JustForex

Wednesday, 21 August 2019

MASIH ADA RAKYAT MALAYSIA YANG BELUM FASIH BERBAHASA MELAYU?

Perkongsian daripada Cikgu Khu Eian Chun refer sini

Sempena dengan Bulan Kebangsaan ini, saya ingin mengambil kesempatan dan risiko ini untuk meminta kaum saya utk sama2 merenungkan apa yg akan sy sampaikan ini nanti. Sebelum itu, anda diminta untuk membacanya dgn mata hati, minda yg terbuka dan ditafsir dgn akal fikiran.
Isunya ialah penguasaan bahasa Malaysia dalam kalangan kaum Cina. Melalui pemerhatian terhadap persekitaran sy, majoriti kaum Cina dilihat gagal menguasai BM dengan baik. Cakap hanya sekadar utk org faham dgn bahasa yg lintang pukang. Kenapa ini berlaku? Sedangkan kaum Cina sudah hidup berkurun lamanya di bumi Malaysia ini. Sy sendiri merupakan generasi ke-7 di Tanah Melayu. Tetapi persekitaran kehidupan kaum Cina di Kelantan/Terengganu mungkin agak berbeza dengan kaum Cina di negeri2 lain. Walaupun bukan semua, tetapi majoritinya begitu.
Kami lebih mahir berbahasa Melayu serta dpt kecek Klate dengan baik dan lebih mengerti budaya kaum Melayu berbanding dengan kaum2 Cina di negeri lain. Ini adalah kenyataan. Kenapa? Mungkin sebab populasi Cina di Kelantan/Terengganu lebih sedikit berbanding dengan negeri2 lain dan memaksa mereka utk bercampur dgn kaum2 Melayu setempat. Boleh jadi juga sebab kebanyakan drp mrk tinggal di kawasan kampung2 dan bergaul rapat dengan kaum2 Melayu tempatan. Ataupun mungkin disebabkan oleh pengaruh ibu bapa yang sentiasa mesra dengan kaum2 Melayu setempat.
So, bagaimana untuk memastikan kaum2 Cina lain juga dapat menguasai BM (pertuturan) dgn baik? Sy berpendapat bahawa, selain drp kesedaran dalaman diri, ibu bapa perlulah terlebih dahulu sedar akan perkara ini dan memandangnya secara lebih terbuka. Galakkan anak2 supaya sentiasa berkawan dgn Melayu, sentiasa bercakap dengan menggunakan bahasa Melayu dengan kawan2 Melayu, mendengar lagu2 Melayu dan sentiasa lah tonton drama/cerita2 Melayu (termasuk berita arus perdana).
Berkawan dengan Melayu tidak semestinya kita akan/kena masuk Melayu (Islam). Segalanya bergantung kpd diri sendiri. Majoriti kawan2 saya adalah Melayu, tetapi sy masih Cina Buddha sehingga kini... cuma sy berkahwin dengan Cina yg mengajar subjek Bahasa Melayu sahaja... ðŸ˜Š. Dalam sesetengah perkara, sy terpaksa bersetuju dengan Prof. Dato' Dr. Teo Kok Seong. Beliau pernah dgn tegasnya mengatakan bahawa Cina yang tidak pandai bercakap Melayu sepatutnya keluar drp Malaysia!. Maksudnya ialah, sangat tidak masuk akal bagi warganegara Malaysia yang telah sekian lama berada di Malaysia tetapi tidak dapat bertutur BM dengan baik malah ada yang tidak pandai pun bertutur BM! Pelik kan? Pelik, tapi benar.
Disebabkan ini lah Prof. Dato' Dr. Teo pernah mewarwarkan sekolah 1 aliran pada suatu ketika dahulu yang mendapat tentangan hebat drp kaum2 cina termasuklah saya. Sy tidak setuju bukan kerana sy bersikap perkauman. Tetapi, selagi mana SIKAP PERKAUMAN ini wujud dalam setiap diri masyarakat Malaysia, maka selagi itu lah Sekolah 1 Aliran ini tidak sesuai dilaksanakan. Kenapa? Cukuplah sy sendiri yg memahaminya. Banyak komplikasinya.
