JustForex

Sunday 16 September 2018

PENGALAMAN TERAKHIR BERSAMA SUPERSTAR LIBRA CRUISE 2018

Hai Assalamualaikum

Sebagaimana yang sedia maklum, Supertar Libra cruise telah menamatkan perkhidmatan mereka pada June 2018 dan adalah menjadi kebanggaan dari pihak kami (Independent Marykay Consultant) yang mana meraikan farewell mereka.

Sangat terkejut bila dimaklumkan oleh rakan apabila team kami adalah yang terakhir menaiki cruise tersebut. Sempat la merasakan sebelum mereka belayar balik ke negara asal selepas 30 tahun berkhidmat.

Namun jangan sedih, still ada Star Cruise Gemini yang akan menggantikan Libra ye. Boleh cuba-cuba nanti 😊😊😊


Percutian kami selama 4 hari 3 dalam di atas star cruise adalah tajaan sepenuhnya oleh Marykay. So cruise ni cover Port Klang - Phuket - Penang - Port Klang. Sangat best okei walaupun mabuk laut especially pada waktu malam.

Makan pun best non stop je. Hahahahha.



Ini adalah bilik penginapan sepanjang 3 malam di atas cruise. Ibarat stay di hotel, hari-hari ada housekeeping. Bilik pun bersih, toilet pun bersih tapi sempit sikit la.


Dekat deck atas ni ada swimming pool, gym dan juga halal restaurant ❤️



My 1st food dekat atas tu. Lunch provided. Just swipe kad yang diberkan je. Kapal tak gerak pun dah boleh makan. Korang just imagine 3 malam dekat atas tu. Phewww mau berkilo naik



Taklimat keselamatan ni korang wajib attend tau incase anything happen ke korang tak ada la terpinga-pinga. Kejap je tak lama pun. Lepas tu mereka akan bawak korang ke assembly point untuk menaiki safe boat. ( dieorg just show location, tak ada demo naik boat pun. Jangan risau) 
Part ni lupa snap gambar tapi ada video dalam camera 

I think perlu ada 2 part ni, 1st part pun dah selamat cerita. Tunggu part 2 😘😘




Tuesday 11 September 2018

Blog update

Finally, update blog dengan menggunakan apps je. Tapi not sure how its work especially kalau nak upload picture.

Rasanya banyak topic yang telepas dek kerana waktu ataupun saat yang sangat terhad di mana, hanya update blog dengan menggunakan laptop sahaja.

Dan kali ini, decide nak install apps dekat phone supaya senang sikit nak update especially kalau terjumpa something yang best untuk di kongsikan.

Stay tune and will update again 😊

Wednesday 5 September 2018

IIUM CONFESSION: Pembangunan Produk Kosmetik

Terpanggil untuk share this story dekat wanita ataupun lelaki out there

Very informative dan setiap founder ataupun pengguna wajib tahu.

