JustForex

Tuesday 22 May 2018

TERKINI : CARA CHECK BAKI TERKINI ASB SECARA ONLINE

Since ASB dah lancarkan kemudahan secara online sejak Jun 2017, kini saya tidak bersusah payah ke pejabat pos mahupun membayar caj transfer sekiranya ingin menambah pelaburan.Sangat jimat dan menyenangkan 💗💗💗💗

Sistem online ini hanyalah untuk semak baki dan juga nak tambah pelaburan sahaja. Setakat ini, pengeluaran masih boleh di lakukan di bank, agen ataupun pejabat pos yang terpilih.

Bagi yang mempunyai akaun ASB dan belum mendaftar secara online, anda hanyalah perlu pergi update no phone dan juga nombor akaun ASB yang baru di cawangan ASB yang terdekat, jadi baru lah anda boleh membuat pendaftaran ni.

Caranya cukup senang:

Log in ke https://www.myasnb.com.my

Pastikan masuk ke website yang betul.




Selepas itu, Klik di "DAFTAR DI SINI"


Isi segala maklumat asas yang di perlukan dan ke langkah seterusnya. Nombor talefon yang betul di perlukan untuk pengesahan. Ala..macam online banking tu. perlukan TAC. sbb tu la korang perlu register nombor talifon.

Since dah pernah register sebelum ni, terpaksa lah skip yang ni k. Korang boleh follow link ni: CARA DAFTAR ASB ONLINE


Selepas selesai, korang just tekan log masuk :


Ni step macam online banking je. sangat senang ok. Masukkan Id yang korang register tadi.


Make sure ,ID dengan frasa keselamatan tu betul baru masukkan kata laluan k, then teruskan.



So nanti boleh nampak amout pelaburan dan juga nama anda di atas tu.

Sangat memudahkan terutamanya Januari setiap tahun kan. Boleh check berapa keuntungan yang di perolehi 😊😊😊😊😊



No comments:

Post a Comment