JustForex

Saturday, 30 June 2018

CREDIT REPORT !!! PENTING KE TAK

Assalamualaikum,

Kali ini nak share berkenaan dengan kepentingan kita perhatikan credit report kita yang mana berkaitan dengan kesihatan kewangan kita bersama Bank mahupun PTPTN.

Dan alhamdulillah, dengan pertukaran KERAJAAN BARU ni, peminjam PTPTN tidak lagi di BLACKLIST tapi adakah anda tahu bahawa, kredit report anda still BARAI. Bila BARAI nak buat loan pun tak senang tau.

Ok, macam mana nak check Kredit Report ni?

Senang je, sama ada korang walk in pergi BNM ataupun beli di website ni  https://www.mycreditinfo.com.my dengan bayaran RM 15. Sebelum ni RM 10 je. Ni second time beli. Yang first dulu bulan November 2017 disebabkan oleh bank tak boleh nak process permohonan untuk buka Business Akaun disebabkan default dekat PTPTN.



Paling bagus kalau korang check report ni setiap 6 bulan sekali. At least korang alert dengan apa yang berlaku terutamanya sekarang ni banyak sangat scammer yang duk nak kencing orang kata kita ada loan sana sini pastu nama almost bankrupt. Bila korang ada benda ni, selamat la sikit kan.

Ini rekod yang bulan November 2017.  Dekat situ boleh tengok amount loan korang , kredit kad, PTPTN dan apa-apa yang berkaitan dengan bank. Kalau korang perasan dekat month tu ada rekod "0" dan "1" kan?  Kosong tu maksudnya tak ada default payment dan "1" maksudnya last month korang default. Nombor tu akan berubah tau kalau ada default. So hati-hati ok.

So ini yang paling latest.Perasana tak amount outstanding tu tinggi? Ini disebabkan balance credit card yang guna pada bulan itu 8K++, lets say masa cut off credit card, korang mantain "0" jadi amount tu pun berkurang la. Dan alhamdulillah, rekod pembayaran cantik. Tunggu nak remove angka "1" je. 
Jadi kepada mereka di luar sana, sangat penting untuk korang semua check rekod kewangan ni. Jangan ambil remeh berkenaan bayaran bulanan. Jangan nak skip. tersiksa tau kalau skip sebab kita tak tau bila kita memerlukan duit " urgent" kalau tak "urgent" ok la.

Sesetengah bank akan check rekod pembayaran kita sebelum approve any loan paling kurang pun 6 bulan termasuklah komitmen kita.  Jadi kita perlu check berapa amout yang bank boleh luluskan berdasarkan gaji kita. Paling penting kita alert dengan amount hutang dan juga DSR kita,






Tuesday, 5 June 2018

XIAOMI REDMI NOTE 5

Asslamualaikum,

Alkisah semalam lagi, pergi jalan-jalan dekat Setapak Central then realized yang ada satu kedai Xiaomi dekat tingkat paling atas.

So jalan la pergi melawat nak tengok phone baru iaitu Xiaomi Redmi Note 5.

Sebenarnya hakak ni seorang peminat handphone Xiaomi kerana pernah beli sebelum ni, Redmi 4A masa tu dapat dengan harga RM 500, 16gb internal dan 2gb RAM alhamdulillah sampai sekarang tip top. Beli pada January 2017 dek kerana handphone yang duk buat business dah kong.


serba sedikit berkenaan dengan Xiaomi Redmi 4A.


Walaupun 16gb je, phone ni tak hang pun. awal-awal je la..lama-lama baru hang. Storage kecik kot.
Phone ni la banyak berjasa sampai boleh sales puluh-puluh ribu


Phone seterusnya pun hakak ambik Xiaomi Mi A1, beli dekat shopee dengan harga RM 759 pada 7 April 2018. Original MY set tau. Paling terkejut bila semalam tengok dekat kedai harga almost RM 900 tau. Beli online lagi jimat 😏😏😏




Apa yang tak best pasal Mi A1 ni adalah ia pure android dan paling tak puas hati bila tak ada dual apps tu. Sebagai seller , dual apps ni sangat penting tau..huhuhuhuhu. Menyesal pun ada gak, tapi menyesal pun tak guna

Sebelum pilih Mi A1 ni, duk usha juga Mi Note 4, harga lak duk maintain tang situ je tak drop, lps tu baru decide ambik Mi A1 sebab harga just tambah beberapa puluh je. Sumpah frust.

