air, pastu nak tapis bagai. Kalau nak air sejuk, perlu letak dalam peti ais dulu. Tunggu 3-4 jam baru boleh minum kan.  Sekarang tinggal tekan je, terus keluar ha. Nak air panas ke, air sejuk ke tinggal tekan je.

.

.

Aku start pakai cuckoo tahun 2016 dan sekaramg dah habis bayar dah. Kontrak 5 tahun. Lepas 5 tahun, aku just subscribe untuk service tukar filter dan warranty je la. RM 550 setahun. Kalau bulanan dalam Rm 40++. Sebelum ni bahagian sales ada approach untuk tukar ambik baru, bayaran bulanan dalam RM 60++. Aku tak mau la tambah komitmen lain, so aku just extend warranty. Jimat la sikit kan. Tak ada la aku ikat kontrak lagi 7 tahun dengan cuckoo ni.

.

.

Apa yang aku nak review , sepanjang aku guna cuckoo ni, service dia ok la. Kalau report cepat je datang repair. Tapi yang tak bestnya, bila mesin kau rosak pada hari sabtu dan time tu kau nak report perlu tunggu hari isnin. Fuhhh. Phisang weiii 😂😂😂. Emosi juga la aku nak tunggu hari isnin tu.

Saturday, 18 September 2021

REVIEW CERITA KOREA : SQUID GAME

 Aku baru je lepas layan cerita squid game yang baru di tayangkan dekat neflix semalam. Rate aku nak bagi 9/10 yang mana aku harap ada second season macam cerita Alice in Borderland. Tak menyesal layan wei. Kalau nak layan dengan family tu please alert dengan scene 18sx gitew. Sikit je la. Better skip je part tu kalau tengok seisi keluarga.



Sinopsis cerita ni :


Seong Gi-Hun (Lee Jung-Jae) gets fired from his job. His life is miserable. Seong Gi-Hun hears about a secret survival game, with a 45.6 billion won prize for the winner. He decides to take part in the game. Meanwhile, Cho Sang-Woo (Park Hae-Soo) is like a brother to Seong Gi-Hun and vice versa. They grew up in the same neighborhood. Despite his poor family background, Cho Sang-Woo graduated from a prestigious university and found a good job. He now faces a crisis, due to misappropriation of company funds. He decides to take part in the secret survival game with Seong Gi-Hun

Majoriti yang join game ini adalah mereka yang mempunyai banyak masalah hutang.
45.6 billion  bersamaan dengan jumlah perserta yang join squid game ni. 


Wednesday, 15 September 2021

ETIQA TAKAFUL : CLAIM HOSPITAL BENEFIT

 Assalamualaikum


Kali ini aku nak share pengalaman aku claim hospital benefit dengan etiqa takaful selepas di diagnose positive covid 19.


Semasa aku menulis entry ini, aku masih belum menerima apa-apa update daripads etiqa berkenaan claim yang aku submit pada 14/08/2021, resubmit incomplete document pada 20/08/2021. Bila email pun tak ada respond.

Update terbaru :

Aku masih belum dapat claim aku 😭😭😭

Dah sebulan dah wei dari tarikh discharge.

Aku ambik plan elite takafulink yang mana sekali dengan investment.

Untuk pengetahuan korang, masa aku subs takaful tahun 2015, tak boleh ambik stand alone medical card korang wajib ambik pelan yang di tawarkan. So aku pilih la takafulink ni. Bayaran bulanan Rm 200++ dan aku tak pernah claim 1 sen pun sejak 2015.


Nak di jadikan cerita, bila aku positif covid ni, aku nak la merasa duit yang bertahun aku duk bayar tu. Mengikut plan medical card aku, sekiranya aku masuk hospital goverment, aku akan dapat elaun tau. Rm 100 sehari. Plan sekarang dah naik rasanya elaun tu. 

Tapi malangnya bila nak submit claim under hospitalization tu tak boleh. Assudah..apa masalah nya ni. Keluar macam ni gaiss.

Adakah policy aku ni tak attach dengan benda alah ni?


