JustForex

Sunday, 16 September 2018

PENGALAMAN TERAKHIR BERSAMA SUPERSTAR LIBRA CRUISE 2018

Hai Assalamualaikum

Sebagaimana yang sedia maklum, Supertar Libra cruise telah menamatkan perkhidmatan mereka pada June 2018 dan adalah menjadi kebanggaan dari pihak kami (Independent Marykay Consultant) yang mana meraikan farewell mereka.

Sangat terkejut bila dimaklumkan oleh rakan apabila team kami adalah yang terakhir menaiki cruise tersebut. Sempat la merasakan sebelum mereka belayar balik ke negara asal selepas 30 tahun berkhidmat.

Namun jangan sedih, still ada Star Cruise Gemini yang akan menggantikan Libra ye. Boleh cuba-cuba nanti 😊😊😊


Percutian kami selama 4 hari 3 dalam di atas star cruise adalah tajaan sepenuhnya oleh Marykay. So cruise ni cover Port Klang - Phuket - Penang - Port Klang. Sangat best okei walaupun mabuk laut especially pada waktu malam.

Makan pun best non stop je. Hahahahha.



Ini adalah bilik penginapan sepanjang 3 malam di atas cruise. Ibarat stay di hotel, hari-hari ada housekeeping. Bilik pun bersih, toilet pun bersih tapi sempit sikit la.


Dekat deck atas ni ada swimming pool, gym dan juga halal restaurant ❤️



My 1st food dekat atas tu. Lunch provided. Just swipe kad yang diberkan je. Kapal tak gerak pun dah boleh makan. Korang just imagine 3 malam dekat atas tu. Phewww mau berkilo naik



Taklimat keselamatan ni korang wajib attend tau incase anything happen ke korang tak ada la terpinga-pinga. Kejap je tak lama pun. Lepas tu mereka akan bawak korang ke assembly point untuk menaiki safe boat. ( dieorg just show location, tak ada demo naik boat pun. Jangan risau) 
Part ni lupa snap gambar tapi ada video dalam camera 

I think perlu ada 2 part ni, 1st part pun dah selamat cerita. Tunggu part 2 😘😘




No comments:

Post a Comment