Hi Assalamualaikum semua.
Seperti tajuk di atas, ye aku di jangkiti covid-19 pendemik yang melanda negara sejak 2 tahun lalu dan sampai sekarang masih tiada penghujungnya.
Macam mana aku terjangkiti?
Aku sendiri pun tidak mengetahui yang aku di jangkiti covid-19 dan macam mana covid ni mengjangkiti aku. Sejak pendemik ni melanda, belum aku selalu demam dan ia merupakan demam biasa komplikasi dari tonsil yang aku alami jadi apabila aku demam lagi aku beranggapan dia hanya lah demam biasa sehinggalah doktor memberitahu aku supaya membuat test covid-19 kerana kes sudah terlampau tinggi.
By the way, semasa aku demam suhu badan ku hanya 37.2 sahaja dan aku tidak mengalami simptom-simptom lain. Demam pun tak teruk ye.
Apa yang membuatkan aku pergi swab test adalah bilamana suami aku demam pada malamnya. Hanya 1 malam je demam padahal siang hari ok sahaja. Badan panas dan menggigil seperti penyakit denggi.
Keesokkan harinya, 03/08 kami berdua ke klinik kesihatan terdekat dan melakukan swab test . Kami bernasib baik juga sebab klinik buat juga swab walaupun kami bukan dari kalangan mereka yang berisiko. Berisiko di sini adalah mereka yang mempunyai kontak rapat.
Selepas buat swab test, kami di pakaikan gelang pink dan perlu tunggu keputusan keluar. Kami perlu kuarantin selama 4 hari. Potong gelang pada 06/08. Malangnya 04/08 kami di sahkan positif covid 19.
Bagai di hempap batu yang besar, aku tak jangka yang aku positif covid. Apa yang merunsingkan aku adalah kontrak rapat aku iaitu keluarga terdekat. Berapa banyak penyebaran yang telah aku lakukan tanpa aku sedari
Dan sekarang aku dia kuarantin di pusat kuarantin selama tempoh yang aku tidak ketahui.
Alhamdulillah, aku tidak bergejala teruk dan demam aku juga suda kebah. Manakala suami aku kini di rawat di hospital.
No comments:
Post a Comment