Even tak attach dekat sini pun, dekat benefit under medical aku still entitle untuk dapat elaun untuk hospital kerajaan tau.



Aku ambik Plan 2 , dekat situ terang-terang ada tulis Elaun tunai harian di hospital kerajaan Rm 100.  Ke aku yang salah?


Ntah la bila contact live chat etiqa pun tak membantu. Nak contact Agent aku? Agen aku dah meninggal tahun lepas. 2020. New agent yang handle aku? Aku pun tak tahu.


Perasaan aku sekarang ni adalah sangat kecewa dan tak tau nak rujuk dekat mana. Status policy aku ni macam mana. Kenapa bila nak claim jadi macam ni. Apa yang salah. Orang yang sepatutnya handle kes aku ni selepas agent aku meninggal dunia pun tak ada contact ke apa.


To be honest, memang aku nak terminate dan cari takaful provider yang lain. Walaupun sayang, tapi macam tu la.  Sayang pun kalau x berguna buat apa nak bayar lagi kan. Sia-sia je la kau bayar.


Ok geng. Later aku update lagi incase ada update dari etiqa. Esok aku nak follow up lagi.









Monday, 30 August 2021

AKU DAN COVID 19 PART 2

 Assalamualaikum


Alhamdulillah, kami semua dah selamat menjalani kuarantin


Siapa yang positif


Aku dan suami

Mak dan ayah aku

Kakak dan suaminya

BFF aku


Negatif :

Bapa saudara

Adik aku


Aku discharge pada 13.08 manakala suami aku 16.08. Aku di diagnose stage 1 dan suami aku stage 4 sebab 2 hari on oksigen.

Apa yang bahaya covid ni, bia dia attack paru-paru kau. Start sakit dada dan susah nafas. Time tu oksigen kau dah drop.

Suami aku mula-mula masuk hospital demam dia dah reda. Selsema tak ada batuk pun tak ada. Consider sihat la. Apa yang menakutkan adalah bila hari ke 6 dia mula bergejala. Petang je demam. Pastu selsema. Bila lambat demam ni, kemungkinan besar virus dah mula masuk dalam paru-paru. Maka jangkaan adalah betul. Oksigen drop tapi tak teruk la. Doktor start on antibiotik dan oksigen.


Time tu suami aku dah start stress sebab dia rasa badan dia ok tapi kene guna oksigen. Aku cakap follow je la mungkin result darah dia tak cantik. Bila on antibiotik tu, sistem badan start kacau, dari yang gula tak tinggi jadi gula tinggi. maka makin stress la orang tu. Aku expect doctor nak hold la laki aku sampai hari ke 14 tapi hari ke 13 dah boleh balik. Alhamdulillah.  


Hari ni kami pergi xray, sebab doktor di klinik kesihatan nak tengok. So bila aku tengok result xray, nampak la tompokan pada paru-paru. Kiranya macam jangkitan dalam 20% macam tu. Kami pun dah selamat vaksin dose pertama hari ni. Risau kalau terkena lagi sekali kan.tak tau kesan macam mana.


Kisah mak aku, dia di hantar ke hospital sebab darah tinggi padahal masa cucuk vaksin pun dah darah tinggi. Lebih dari 200. Maka mak aku di kuarantin di hospital. Bagi ubat pun tak jalan sampai doktor pun tak tau nak buat macam mana. Last sekali dischargekan mak aku.


Ayah aku, di kuarantin di pusat kuarantin. Alhamdulillah hanya batuk. Bila masuk pusat kuarantin kejap je hilang batuk tu.

By the way, mak ayah aku dah complete 2 dos semasa +ve covid. Sedikit sebanyak aku dah lega dekat situ. Tak sia-sia la bawak mak ayah aku p vaksin kalau tak , nasib mereka tak tau la macam mana.kalau selamat alhamdulillah tapi kalau tak boleh survive mesti time tu aku menyesal sebab tak paksa.