Berbalik kpd pokok persoalan. Murid2 Cina biasanya akan ke SJKC dan apabila ke sekolah menengah nanti, tidak semua pergi ke SMJKC. So, akan ada yang masuk ke SMK aliran perdana. Di situ mrk akan menghadapi masalah berkomunikasi dgn rakan2 sekelas Melayu dan guru2 Melayu. Mrk juga akan masuk kelompok2 Cina supaya senang utk berkomunikasi. Begitu juga apabila mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT nanti. Situasi ini adalah sangat tidak sihat kpd masyarakat majmuk di Malaysia. Sebab itu lah sy menyarankan kpd ibu bapa kaum Cina di Malaysia ini supaya menggalakkan anak2 mereka bergaul dgn Melayu. Mcm mana cara untuk bergaul itu adalah bergantung kpd kebijaksanaan didikan ibu bapa masing2.
Anak sulung sy yang berumur 7 tahun pun sudah pandai bercakap BM dengan baik...juga dapat menguasai bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris. So, kita (Cina) sepatutnya berfikir dgn lebih menyeluruh terhadap perkara ini dan bukannya berfikir utk kepentingan diri/kaum kita semata-mata. Ingat, Malaysia ialah negara majmuk!. Cukuplah kita dihina dgn bermacam2 selama ini. Anda yang buat hal, saya yg tak bersalah juga turut terkena tempiasnya atas nama Cina. Ini adalah TIDAK ADIL!.
Sy menyeru kpd anak2 didik saya terutamanya dan rakan2 kenalan, apabila anda mempunyai anak2 kelak, asuhlah anak2 anda supaya menjadi warganegara Malaysia yang berada di bumi berbilang kaum ini. Siapalah saya untuk berpesan kpd yg lebih tua...nanti ada yang akan cakap "saya terlebih dahulu makan garam drp awak". Susah nak menyedarkan yg tua ini. Nak membentuk peradaban memang memakan masa yg lama...pun begitu, tidak mengapa. Seribu langkah dimulai dengan langkah pertama. Lebih baik melangkah drp langsung tidak melangkah!.
Sy ingin berkongsi kisah benar drp isteri sy pada beberapa minggu yang lepas. Terdapat beberapa org pelajar Cina di dalam kelasnya yang tidak tahu pun cuti umum yg mereka dapat itu ialah cuti sempena pertabalan Agong! Siapa Agong pun tak tahu!Agong sekarang ini sultan negeri mana pun tak tahu! Malah terdapat pelajar Cina di dalam kelasnya yang tidak pandai bertutur BM. Setiap kali masuk kelas dia akan mengelak dan sentiasa menundukkan muka ke bawah apabila dipandang oleh isteri saya. Rupa2nya ialah kerana dia takut disoal kerana tidak pandai bertutur BM! Apa yang dia cakap, isteri saya pun tak faham! BM yg sangat teruk (macam mana lulus SPM sy pun x tahu). Dengan itu, setiap kali kelas, isteri sy akan sentiasa 'attack' dia. Akhirnya, sekarang ini dia dah boleh bercakap sedikit2. No comment. Anda boleh nilai sendiri mcm mana. Orang sebegini lah yang kita risau, apabila memasuki alam pekerjaan nanti, mrk juga akan berada dlm kelompoknya yg sama. Apabila bekeluarga kelak, anak2nya juga akan ikut patern yg sama. So, perkara ini akan berterusan dr generasi ke generasi....yg tiada penghujungnya. Sadis!.
Sy cukup yakin, situasi ini juga turut berlaku di lain2 IPT. So, sekurang-kurangnya dalam bulan kebangsaan ini, mari lah kita sama2 merenungkan perkara ini dengan mata hati dan akal yang waras. Sesekali update status FB dengan menggunakan BM pun bagus juga. Tidak perlu diagungkan sgt dgn BI sampai lupa di mana bumi kita pijak. Anda boleh mencontohi kaum Cina negeri Kelantan/ Terengganu/Sarawak utk hidup dlm masyarakat majmuk. Usah terlalu terpengaruh dgn org2/cakap2 politik kerana politik Malaysia masih jauh terkebelakang. Kita hanya perlu fikirkan tanah air (Malaysia) kita sahaja. Peace No War

