JustForex

Wednesday 18 July 2018

CARA SEMAK NOMBOR AKAUN PINJAMAN PTPTN

Dari FB Liyana Azizi
Salam. Hari ni buat manual cara mudah dapatkan no pinjaman PTPTN anda untuk kemaskini pendapatan. Saya dah sampai kehabisan kredit call careline PTPTN x dapat2 line busy😢. Xpe saya faham beribu peminjam yang call nak tahu nombor pinjaman mereka. Boleh share kalau nak share saya izinkan.
Ni last alternatif yg boleh saya buat la selain call careline tu. Saya guna cara untuk buat permohonan Direct Debit. Sila guna Firefox selain tu mcm Chrome ke laman PTPTN ni x layan😂
1. pergi ke laman web PTPTN dulu. https://www.ptptn.gov.my
2. Klik mohon Direct Debit

3. Akan keluar macam ni, klik mohon Direct Debit Pinjaman



4. Login

* kalau lupa password x apa. Klik je dekat lupa kata laluan nanti dia bagi password baru. Settle😊





5. Akan keluar laman utama dan di profile tu klik penyata baki yg saya circle kan tu






6. Then akan keluar laman ni, Klik pulak pendaftaran untuk Direct Debit





7. Klik permohonan baru





8. Klik mohon




Lastly, akan keluar maklumat pinjaman macam ni dan no pinjaman anda tertera di situ. Lepas tu boleh la tutup page ni if nak tahu no pinjaman je. Then jangan lupa log out dekat laman no 5 tu.



CARA KEMASKINI AKUAN PENDAPATAN PTPTN

Assalamualaikum

Bila pakatan harapan menang, ramai peminjam PTPTN bersorak kerana TAK PERLU BAYAR PTPTN tapi mereka silap, bukan tak perlu bayar tapi boleh menangguhkan bayaran sekiranya gaji belum mencecah RM 4000 dan tiada la sekatan ke luar negara tapi mereka harus ingat, BLACKLIST tiada namun CCRIS tetap ada.

Apa yang menjadi kerunsingan adalah macam mana kerajaan baru dapat memastikan bahawa golongan sasar di kenal pasti? Macam mana sekiranya ada peminjam yang mengambil kesempatan?

Maka, disebabkan hal ini, kerajaan telah membuat satu mekanisma baru iaitu peminjam WAJIB update status pendapatan mereka di laman web rasmi PTPTN  https://www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/Utama sebelum 25 Julai 2018.



Macam mana nak update ??

Korang klik je link ni https://www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/Utama tapi korang perlu ada no pinjaman terlebih dahulu.

Macam mana nak dapatkan nombor pinjaman? 

Call : 
03-2193 3000

Whatsapp ; 


Front page macam ni, so korang just masukkan No ic dengan no pinjaman sahaja


Apa yang perlu korang update

1. Alamat terkini
2. Email
3. No talefon


next korang pilih maklumat pekerjaan


Ni contoh nya

Sekiranya sektor awam dan swasta, details yang di minta seperti berikut


Pesara pun wajib isi tau, tak kisah la swasta mahupun kerajaan



untuk bekerja sendiri


dan last sekali untuk suri rumah ataupun mereka yang tidak mempunyai pendapatan


dan last sekali korang tekan teruskan. so siap.

itu sahaja . sangat mudahkan.