Kakak aku di kuarantin di pusat kuarantin manakala suaminya 1st swab tu negatif. Bila 2nd swab je baru positif. Maka dia je la lama sikit kuarantin berbanding kami yang lain ni.


Kawan aku, dia 1st swab negatif tapi lepas 4 hari  dari tarikh 1st swab tu dia terus pergi buat 2nd swab sebab dah start sakit dada dan turn out positif.  Dia dah complete 1st dose vaksin cuma tarikh vaksin dia tu masih awl masa dia jumpa dengan aku. So disebabkan dia sakit dada, maka dia di kuarantin di hospital. Yang tu masalah sikit sebab doktor tak jumpa apa punca dia sakit dada. Dia start begejala hari ke 9 dan hari ke 10 start bergejala. Lepas discharge dia baru start bergejala dan bila pergi tanya hospital, pihak hospital kata itu normal. Dia hanya pergi minta ubat je la dekat hospital. Sekarang dah selamat potong gelang dah.


Itu sedikit sebanyak kisah aku , keluarga dan bff aku kesan dari +ve covid.

Friday, 6 August 2021

AKU DAN COVID-19

 Hi Assalamualaikum semua.


Seperti tajuk di atas, ye aku di jangkiti covid-19 pendemik yang melanda negara sejak 2 tahun lalu dan sampai sekarang masih tiada penghujungnya.


Macam mana aku terjangkiti?


Aku sendiri pun tidak mengetahui yang aku di jangkiti covid-19 dan macam mana covid ni mengjangkiti aku. Sejak pendemik ni melanda, belum aku selalu demam dan ia merupakan demam biasa komplikasi dari tonsil yang aku alami jadi apabila aku demam lagi aku beranggapan dia hanya lah demam biasa sehinggalah doktor memberitahu aku supaya membuat test covid-19 kerana kes sudah terlampau tinggi.


By the way, semasa aku demam suhu badan ku hanya 37.2 sahaja dan aku tidak mengalami simptom-simptom lain. Demam pun tak teruk ye.

Apa yang membuatkan aku pergi swab test adalah bilamana suami aku demam pada malamnya. Hanya 1 malam je demam padahal siang hari ok sahaja. Badan panas dan menggigil seperti penyakit denggi.

Keesokkan harinya, 03/08 kami berdua ke klinik kesihatan terdekat dan melakukan swab test . Kami bernasib baik juga sebab klinik buat juga swab walaupun kami bukan dari kalangan mereka yang berisiko. Berisiko di sini adalah mereka yang mempunyai kontak rapat.


Selepas buat swab test, kami di pakaikan gelang pink dan perlu tunggu keputusan keluar. Kami perlu kuarantin selama 4 hari. Potong gelang pada 06/08.  Malangnya 04/08 kami di sahkan positif covid 19.


Bagai di hempap batu yang besar, aku tak jangka yang aku positif covid. Apa yang merunsingkan aku adalah kontrak rapat aku iaitu keluarga terdekat. Berapa banyak penyebaran yang telah aku lakukan tanpa aku sedari 


Dan sekarang aku dia kuarantin di pusat kuarantin selama tempoh yang aku tidak ketahui.

Alhamdulillah, aku tidak bergejala teruk dan demam aku juga suda kebah. Manakala suami aku kini di rawat di hospital.

Tuesday, 22 June 2021

NEW POSTING

 Salam 2021

Salam PkP 3.0


Fuhh almost setahun tak update blog.


Kemana kah entryku menghilang.


Haih


Nak jadi blogger pun dah tak kesampaian lagi. Hohohoho.


Actually blog ni banyak berguna. Bukan apa, kalau cari info mesti kita nak google kan. Kalau google biasa dapat banyak info especially dari blog-blog ataupun website.


Justeru itu, kepada diriku sendiri, sila rajinkan diri update blog ye 🤭

Wednesday, 9 September 2020

PENGALAMAN MENAIKI ETS BUSINESS CLASS

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang semua.

Dah lama sangat tak menulis. Last posting pun awal tahun hari tu, itu pun just wish happy new year.

