Assalamualaikum
Kali ini aku nak share pengalaman aku claim hospital benefit dengan etiqa takaful selepas di diagnose positive covid 19.
Semasa aku menulis entry ini, aku masih belum menerima apa-apa update daripads etiqa berkenaan claim yang aku submit pada 14/08/2021, resubmit incomplete document pada 20/08/2021. Bila email pun tak ada respond.
Update terbaru :
Aku masih belum dapat claim aku 😭😭😭
Dah sebulan dah wei dari tarikh discharge.
Aku ambik plan elite takafulink yang mana sekali dengan investment.
Untuk pengetahuan korang, masa aku subs takaful tahun 2015, tak boleh ambik stand alone medical card korang wajib ambik pelan yang di tawarkan. So aku pilih la takafulink ni. Bayaran bulanan Rm 200++ dan aku tak pernah claim 1 sen pun sejak 2015.
Nak di jadikan cerita, bila aku positif covid ni, aku nak la merasa duit yang bertahun aku duk bayar tu. Mengikut plan medical card aku, sekiranya aku masuk hospital goverment, aku akan dapat elaun tau. Rm 100 sehari. Plan sekarang dah naik rasanya elaun tu.
Tapi malangnya bila nak submit claim under hospitalization tu tak boleh. Assudah..apa masalah nya ni. Keluar macam ni gaiss.
Adakah policy aku ni tak attach dengan benda alah ni?
Aku ambik Plan 2 , dekat situ terang-terang ada tulis Elaun tunai harian di hospital kerajaan Rm 100. Ke aku yang salah?
Ntah la bila contact live chat etiqa pun tak membantu. Nak contact Agent aku? Agen aku dah meninggal tahun lepas. 2020. New agent yang handle aku? Aku pun tak tahu.
Perasaan aku sekarang ni adalah sangat kecewa dan tak tau nak rujuk dekat mana. Status policy aku ni macam mana. Kenapa bila nak claim jadi macam ni. Apa yang salah. Orang yang sepatutnya handle kes aku ni selepas agent aku meninggal dunia pun tak ada contact ke apa.
To be honest, memang aku nak terminate dan cari takaful provider yang lain. Walaupun sayang, tapi macam tu la. Sayang pun kalau x berguna buat apa nak bayar lagi kan. Sia-sia je la kau bayar.
Ok geng. Later aku update lagi incase ada update dari etiqa. Esok aku nak follow up lagi.
Baik amik Hong leong MSIG Takaful , murah cover annual limit 1.12 juta. Ada elaun hospital swasta dan kerajaan ,ada pampasan kematian, disability ,critical illness dan pampasan kematian akibat kemalangan. Boleh dapat bawah RM200 kalau umur awal 30 an.
ReplyDelete