BUDAK PEREMPUAN TAHUN 5 AJAK BUAT SEX ?

Dari perkongsian  Fb : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Seorang ibu mesej saya gambar ini. Saat bercerita kepada saya, tangan beliau menggeletar. Hampir tidak percaya, anak lelakinya darjah 6 perolehi surat dari seorang kanak-kanak perempuan, darjah 5.
"Kepada ......
Nama aku ....., Darjah 5. Tak apa kalau kau tak kenal aku. Aku nak berkenalan dengan kau. Aku nak tanya, kau pernah tak bersetubuh dengan perempuan?
Hmmm. Sebenarnya aku nak bersetubuh dengan kau. Sekali je, please. Kalau sekali tak keluar anak. I like you."
Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
Ini kiriman surat budak perempuan berusia 11 tahun kepada pelajar lelaki 12 tahun tau. Kalau kita yang jadi mak bapak budak lelaki ni pun mesti berada dalam situasi puan berkenaan, menggeletar dan seolah-olah tidak percaya.
Idea budak perempuan berkenaan ada. Ia serius. Bukan main-main. Beliau maksudkan apa yang ditulis. Bersetubuh, sekali sahaja, tidak akan lahirkan anak.
Anak puan ini tak kenal siapakah gerangan budak perempuan berkenaan. Cuma, saya tahu kes berlaku di sekolah mana. Saya akan cuba bantu apa yang boleh nanti.
Ada beberapa faktor anak sekecil ini boleh jadi begini.
1. Masih lagi tidur sebilik bersama mak bapak. Aku tak pelik hal ini boleh berlaku. Kerap kali aku program dengan budak sekolah rendah, yang darjah 6 pun masih tidur satu bilik dengan parents.
Apa yang mak ayah begini fikirkan? Tak pernah ke terlintas di fikiran anak ini boleh mencuri pandang jimak yang dilakukan oleh mereka? Expect anak dah tidur? Tak pernah ke sampai kepada mereka kisah gadis muda ketagih seks dek selalu tengok mak ayah berjimak depan mata dari kecil?
2. Ada juga budak sekolah jadi begini disebabkan pernah menonton pornografi. Samada akses sekali sekala atau sampai ketagih. Tak perlu aku huraikan aspek yang ini.
Masing-masing dah tahu kesannya bilamana viral kes budak lelaki 12 tahun rogol kanak-kanak perempuan 4 tahun setelah terangsang tengok video lucah.
Tak cukup dengan tu, beberapa hari lepas keluar lagi isu yang lebih kurang. Seorang budak lelaki 11 tahun 'rogol' kakak sepupu yang berusia 12 tahun. Walau suka sama suka, tapi term rogol terpakai kepada pelaku bawah 18 tahun.
Puncanya sama. Terangsang tonton video lucah dari telefon bimbit.
3. Kawan-kawan yang telah akses pornografi mengajar rakan-rakannya yang lain di sekolah. Aku pernah kongsikan sebelum ni ada budak lelaki darjah 1 ajak kawan lelakinya ke tandas untuk main rogol-rogol. Dan iya, budak ini maksudkan apa yang beliau katakan.
4. Yang paling aku takutkan sebab yang keempat ni. Kanak-kanak ini telah menjadi mangsa pengantunan (sex grooming) oleh ahli keluarga yang terdekat.
Ada pihak yang tak bertanggungjawab seperti ayah, datuk, abang, sepupu, bapa sedara, kawan kepada ayah atau individu yang ada akses dengannya telah membina trust dengan si kecil ini untuk tujuan seksual.