Actually aku ada beberapa entry yang belum sempat di kongsikan antaranya trip Hatyai- Huahin.

Nanti aku share kalau ada mood nak menulis,

Kali ni aku nak share pengalaman menaiki ETS Business Class yang bagi aku cukuplah pengalaman sekali seumur hidup je. Naik class biasa pun dah ok dah melainkan korang nak tempat khusus atau nak lebih ketenangan.

Meh aku share !


Trip aku dari KL Sentral ke Taiping menelan masa 3 jam 10 minit lebih kurang dengan kos tiket pada masa itu Rm 141. Aku ambil tiket pukul 5.30 pm dan tiba di Taiping jam 8.40pm.  Lokasi menunggu Ets adalah tingkat atas. Ruang menuggu sebelum ni dan bukan tempat yang korang nak ktm biasa mahupun lrt tu. Aku pun baru tau sebab sebelum ni tunggu dekat bahagian bawah. ( last naik ETS dari Kl sentral 2018. dah lama sangat dah) itu pun selepas aku tanya dekat information kaunter sebab pelik kenapa Platform 1 tiada. Nasib baik aku tak tunggu. Kalau tak, mau kene tinggal.

Jangkaan aku pada mulanya adalah, arrangement macam naik flight. Dieorang akan panggil group business class dulu naik tapi tidak je.( At least bagi la group ni turun dulu kan almaklumlah mereka ni dari coach A kalau stesen biasa aku rasa ok la sebab tak ramai orang pun)  Beratur bersama-sama tanpa penjarakan sosial dek kerana semua orang pun macam rushing je nak pergi tunggu dekat platform. Off course ada golongan selfish yang potong barisan tanpa rasa bersalah .


Ni la yang aku katakan ruang menunggu tu.


Keaddan dalam train



Leg room dia luas


Special sikit sebab ada plug dan usb cable. Boleh caj phone + buka laptop bagi mereka yang outstation.


kalau ada beg extra, malas nak letak dekat atas, selit je dekat tepi. yang penting tak kacau space pun.


Ada goodies bag, Dalam tu ada earphone, stokin, bantal leher dan penutup mata, Incase korang nak tidor. Korang juga boleh tengok movie. Aku lupa nak ambil gambar monitor tu, Cerita tak best so aku decide tak guna pun


Nanti korang akan di hidangkan dengan minum petang sejurus sahaja korang naik ets tu


Dinner akan di serve selepas 7.00pm

Oh lupa nak bagitau, suhu dalam coach ni tak sesejuk class biasa. Mungkin lokasi tempat duduk aku tepi tingkap kot. Masa dari Taiping ke Sungai Buluh, beku jari aku sebabnya seat yang aku book tepi tingkat di kebas orang sebelah. ( orangnya mak-mak) jadi tak sampai hati nak minta tapi yang merana adalah aku lerrr.


Overall experience aku naik ETS Business Class ni adalah biasa-biasa je. Tak wow pun. Toilet pun share dengan coach lain.Service pun biasa-biasa je. Bekas makan dinner pun stewardess tak datang collect. Makanya aku bawa pergi buang sendiri.

  Kalau korang nak pilih coach yang dekat dengan tempat makan, korang ambik coach C. Mulanya aku risau ada bau takut pening, tapi tak ye, Bau makanan langsung tak ada. ( Ini pun nak cuba je)

So kepada yang nak mencuba, boleh la cuba coach Business Class ni. At least rasa sekali seumur hidup. Lain orang lain padangan dia kan. 


Thursday, 2 January 2020

HAPPY NEW YEAR 2020

Alhamdulillah,

Masih lagi bernafas pada tahun 2020.

Kalau dulu eksited dengan 2020 maklumlah fikiran kita dah imagine kereta terbang, hidup pun berubah.

So 2020 nothing happen actually kecuali Ringgit jatuh, ekonomi sedikit teruk, and struggle is real guys.

Kalau 2018 aku berjaya buat saving 5 angka dan tahun 2019 aku survive dengan saving aku yang 5 angka tu serta buat business supaya saving aku tak surut.

