Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang semua.
Dah lama sangat tak menulis. Last posting pun awal tahun hari tu, itu pun just wish happy new year.
Actually aku ada beberapa entry yang belum sempat di kongsikan antaranya trip Hatyai- Huahin.
Nanti aku share kalau ada mood nak menulis,
Kali ni aku nak share pengalaman menaiki ETS Business Class yang bagi aku cukuplah pengalaman sekali seumur hidup je. Naik class biasa pun dah ok dah melainkan korang nak tempat khusus atau nak lebih ketenangan.
Meh aku share !
Trip aku dari KL Sentral ke Taiping menelan masa 3 jam 10 minit lebih kurang dengan kos tiket pada masa itu Rm 141. Aku ambil tiket pukul 5.30 pm dan tiba di Taiping jam 8.40pm. Lokasi menunggu Ets adalah tingkat atas. Ruang menuggu sebelum ni dan bukan tempat yang korang nak ktm biasa mahupun lrt tu. Aku pun baru tau sebab sebelum ni tunggu dekat bahagian bawah. ( last naik ETS dari Kl sentral 2018. dah lama sangat dah) itu pun selepas aku tanya dekat information kaunter sebab pelik kenapa Platform 1 tiada. Nasib baik aku tak tunggu. Kalau tak, mau kene tinggal.
Jangkaan aku pada mulanya adalah, arrangement macam naik flight. Dieorang akan panggil group business class dulu naik tapi tidak je.( At least bagi la group ni turun dulu kan almaklumlah mereka ni dari coach A kalau stesen biasa aku rasa ok la sebab tak ramai orang pun) Beratur bersama-sama tanpa penjarakan sosial dek kerana semua orang pun macam rushing je nak pergi tunggu dekat platform. Off course ada golongan selfish yang potong barisan tanpa rasa bersalah .