Walau budak ini telah menjadi mangsa cabul atau rogol (nauzubillah), tapi dia tak tahu yang dirinya mangsa. Pemangsa telah berjaya buatkan budak ini percaya perbuatan itu ok, normal dan menyeronokkan.
Lepas jadi mangsa, child sex predator ini akan belanja makan, bagi hadiah atau lain-lain ganjaran.
******
Kesan kepada 4 perkara ini, kanak-kanak yang menjadi mangsa seksual akan anggap perbuatan seks itu normal. Beliau akan groom pula kawan-kawannya di sekolah.
Dalam kes ini, mujurlah puan berkenaan selalu spotcheck beg sekolah anaknya. Kalau tak, sampai bila-bila tak tahu yang anaknya terima 'surat cinta' ini.
Buat mak ayah di luar sana, ini cadangan saya,
1. Please ingatkan anak-anak, jika mendengar perkataan yang tak elok kawan sebut di sekolah, kata-kata keji, makian, ejekan, bad words, mencarut, lucah, terus bagi tahu mak ayah. Parents pula kena terangkan pada anak kenapa perkataan itu tak elok atau terangkan definisi kepada word berkenaan, seperti rogol, cabul, liwat dan lain-lain.
2. Mak ayah juga tolong pesan pada anak-anak jika dapat surat kiriman kawan-kawan. Tak kisahlah walau ia cinta monyet sekalipun. Yang penting, mak ayah kena tahu. Tambah-tambah, anak yang masih bersekolah rendah.
3. Jangan jemu-jemu ingatkan pasal sentuhan selamat dan tidak selamat, beza antara sentuhan kasih sayang dan bersifat seksual. Juga ajar tentang private part yang tak boleh disentuh, dipegang atau diraba (mulut, dada, kemaluan, punggung, paha). Jika ia berlaku, jerit kuat-kuat, lari selamatkan diri dan mengadu atau beri tahu parents.
4. Paling penting, jangan kau pula jadi bodoh berjimak atau bercumbu-cumbuan depan anak. Tak tahu malu ke jubake?
Buat guru-guru,
1. Inilah dia antara anak-anak didik kalian hari ini. Bermula dari sekolah tadika lagi sudah ada budak melucah. Semuanya bermula dari mak ayah di rumah.
2. Jika cikgu dapat kes seperti ini, tolong bantu sebaik mungkin. Mereka adalah mangsa. Bukan saja-saja buat macam tu. Sebab-sebabnya saya dah nyatakan di atas.
3. Jika dapat aduan dari pelajar melibatkan kes-kes seksual, jangan anggap mereka bergurau. Budak kecil jarang menipu bab-bab begini. Ambil peduli dan refer kepada guru yang berkaitan.
4. Walau kalian bukan guru mengajar Pendidikan Kesihatan atau subjek Pendidikan Islam, jangan pernah jemu ingatkan anak didik pasal isu-isu sebegini. Lantaklah kalau ada ibu bapa atau rakan guru yang kata kita memandai-mandai. Tak kena ke anak dia memang sedap cakap. Tugas kita bersama ni.
Saya harap post ini dibaca dan dikongsi sebanyaknya oleh kalian. Jujur saya katakan, penat tau mengadap isu sebegini yang tak beransur pulih. Semakin teruk adalah.
Mari sama-sama jadi masyarakat yang berperanan. Jangan jadi netizen yang tahu mengecam sahaja isu pembuangan bayi, seks bebas atau hamil luar nikah tanpa sedar punca permasalahan yang perlu dirawat.
Dan ia bermula dari rumah.

Semoga di jauhkan nasib anak cucu kita daripada kejadian sebegini rupa.