Tahun 2020 ini, aku berharap agar dapat kembalikan saving 5 angka dan cecah 6 angka seterusnya 7 angka Insha allah.

Impian aku 2020


  • Dapat beli kereta baru. tak kisah kereta apa bagi memudahkan perjalanan aku
  • Saving 5 angka
  • Travel
  • Bawa family pergi Umrah

Somoga impian aku terlaksana, Ameen ya rabbal alamin

Wednesday, 21 August 2019

MASIH ADA RAKYAT MALAYSIA YANG BELUM FASIH BERBAHASA MELAYU?

Perkongsian daripada Cikgu Khu Eian Chun refer sini

Sempena dengan Bulan Kebangsaan ini, saya ingin mengambil kesempatan dan risiko ini untuk meminta kaum saya utk sama2 merenungkan apa yg akan sy sampaikan ini nanti. Sebelum itu, anda diminta untuk membacanya dgn mata hati, minda yg terbuka dan ditafsir dgn akal fikiran.
Isunya ialah penguasaan bahasa Malaysia dalam kalangan kaum Cina. Melalui pemerhatian terhadap persekitaran sy, majoriti kaum Cina dilihat gagal menguasai BM dengan baik. Cakap hanya sekadar utk org faham dgn bahasa yg lintang pukang. Kenapa ini berlaku? Sedangkan kaum Cina sudah hidup berkurun lamanya di bumi Malaysia ini. Sy sendiri merupakan generasi ke-7 di Tanah Melayu. Tetapi persekitaran kehidupan kaum Cina di Kelantan/Terengganu mungkin agak berbeza dengan kaum Cina di negeri2 lain. Walaupun bukan semua, tetapi majoritinya begitu.
Kami lebih mahir berbahasa Melayu serta dpt kecek Klate dengan baik dan lebih mengerti budaya kaum Melayu berbanding dengan kaum2 Cina di negeri lain. Ini adalah kenyataan. Kenapa? Mungkin sebab populasi Cina di Kelantan/Terengganu lebih sedikit berbanding dengan negeri2 lain dan memaksa mereka utk bercampur dgn kaum2 Melayu setempat. Boleh jadi juga sebab kebanyakan drp mrk tinggal di kawasan kampung2 dan bergaul rapat dengan kaum2 Melayu tempatan. Ataupun mungkin disebabkan oleh pengaruh ibu bapa yang sentiasa mesra dengan kaum2 Melayu setempat.
So, bagaimana untuk memastikan kaum2 Cina lain juga dapat menguasai BM (pertuturan) dgn baik? Sy berpendapat bahawa, selain drp kesedaran dalaman diri, ibu bapa perlulah terlebih dahulu sedar akan perkara ini dan memandangnya secara lebih terbuka. Galakkan anak2 supaya sentiasa berkawan dgn Melayu, sentiasa bercakap dengan menggunakan bahasa Melayu dengan kawan2 Melayu, mendengar lagu2 Melayu dan sentiasa lah tonton drama/cerita2 Melayu (termasuk berita arus perdana).
Berkawan dengan Melayu tidak semestinya kita akan/kena masuk Melayu (Islam). Segalanya bergantung kpd diri sendiri. Majoriti kawan2 saya adalah Melayu, tetapi sy masih Cina Buddha sehingga kini... cuma sy berkahwin dengan Cina yg mengajar subjek Bahasa Melayu sahaja... ðŸ˜Š. Dalam sesetengah perkara, sy terpaksa bersetuju dengan Prof. Dato' Dr. Teo Kok Seong. Beliau pernah dgn tegasnya mengatakan bahawa Cina yang tidak pandai bercakap Melayu sepatutnya keluar drp Malaysia!. Maksudnya ialah, sangat tidak masuk akal bagi warganegara Malaysia yang telah sekian lama berada di Malaysia tetapi tidak dapat bertutur BM dengan baik malah ada yang tidak pandai pun bertutur BM! Pelik kan? Pelik, tapi benar.
Disebabkan ini lah Prof. Dato' Dr. Teo pernah mewarwarkan sekolah 1 aliran pada suatu ketika dahulu yang mendapat tentangan hebat drp kaum2 cina termasuklah saya. Sy tidak setuju bukan kerana sy bersikap perkauman. Tetapi, selagi mana SIKAP PERKAUMAN ini wujud dalam setiap diri masyarakat Malaysia, maka selagi itu lah Sekolah 1 Aliran ini tidak sesuai dilaksanakan. Kenapa? Cukuplah sy sendiri yg memahaminya. Banyak komplikasinya.