Assalamua’laikum dan salam sejahtera,
Saya merupakan seorang R&D Chemist dalam bidang kosmetik dan sudah berada dalam industri kosmetik ni lebih kurang 7 tahun lebih. Jadi, kat sini saya nak kongsi mengenai proses untuk develop sesuatu produk kosmetik untuk pengetahuan bakal-bakal founder dan pengguna dalam kilang OEM. Ramai kawan2 dah jadi mangsa dengan produk2 segera ni sebab tu saya nak kongsi supaya semua pengguna mempunyai kesedaran tentang produk2 kosmetik ni.
OEM ni stand for Original Equipment Manufacturer yang membantu founder untuk buat brand sendiri. Contohnya Siti Nurhaliza yang buat produk dengan brand simplysiti . Kebiasaanya nak develop product baru ni amek masa bertahun jugak la. Bukan sebulan dua dah boleh jadi founder dan jual kat customer. Tapi masalahnya sekarang ni terlalu ramai nak jadi founder sampai ada OEM service yang tawarkan dengan modal yang rendah dengan minimum order quantity (MOQ) yang rendah tanpa melalui proses2 yang betul.
Mulanya, Founder akan cari kilang2 kat malaysia yang provide OEM service. Selalunya founder yang ada modal rendah ni akan cari kilang OEM yg kecil yang provide MOQ yang rendah. So modal 5k-10k dah boleh jadi founder produk. Selalunya produk yang dihasilkan ni jual dalam talian. Tapi kalau OEM company yang besar pulak akan buat produk OEM untuk mass market dan well known brand yang ada dekat department store, drugstore, supermarket dan pasaraya2 kecil. MOQ untuk company yang besar ni sangatlah tinggi. Dan modal yang diperlukan sangat banyak tapi bila buat banyak ni cost untuk hasilkan 1 produk ni adalah rendah dan bila ada kat pasaran kita boleh la nak beli.
Ada 2 jenis founder yang nak buat produk ni. First, founder yg dah ada concept produk apa yg dorang nak develop. Yg ni mudah sikit sebab kita just ikut requirement dia ja. Tapi ada gak cabaran bila founder nak concept yg merapu, nak claim benda yang tak logik. Mostly nak kami formulate untuk all skin types sebab nak keluarkan 1 range produk ja. Produk skin care dengan claim “suitable for all skin types” ni sebenarnya tak semuanya sesuai. Sebab kita ada 4 jenis kulit iaitu berminyak, kering, normal dan kombinasi (minyak dan kering). Setiap jenis kulit ni memerlukan cara penjagaan yang berbeza. Sebab tu jangan mudah terpengaruh dan cuba dulu trial kit sebelum beli yang original.
Produk A tu berkesan dekat Siti yang kulit kering tapi tak semestinya berkesan dengan Minah yang kulit berminyak. Second, founder yg ada modal tapi tak tau nak buat concept apa. Untuk kes yg kedua ni kami akan advice start from A to Z. Sebagai chemist ni kami akan sentiasa travel dan collaborate dengan pembekal di seluruh dunia untuk sentiasa keep updated dengan inovasi dan teknologi tekini dalam industri kosmetik. Kemudian mudah la nak propose konsep yang dorang nak.
Bila dah decide concept, kami akan study dengan bahan-bahan yang nak digunakan dan mula draft formulation. Kemudian prepare sample based on the formulation. Kena ikut percentage dengan betul. Tak boleh lebih dan kurang. Kadang lebih 0.01% pun dah boleh effect sample tersebut.
Sebelum submit sample kepada customer, kami kena buat internal test atau sensorial test dulu untuk pastikan sample tu disediakan dengan apa yang dorang nak. Kadang ambik masa yang lama untuk lepaskan sample pada customer ni. Kalau tak puas hati then kami akan buat semula, revised formulation dan prepare the sample again. Kalau produk tu first time develop lagi sakit la nak ulang proses tu.
Bila customer dah confirm dengan sample tu then kami akan proceed dengan stability test yang mengambil masa sekurangnya 3 bulan dan diletakkan dalam 4 tempat yg berlainan. Sample ni kami akan incubate dalam oven dengan suhu 45 degree C, untuk kenal pasti shelf life product tu. 3 month stability test ni bersamaan dengan jangka masa 2 tahun. Kemudian letak dlm room temperature, dalam freezer, dan tempat yg exposed to UV. Every month kami akan monitor setiap sample dengan check apperance, odor, pH dan kepekatan produk tersebut.
Tak boleh ada sebarang perubahan dari segi 4 benda tu. Dlm stability test ni pun kami akan conduct microb test. Untuk pastikan tak ada microb dalam produk tersebut. Boleh bayang tak kalau stability tu failed? KAMI KENA FORMULATE BALIK DAN ULANG BUAT SAMPLE TU.. penat oo. Nak pulak customer tak sempat2 nak keluarkan produk masing2. Lani korang boleh faham kan kenapa nak develop product tu ambik masa bertahun? Habis tu macam mana dengan founder yg dalam masa sebulan dua dah jadi founder? Hmm..
After passed, then proceed to conduct PET test. PET ni preservative efficacy challenge test. Nak pastikan pengawet yang kami guna tu berkesan untuk bagi produk tu tahan lama. Ada lagi test yang perlu kita buat untuk product claim. Cth: dermatological tested (DTP), hypoallergenic tested. DTP test ni tak ada kat malaysia. Kami pernah hantar untuk buat DTP ni sampai ke German. Sebarang claim kena ada document support. Bukan senang2 boleh claim tau.
Kemudian kena buat packaging test atau compatibility test. Sebab nak test produk tu sesuai tak letak dalam packaging yg kita guna. Yang ni pun kena monitor dalam masa 3 bulan. Benda2 yg kami monitor sama ja dengan stability test. Kalau ada sebarang perubahan memang kena tukar lagi packaging tu. Berat produk before and after test pun kami akan nilai. Kadang-kadang ada produk yang tak sesuai digunakan dengan packaging yang kita pilih dan produk akan evaporate. Jadi, kuantiti produk akan kurang.
Bila semua dah lepas baru kami akan proceed to production. Then geng2 production dan department lain pulak akan sambung proses tu sampai la produk dipasarkan.
Percaya tak banyak produk yang tak melalui proses ni? So korang berhati2 la nak pilih produk kecantikan masing2. Nak selamat pilihlah produk2 yang dah establish well dekat pasaran especially mass market. sebab produk2 ni memang akan go through with all this process dan ada Product Information File (PIF). dalam PIF ni sangat details. Semua info pasal bahan2 mentah, bukti produk claim, safety assessment nak buktikan produk ni selamat dan macam2 lagi. Tapi kalau produk segera tu memang tak ada semua ni tau.
– Wan Rosidah
Credit : IIUM confession