JustForex

Saturday, 30 June 2018

CREDIT REPORT !!! PENTING KE TAK

Assalamualaikum,

Kali ini nak share berkenaan dengan kepentingan kita perhatikan credit report kita yang mana berkaitan dengan kesihatan kewangan kita bersama Bank mahupun PTPTN.

Dan alhamdulillah, dengan pertukaran KERAJAAN BARU ni, peminjam PTPTN tidak lagi di BLACKLIST tapi adakah anda tahu bahawa, kredit report anda still BARAI. Bila BARAI nak buat loan pun tak senang tau.

Ok, macam mana nak check Kredit Report ni?

Senang je, sama ada korang walk in pergi BNM ataupun beli di website ni  https://www.mycreditinfo.com.my dengan bayaran RM 15. Sebelum ni RM 10 je. Ni second time beli. Yang first dulu bulan November 2017 disebabkan oleh bank tak boleh nak process permohonan untuk buka Business Akaun disebabkan default dekat PTPTN.



Paling bagus kalau korang check report ni setiap 6 bulan sekali. At least korang alert dengan apa yang berlaku terutamanya sekarang ni banyak sangat scammer yang duk nak kencing orang kata kita ada loan sana sini pastu nama almost bankrupt. Bila korang ada benda ni, selamat la sikit kan.

Ini rekod yang bulan November 2017.  Dekat situ boleh tengok amount loan korang , kredit kad, PTPTN dan apa-apa yang berkaitan dengan bank. Kalau korang perasan dekat month tu ada rekod "0" dan "1" kan?  Kosong tu maksudnya tak ada default payment dan "1" maksudnya last month korang default. Nombor tu akan berubah tau kalau ada default. So hati-hati ok.

So ini yang paling latest.Perasana tak amount outstanding tu tinggi? Ini disebabkan balance credit card yang guna pada bulan itu 8K++, lets say masa cut off credit card, korang mantain "0" jadi amount tu pun berkurang la. Dan alhamdulillah, rekod pembayaran cantik. Tunggu nak remove angka "1" je. 
Jadi kepada mereka di luar sana, sangat penting untuk korang semua check rekod kewangan ni. Jangan ambil remeh berkenaan bayaran bulanan. Jangan nak skip. tersiksa tau kalau skip sebab kita tak tau bila kita memerlukan duit " urgent" kalau tak "urgent" ok la.

Sesetengah bank akan check rekod pembayaran kita sebelum approve any loan paling kurang pun 6 bulan termasuklah komitmen kita.  Jadi kita perlu check berapa amout yang bank boleh luluskan berdasarkan gaji kita. Paling penting kita alert dengan amount hutang dan juga DSR kita,






No comments:

Post a Comment