Berbalik kpd pokok persoalan. Murid2 Cina biasanya akan ke SJKC dan apabila ke sekolah menengah nanti, tidak semua pergi ke SMJKC. So, akan ada yang masuk ke SMK aliran perdana. Di situ mrk akan menghadapi masalah berkomunikasi dgn rakan2 sekelas Melayu dan guru2 Melayu. Mrk juga akan masuk kelompok2 Cina supaya senang utk berkomunikasi. Begitu juga apabila mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT nanti. Situasi ini adalah sangat tidak sihat kpd masyarakat majmuk di Malaysia. Sebab itu lah sy menyarankan kpd ibu bapa kaum Cina di Malaysia ini supaya menggalakkan anak2 mereka bergaul dgn Melayu. Mcm mana cara untuk bergaul itu adalah bergantung kpd kebijaksanaan didikan ibu bapa masing2.
Anak sulung sy yang berumur 7 tahun pun sudah pandai bercakap BM dengan baik...juga dapat menguasai bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris. So, kita (Cina) sepatutnya berfikir dgn lebih menyeluruh terhadap perkara ini dan bukannya berfikir utk kepentingan diri/kaum kita semata-mata. Ingat, Malaysia ialah negara majmuk!. Cukuplah kita dihina dgn bermacam2 selama ini. Anda yang buat hal, saya yg tak bersalah juga turut terkena tempiasnya atas nama Cina. Ini adalah TIDAK ADIL!.
Sy menyeru kpd anak2 didik saya terutamanya dan rakan2 kenalan, apabila anda mempunyai anak2 kelak, asuhlah anak2 anda supaya menjadi warganegara Malaysia yang berada di bumi berbilang kaum ini. Siapalah saya untuk berpesan kpd yg lebih tua...nanti ada yang akan cakap "saya terlebih dahulu makan garam drp awak". Susah nak menyedarkan yg tua ini. Nak membentuk peradaban memang memakan masa yg lama...pun begitu, tidak mengapa. Seribu langkah dimulai dengan langkah pertama. Lebih baik melangkah drp langsung tidak melangkah!.
Sy ingin berkongsi kisah benar drp isteri sy pada beberapa minggu yang lepas. Terdapat beberapa org pelajar Cina di dalam kelasnya yang tidak tahu pun cuti umum yg mereka dapat itu ialah cuti sempena pertabalan Agong! Siapa Agong pun tak tahu!Agong sekarang ini sultan negeri mana pun tak tahu! Malah terdapat pelajar Cina di dalam kelasnya yang tidak pandai bertutur BM. Setiap kali masuk kelas dia akan mengelak dan sentiasa menundukkan muka ke bawah apabila dipandang oleh isteri saya. Rupa2nya ialah kerana dia takut disoal kerana tidak pandai bertutur BM! Apa yang dia cakap, isteri saya pun tak faham! BM yg sangat teruk (macam mana lulus SPM sy pun x tahu). Dengan itu, setiap kali kelas, isteri sy akan sentiasa 'attack' dia. Akhirnya, sekarang ini dia dah boleh bercakap sedikit2. No comment. Anda boleh nilai sendiri mcm mana. Orang sebegini lah yang kita risau, apabila memasuki alam pekerjaan nanti, mrk juga akan berada dlm kelompoknya yg sama. Apabila bekeluarga kelak, anak2nya juga akan ikut patern yg sama. So, perkara ini akan berterusan dr generasi ke generasi....yg tiada penghujungnya. Sadis!.
Sy cukup yakin, situasi ini juga turut berlaku di lain2 IPT. So, sekurang-kurangnya dalam bulan kebangsaan ini, mari lah kita sama2 merenungkan perkara ini dengan mata hati dan akal yang waras. Sesekali update status FB dengan menggunakan BM pun bagus juga. Tidak perlu diagungkan sgt dgn BI sampai lupa di mana bumi kita pijak. Anda boleh mencontohi kaum Cina negeri Kelantan/ Terengganu/Sarawak utk hidup dlm masyarakat majmuk. Usah terlalu terpengaruh dgn org2/cakap2 politik kerana politik Malaysia masih jauh terkebelakang. Kita hanya perlu fikirkan tanah air (Malaysia) kita sahaja. Peace No War

