JustForex

Sunday, 21 July 2019

KRONOLOGI HUAWEI BATTERY REPLACEMENT RM 99 NETT

Selepas sekian lama, baru aku nak update cerita berkenaan dengan penukaran bateri handphone huawei nova 2 plus aku, hadiah daripada buah hati (sekarang suami), yang mana bagi aku amat lah bernilai (sentimenal value).

Long story to short, handphone aku start problem pada hari 2 aku berada di Koh Lipe. Pada lanya aku ingatkan masuk air tapi rupanya bukan. Then lepas phone aku dah boleh on, berlakulah problem dekat on off button. Still boleh guna since ada thumb print tapi problem kedua berlaku apabila thumb print aku tak boleh guna.

So aku decide hantar phone dekat kedai berhampiran dengan rumah aku ni. Dalam masa yang sama aku tukar juga thumb print dan juga battery (kedai tu cakap battery aku kembung ) ,alang-alang maka aku tukar la sekali. Total cost almost Rm 200. Di sini bermula lah masalah bila battery phone aku start kembung selepas 2 minggu guna. Aku expect gam tak melekat betul dengan phone dan kebetulan pada masa tu dah hampir nak balik kampung maka aku hold la dulu untuk pergi check dekat kedai asal tu. Dan selepas raya, sampai je rumah aku terus pergi kedai dan minta orang kedai tu check.

Bang, bagai di panah halilintar bila orang tu cakap battery aku kembung. Mau tak terkejut aku bila bettery yang baru aku tukar sebulan lepas dah kembung dan mintak aku tukar lagi sekali. Ohh, warranty battery 1 bulan je dan dia pun tak da inform aku pasal warranty. Aku nak je meletup dekat situ tapi aku sabar je. Tak puas hati gila bila jadi macam ni tapi nak buat macam mana silap sendiri sebab tak tanya. Orang kedai tu siap ulang 2-3 kali yang battery phone aku bahaya dan takut nanti meletup disebabkan marah aku biar je. So aku decide beli phone baru je.

Ini baru nak cerita kisah macam mana aku boleh tau pasal battery replacement Rm 99 nett ni.

Kebetulan aku ada la google pasal battery huawei ni, berapa harga dekat main page huawei dan aku terkejut bila kos tak mahal pun cuba yang mahal labour cost je.

Dekat main page tu ada juga mention pasal extension promotion battery replacement Rm 99 ni dan aku cepat-cepat chat dengan customer service huawei ( lupa dah apps yang aku install dekat situ). Lepas aku verify dengan customer service baru la aku pergi ke service centre di pavillion, KL. Antara service centre huawei adalah di Pavillion, Plaza Lowyard, Amcorp mall dan beberapa lokasi lain di setiap negeri.

Service centre huawei adalah bahagian pavillion elite kalau aku tak silap. ( Dah lupa dah nama yang other site tu)



Orang tak ramai pun dekat sini. Bila nombor di panggil, aku just bagi tau yang aku nak tukar battery pastu aku bagi tau la pasal thumb print aku problem. Lepas inspection semua, mereka cadangkan aku tukar fingerprint sensor dan juga on off button aku ( sebab dah bengkok) , so aku just tanya berapa kos, selepas pengiraan di buat total kos sekali battery hanya Rm 230 ++. Boleh imagine tak, kalau tukar dekat service centre confirm barang original korang just tambah sikit je berbanding hantar dekat kedai biasa lagi pun masa menunggu pun tak lama , 2 jam je ( kalau ada stock ). Aku just decide nak tukar battery je sebab yang lain semua aku dah repair sebelum ni.



Taraa selepas 2 jam maka dapatlah balik phone aku tu. Yeaaaa. Battery phone dah elok 😬😬😬😬

Psst : oh, sebelum aku check dekat website huawei aku ada tanya satu kedai ni, nak replace battery huawei ni dia nak Rm 180. Lagi dasyat weeiiii tu belum tentu original lagi.

So nasihat aku, better korang pergi service centre je lagi berbaloi berbanding repair dekat kedai biasa end up rugi macam aku. Sedihh weii.