A few post yang mampu menarik minat untuk di share antaranya, jangan biarkan kewangan barai especially golongan muda ataupun yang baru merasa pegang duit sendiri. Alangkah beruntungnya anda sekiranya anda tak pernah mengalami masalah ini, dan bagi yang pernah alami, ini adalah satu pengajaran buat kita kan.
Jom baca confession by ZILA ni. Banyak lagi confession yang menarik dekat IIUM yang mampu jadikan iktibar buat kita
Assalamualaikum. Terima kasih admin post confession ni.
Nama aku Zila. Aku confess sebab tak nak korang pun terjebak dengan kewangan hancur macam aku.
Aku kerja gaji dalam rm7k tapi gara-gara tak ada kesedaran kewangan, lebih 50% gaji aku hutang je. Berhuhu je lah tengok hutang lagi 10 tahun nak abih. Mostly hutang jahat. So lepas ada kesedaran kewangan baru aku dapat restructure balik hutang piutang aku dan belajar berjimat cermat dengan gaji yang ada.
Di sini aku kongsi beberapa tips bagi yang baru nak mula kerja atau yang dah lama kerja. Hopefully dapat membantu dari buat kesilapan kewangan macam aku dulu.
1. Simpan dulu sebelum belanja . Bagi yang bujang the best simpan 30% dari total gaji, bagi yang dah kahwin & ada anak macam aku simpan 10-20% dulu pun dah ok soon after dapat gaji.
2. At least 10% bagi mak ayah bagi yang masih ada mak ayah. Ni untuk menambah keberkatan rezeki korang.
3. Zakat pendapatan jangan lupa. Ni bagi yang layak zakatlah untuk bersihkan harta korang.
4. Gaji Rm 3-4K jangan berangan beli kereta honda/toyota atau sewaktu dengannya. Ni hutang jahat beb. Liabiliti terbesar. Memang mula-mula tak terasa tapi bila dah komitmen ko dah bertambah baru ko tahu nyesal weh beli kereta mahal. Sebaiknya beli kereta yang installment max 10% dari gaji korang. Biar pi orang nak kutuk kereta ko janji poket ko tak robek. Kalau ko rasa ko nak beli jugak kereta mahal terserah tapi jangan menyesal di kemudian hari macam aku. Hiks
5. Dont ever-ever buat kad kredit kecuali korang cuma nak wujudkan CCRIS untuk buat loan rumah. Memang sedap swipe sana swipe sini tapi ko tahu tak interest kad kredit lagi tinggi dari personal loan? Kalau guna tapi bayar full tiap2 bulan ok lah. Tapi yang guna sampai rm10k tapi bayar minumum je memang sampai 10 tahun pun tak abih bayar kad kredit tu. Yang dah terguna banyak tu better bayar lump sum & terminate as soon as possible . Swipe pakai debit card sudah..at least beli pakai duit sendiri.
6. Dont ever-ever buat personal loan kecuali guna untuk deposit rumah kalau tak cukup duit sangat. Ko jangan termakan mulut manis pegawai bank yang cakap personal loan ni bagus, boleh guna duit belanja gf/bf/beli kereta kat mak ayah & bla..bla..bla..Sebenarnya bank suka pada orang yang baru mula kerja ni especially yang gaji besar sebab senang nak manipulate. Aku pun pernah terkena. Haha hadoii..tipah tertipu dowhh..
7. Buat ASB financing. Ni kalau korang nak kumpul duit dengan cepat especially yang plan nak kahwin atau nak buat deposit beli rumah dalam masa 2-3 tahun. Nak tahu macam mana nak buat? Korang pi je cari ilmu free kat fb Amir Syahir. Banyak dia cerita cara2 dia.
8. Target beli rumah dulu sebelum korang buat loan bukan-bukan. Rumah mahal? Yang pi cari yang mahal buat apa especially rumah baru. Korang cari la rumah subsale a.k.a rumah second hand. Banyak yang murah-murah area selangor or tempat lain. Tak caya tengok kat mudah.my, banyak lagi rumah below Rm200k. Kalau nasib baik jumpa rumah below market value. Nak lagi murah beli yang lelong tapi kena cari agen lelong yang trusted. Sebaiknya cari ilmu dulu sebelum beli hartanah. Nanti korang kena tipu susah pulak.
9. Korang sewakan rumah tu untuk dapatkan pasif income & guna sewa bulanan untuk bayar installment rumah. Make sure rumah korang beli tu yang nak disewa tu at high demand. Aku nak cerita detail pun nanti jenuh korang nak baca pulak. So korang pi cari ilmu kat gilahartanah.com atau follow fb Harith Faisal atau Faizul Redzuan. Memang banyak info terbaik pasal hartanah kat situ.
10. Setiap perbelanjaan tu korang tulis. Aku kaki shopping dulu pastu hujung bulan dok termenung sorang2 dok fikir apasal duit aku asal hujung bulan je habis? Ku tak tahu ke mana hilangnya? Haha..Padahal aku tak pernah catat apa aku beli. Bila mula catat baru nampak kat mana duit banyak bocor. Rupanya kat baju & make up. Cess… Sekarang ni ,banyak apps macam my wallet & etc yang korang boleh guna untuk monitor duit keluar masuk korang. So dengan itu boleh kurangkan belanja yang tak perlu. 2 bulan aku guna apps tu aku berjaya save 20% dari duit gaji sebab dah tahu budget mana perlu cut. Biasa tak pernah boleh save. Adehh..
11. Sedekah. Sesunggunhnya dengan sedekah rezeki akan bertambah. Bila aku start sedekah satu persatu hutang aku dapat settlekan & dapat rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.
12. Last but not least, korang rajin-rajinkanlah baca ilmu kewangan. Bersepah-sepah kat fb tu..korang follow je otai-otai kewangan atau hartanah..contohnya macam yang aku bagi contoh kat atas. Sambil2 membawang kat fb tu korang boleh belek2 fb ilmiah pasal ni. Sambil membawang sambil dapat ilmu free. Hehe.
Rasanya ni je la kot tips yang aku ingat pernah aku buat nak selamatkan kewangan aku yang hampir barai dengan jayanya. Maaflah terpanjang plak. Ikutkan banyak lagi nak cerita tapi tak larat dah nak type. Korang pun tak larat nak baca kan. By the way, tq pada sudi baca. Tips ni aku cakap berdasarkan pengalaman. Up to you nak follow ke tak.
Alhamdulillah sekarang ni rental yield dari rumah sewa tu la banyak bagi sumber rezeki untuk aku lunaskan hutang2 yang ada. Sekarang ni aku dah ada 2 buah rumah. Satu kasi sewa ..satu duduk sendiri. Syukurlah Allah bagi kesedaran kewangan lepas 8 tahun kerja. Masih tak terlambat untuk aku betulkan balik mana yang silap. Nak beli rumah lagi tapi hold dulu bagi kewangan betul-betul stabil dulu.
Korang pun boleh cuba amalkan. Yang mana baru mula kerja jangan buat mistake kewangan macam aku. Setiap benda yang korang nak buat guna gaji korang fikirkan kesan jangka masa panjang supaya tak menyesal di kemudian hari. Kalau rasa susah nak ikut, terserah.
Tapi ingat biar tak bergaya asal poket tak koyak, Jangan biar papa asal bergaya ye. Haha just kidding. Jangan marah.
Bye
– Zila
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
No comments:
Post a Comment