BUDAK PEREMPUAN TAHUN 5 AJAK BUAT SEX ?

Dari perkongsian  Fb : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Seorang ibu mesej saya gambar ini. Saat bercerita kepada saya, tangan beliau menggeletar. Hampir tidak percaya, anak lelakinya darjah 6 perolehi surat dari seorang kanak-kanak perempuan, darjah 5.
"Kepada ......
Nama aku ....., Darjah 5. Tak apa kalau kau tak kenal aku. Aku nak berkenalan dengan kau. Aku nak tanya, kau pernah tak bersetubuh dengan perempuan?
Hmmm. Sebenarnya aku nak bersetubuh dengan kau. Sekali je, please. Kalau sekali tak keluar anak. I like you."
Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
Ini kiriman surat budak perempuan berusia 11 tahun kepada pelajar lelaki 12 tahun tau. Kalau kita yang jadi mak bapak budak lelaki ni pun mesti berada dalam situasi puan berkenaan, menggeletar dan seolah-olah tidak percaya.
Idea budak perempuan berkenaan ada. Ia serius. Bukan main-main. Beliau maksudkan apa yang ditulis. Bersetubuh, sekali sahaja, tidak akan lahirkan anak.
Anak puan ini tak kenal siapakah gerangan budak perempuan berkenaan. Cuma, saya tahu kes berlaku di sekolah mana. Saya akan cuba bantu apa yang boleh nanti.
Ada beberapa faktor anak sekecil ini boleh jadi begini.
1. Masih lagi tidur sebilik bersama mak bapak. Aku tak pelik hal ini boleh berlaku. Kerap kali aku program dengan budak sekolah rendah, yang darjah 6 pun masih tidur satu bilik dengan parents.
Apa yang mak ayah begini fikirkan? Tak pernah ke terlintas di fikiran anak ini boleh mencuri pandang jimak yang dilakukan oleh mereka? Expect anak dah tidur? Tak pernah ke sampai kepada mereka kisah gadis muda ketagih seks dek selalu tengok mak ayah berjimak depan mata dari kecil?
2. Ada juga budak sekolah jadi begini disebabkan pernah menonton pornografi. Samada akses sekali sekala atau sampai ketagih. Tak perlu aku huraikan aspek yang ini.
Masing-masing dah tahu kesannya bilamana viral kes budak lelaki 12 tahun rogol kanak-kanak perempuan 4 tahun setelah terangsang tengok video lucah.
Tak cukup dengan tu, beberapa hari lepas keluar lagi isu yang lebih kurang. Seorang budak lelaki 11 tahun 'rogol' kakak sepupu yang berusia 12 tahun. Walau suka sama suka, tapi term rogol terpakai kepada pelaku bawah 18 tahun.
Puncanya sama. Terangsang tonton video lucah dari telefon bimbit.
3. Kawan-kawan yang telah akses pornografi mengajar rakan-rakannya yang lain di sekolah. Aku pernah kongsikan sebelum ni ada budak lelaki darjah 1 ajak kawan lelakinya ke tandas untuk main rogol-rogol. Dan iya, budak ini maksudkan apa yang beliau katakan.
4. Yang paling aku takutkan sebab yang keempat ni. Kanak-kanak ini telah menjadi mangsa pengantunan (sex grooming) oleh ahli keluarga yang terdekat.
Ada pihak yang tak bertanggungjawab seperti ayah, datuk, abang, sepupu, bapa sedara, kawan kepada ayah atau individu yang ada akses dengannya telah membina trust dengan si kecil ini untuk tujuan seksual.