Bila semalam tengok Mi Note 5, mula la rasa nak tukar phone baru padahal baru beli je. Encik Husband kata, nak jual pun RM 600 belum tentu laku.. So decide pakai sampai lunyai.





Ni lah rupa Redmi Note 5. Masa launch hari tu kalau tak silap Rm 799 untuk 32gb, RM 999 untuk 64 gb, (ni yang normal rasanya dan bukan yang AI) dek kerana gst tak ada, harga boleh dapat la murah sikit. Kalau beli dekat kedai, yes!! harga memang macam ni, sebab itu lah korang semua kene survey dekat online especially Shopee yang lagi murah berbanding dengan Lazada kerana Shopee tak kenekan caj dekat seller. Untung banyak sikit, so seller dapat jual murah


AI, RM 849 consider murah juga la kan.


5 Pro pun RM 849



Note 5 RM 854




Yang global version korang boleh dapat murah sikit.

Semua dekat atas ni 64gb ROM/4gb RAM. 

Kalau bugdet rendah boleh cari yang storage kecik sikit, tapi bila compare price, different pun tak sampai RM 150, better goes to bigger storage la kan. Boleh selfie banyak-banyak


32gb/32gb ROM. lagi murah dari market. Kalau tunggu next month ni boleh dapat RM 600++ je ni
Imprt set RM 600++ dah ada dah 

Korang boleh compare dekat mana-mana platform, so far Shopee ni bit cheaper than other platform. Dan alhamdulillah beli dekat Shopee ni trusted. Kalau korang ada apa-apa soalan nak tanya, boleh chat je dengan seller. Nak mintak kurang pun boleh tau.











Monday, 4 June 2018

MARYKAY JUNE PROMOTION

Alhamdulillah,

Rasanya baru sahaja update promotion bulan May dan sekarang update promotion bulan june pula

Ini cover magazine Marykay yang mana khas untuk member sahaja. Tiap-tiap bulan dapat tau, tapi perlu pastikan yang anda kekal aktif ok.


Lets continue our journey to this month promo


The best among the best. Melacep serum yang Top seller ni unfortunately, dah sold out jam 10 tadi. Hukhukhuk. Tak sempat nak restock bebanyak buat stock.


Kekecewaan terubat bila this semi matte lipstik still available in stock. For those yang tak tau, semi matte ni launch last year and until now, still top selling tau. Promo ni best sangat sebab beli 3 pcs free 1 pcs lipstik true dimension


Tak sah untuk kaki makeup tidak memiliki makeup remover tau. Makeup remover ni oil free jangan risau boleh pakai dekat satu muka.


Last , set timewise repair ni. Jom hadiahkan kepada mak awak. hihihih


Psstt : sempena gst dah tak ada ni, yuran keahlian dah turun tau. Sekarang RM 18x sahaja.