Walau budak ini telah menjadi mangsa cabul atau rogol (nauzubillah), tapi dia tak tahu yang dirinya mangsa. Pemangsa telah berjaya buatkan budak ini percaya perbuatan itu ok, normal dan menyeronokkan.
Lepas jadi mangsa, child sex predator ini akan belanja makan, bagi hadiah atau lain-lain ganjaran.
******
Kesan kepada 4 perkara ini, kanak-kanak yang menjadi mangsa seksual akan anggap perbuatan seks itu normal. Beliau akan groom pula kawan-kawannya di sekolah.
Dalam kes ini, mujurlah puan berkenaan selalu spotcheck beg sekolah anaknya. Kalau tak, sampai bila-bila tak tahu yang anaknya terima 'surat cinta' ini.
Buat mak ayah di luar sana, ini cadangan saya,
1. Please ingatkan anak-anak, jika mendengar perkataan yang tak elok kawan sebut di sekolah, kata-kata keji, makian, ejekan, bad words, mencarut, lucah, terus bagi tahu mak ayah. Parents pula kena terangkan pada anak kenapa perkataan itu tak elok atau terangkan definisi kepada word berkenaan, seperti rogol, cabul, liwat dan lain-lain.
2. Mak ayah juga tolong pesan pada anak-anak jika dapat surat kiriman kawan-kawan. Tak kisahlah walau ia cinta monyet sekalipun. Yang penting, mak ayah kena tahu. Tambah-tambah, anak yang masih bersekolah rendah.
3. Jangan jemu-jemu ingatkan pasal sentuhan selamat dan tidak selamat, beza antara sentuhan kasih sayang dan bersifat seksual. Juga ajar tentang private part yang tak boleh disentuh, dipegang atau diraba (mulut, dada, kemaluan, punggung, paha). Jika ia berlaku, jerit kuat-kuat, lari selamatkan diri dan mengadu atau beri tahu parents.
4. Paling penting, jangan kau pula jadi bodoh berjimak atau bercumbu-cumbuan depan anak. Tak tahu malu ke jubake?
Buat guru-guru,
1. Inilah dia antara anak-anak didik kalian hari ini. Bermula dari sekolah tadika lagi sudah ada budak melucah. Semuanya bermula dari mak ayah di rumah.
2. Jika cikgu dapat kes seperti ini, tolong bantu sebaik mungkin. Mereka adalah mangsa. Bukan saja-saja buat macam tu. Sebab-sebabnya saya dah nyatakan di atas.
3. Jika dapat aduan dari pelajar melibatkan kes-kes seksual, jangan anggap mereka bergurau. Budak kecil jarang menipu bab-bab begini. Ambil peduli dan refer kepada guru yang berkaitan.
4. Walau kalian bukan guru mengajar Pendidikan Kesihatan atau subjek Pendidikan Islam, jangan pernah jemu ingatkan anak didik pasal isu-isu sebegini. Lantaklah kalau ada ibu bapa atau rakan guru yang kata kita memandai-mandai. Tak kena ke anak dia memang sedap cakap. Tugas kita bersama ni.
Saya harap post ini dibaca dan dikongsi sebanyaknya oleh kalian. Jujur saya katakan, penat tau mengadap isu sebegini yang tak beransur pulih. Semakin teruk adalah.
Mari sama-sama jadi masyarakat yang berperanan. Jangan jadi netizen yang tahu mengecam sahaja isu pembuangan bayi, seks bebas atau hamil luar nikah tanpa sedar punca permasalahan yang perlu dirawat.
Dan ia bermula dari rumah.

Semoga di jauhkan nasib anak cucu kita daripada kejadian sebegini rupa.