Jom whatsapp saya sekarang

Nur
Marykay Independent Beauty Consultant
017-9698951




IIUM CONFESSION ; Jangan Biar Kewangan Barai

A few post yang mampu menarik minat untuk di share antaranya, jangan biarkan kewangan barai especially golongan muda ataupun yang baru merasa pegang duit sendiri. Alangkah beruntungnya anda sekiranya anda tak pernah mengalami masalah ini, dan bagi yang pernah alami, ini adalah satu pengajaran buat kita kan.
Jom baca confession by ZILA ni. Banyak lagi confession yang menarik dekat IIUM yang mampu jadikan iktibar buat kita
Assalamualaikum. Terima kasih admin post confession ni.
Nama aku Zila. Aku confess sebab tak nak korang pun terjebak dengan kewangan hancur macam aku.
Aku kerja gaji dalam rm7k tapi gara-gara tak ada kesedaran kewangan, lebih 50% gaji aku hutang je. Berhuhu je lah tengok hutang lagi 10 tahun nak abih. Mostly hutang jahat. So lepas ada kesedaran kewangan baru aku dapat restructure balik hutang piutang aku dan belajar berjimat cermat dengan gaji yang ada.
Di sini aku kongsi beberapa tips bagi yang baru nak mula kerja atau yang dah lama kerja. Hopefully dapat membantu dari buat kesilapan kewangan macam aku dulu.
1. Simpan dulu sebelum belanja . Bagi yang bujang the best simpan 30% dari total gaji, bagi yang dah kahwin & ada anak macam aku simpan 10-20% dulu pun dah ok soon after dapat gaji.
2. At least 10% bagi mak ayah bagi yang masih ada mak ayah. Ni untuk menambah keberkatan rezeki korang.
3. Zakat pendapatan jangan lupa. Ni bagi yang layak zakatlah untuk bersihkan harta korang.
4. Gaji Rm 3-4K jangan berangan beli kereta honda/toyota atau sewaktu dengannya. Ni hutang jahat beb. Liabiliti terbesar. Memang mula-mula tak terasa tapi bila dah komitmen ko dah bertambah baru ko tahu nyesal weh beli kereta mahal. Sebaiknya beli kereta yang installment max 10% dari gaji korang. Biar pi orang nak kutuk kereta ko janji poket ko tak robek. Kalau ko rasa ko nak beli jugak kereta mahal terserah tapi jangan menyesal di kemudian hari macam aku. Hiks
5. Dont ever-ever buat kad kredit kecuali korang cuma nak wujudkan CCRIS untuk buat loan rumah. Memang sedap swipe sana swipe sini tapi ko tahu tak interest kad kredit lagi tinggi dari personal loan? Kalau guna tapi bayar full tiap2 bulan ok lah. Tapi yang guna sampai rm10k tapi bayar minumum je memang sampai 10 tahun pun tak abih bayar kad kredit tu. Yang dah terguna banyak tu better bayar lump sum & terminate as soon as possible . Swipe pakai debit card sudah..at least beli pakai duit sendiri.
6. Dont ever-ever buat personal loan kecuali guna untuk deposit rumah kalau tak cukup duit sangat. Ko jangan termakan mulut manis pegawai bank yang cakap personal loan ni bagus, boleh guna duit belanja gf/bf/beli kereta kat mak ayah & bla..bla..bla..Sebenarnya bank suka pada orang yang baru mula kerja ni especially yang gaji besar sebab senang nak manipulate. Aku pun pernah terkena. Haha hadoii..tipah tertipu dowhh..
7. Buat ASB financing. Ni kalau korang nak kumpul duit dengan cepat especially yang plan nak kahwin atau nak buat deposit beli rumah dalam masa 2-3 tahun. Nak tahu macam mana nak buat? Korang pi je cari ilmu free kat fb Amir Syahir. Banyak dia cerita cara2 dia.
8. Target beli rumah dulu sebelum korang buat loan bukan-bukan. Rumah mahal? Yang pi cari yang mahal buat apa especially rumah baru. Korang cari la rumah subsale a.k.a rumah second hand. Banyak yang murah-murah area selangor or tempat lain. Tak caya tengok kat mudah.my, banyak lagi rumah below Rm200k. Kalau nasib baik jumpa rumah below market value. Nak lagi murah beli yang lelong tapi kena cari agen lelong yang trusted. Sebaiknya cari ilmu dulu sebelum beli hartanah. Nanti korang kena tipu susah pulak.
9. Korang sewakan rumah tu untuk dapatkan pasif income & guna sewa bulanan untuk bayar installment rumah. Make sure rumah korang beli tu yang nak disewa tu at high demand. Aku nak cerita detail pun nanti jenuh korang nak baca pulak. So korang pi cari ilmu kat gilahartanah.com atau follow fb Harith Faisal atau Faizul Redzuan. Memang banyak info terbaik pasal hartanah kat situ.
10. Setiap perbelanjaan tu korang tulis. Aku kaki shopping dulu pastu hujung bulan dok termenung sorang2 dok fikir apasal duit aku asal hujung bulan je habis? Ku tak tahu ke mana hilangnya? Haha..Padahal aku tak pernah catat apa aku beli. Bila mula catat baru nampak kat mana duit banyak bocor. Rupanya kat baju & make up. Cess… Sekarang ni ,banyak apps macam my wallet & etc yang korang boleh guna untuk monitor duit keluar masuk korang. So dengan itu boleh kurangkan belanja yang tak perlu. 2 bulan aku guna apps tu aku berjaya save 20% dari duit gaji sebab dah tahu budget mana perlu cut. Biasa tak pernah boleh save. Adehh..
11. Sedekah. Sesunggunhnya dengan sedekah rezeki akan bertambah. Bila aku start sedekah satu persatu hutang aku dapat settlekan & dapat rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.
12. Last but not least, korang rajin-rajinkanlah baca ilmu kewangan. Bersepah-sepah kat fb tu..korang follow je otai-otai kewangan atau hartanah..contohnya macam yang aku bagi contoh kat atas. Sambil2 membawang kat fb tu korang boleh belek2 fb ilmiah pasal ni. Sambil membawang sambil dapat ilmu free. Hehe.
Rasanya ni je la kot tips yang aku ingat pernah aku buat nak selamatkan kewangan aku yang hampir barai dengan jayanya. Maaflah terpanjang plak. Ikutkan banyak lagi nak cerita tapi tak larat dah nak type. Korang pun tak larat nak baca kan. By the way, tq pada sudi baca. Tips ni aku cakap berdasarkan pengalaman. Up to you nak follow ke tak.
Alhamdulillah sekarang ni rental yield dari rumah sewa tu la banyak bagi sumber rezeki untuk aku lunaskan hutang2 yang ada. Sekarang ni aku dah ada 2 buah rumah. Satu kasi sewa ..satu duduk sendiri. Syukurlah Allah bagi kesedaran kewangan lepas 8 tahun kerja. Masih tak terlambat untuk aku betulkan balik mana yang silap. Nak beli rumah lagi tapi hold dulu bagi kewangan betul-betul stabil dulu.
Korang pun boleh cuba amalkan. Yang mana baru mula kerja jangan buat mistake kewangan macam aku. Setiap benda yang korang nak buat guna gaji korang fikirkan kesan jangka masa panjang supaya tak menyesal di kemudian hari. Kalau rasa susah nak ikut, terserah.
Tapi ingat biar tak bergaya asal poket tak koyak, Jangan biar papa asal bergaya ye. Haha just kidding. Jangan marah.
Bye
– Zila
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Berbuka puasa di BBQ Chicken Setapak Central 2018

Hai Assalamualaikum

Selamat berpuasa.

Alhamdulillah hari dah masuk Ramadhan ke 19 umat Islam berpuasa dan minggu depan Insha Allah akan umat Islam akan menyambut hari raya.

Hari ini just want to share with you guy satu tempat makan makanan korea yang boleh di consider sebagai best juga dengan harga yang berpatutan.

Actually ini kali ke 2 makan di bbq chiken ni, 1st time dengan BFF dan 2nd time dengan encik husband. Tak pernah try makanan korea melainkan makan dekat seoul garden je la.


Belanja gambar dulu sekeping 😍😍. Makeup simple-simple je. Yang penting Lipstik tu Marykay Semi shine lipstik Mod Pink


Ni la kedai BBQ chicken tu. dekat ground floor central court. Nak di jadikan cerita, dulu kedai ni pernah la buka dekat The Curve, tapi tak pernah pun singgah dan tak teringin pun nak masuk. Lepas tu, last year ternampak la Bingsu, di sebabkan nak cuba bingsu tu, maka termasuk lah dalam kedai ni. Tak expect pun rasanya agak sedap juga, potion pun boleh tahan kenyang juga la


Encik suami konon-konon duk baca menu 😜😜



Masing-masing excited dapat ayam goreng 😉😉😉😉


Ni la menu yang kami order berdua. Kalau datang sini, di sarankan agar jangan ambik banyak-banyak nanti tak habis


Hot Stone Rice Kimchi Chicken


Hot stone rice, Bulgogi Beef 


Mango Bingsu

Boleh check menu dibawah 💗💗💗💗


Harga untuk Bingsu


Harga untuk chicken. tapi kami pilih set kalau xsilap harga dalam 38++


Hot stone rice yang wajib korang try. Datang bersama Soup

Total semua yang kami habis termasuk 2 ais lemon tea adalah RM 115++. 
Harga termasuk sekali dengan service charge 10%

Kalau korang ada tempat makan yang best-best boleh la komen di bawah ni

Sharing is caring 😃😃😃😃